Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Daftar semakan baki pelaburan ASNB secara online“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi kisah benar yang berlaku kepada Abang sebagai orang yang berhutang.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang hanya akan meminjam apabila betul-betul terdesak. Biasanya masalah kewangan berlaku disebabkan salah urus contohnya guna duit untuk kegunaan yang tidak penting. Nak berhutang ini selalunya fikir banyak kali sebelum nak minta tolong duit daripada kawan-kawan. Sebelum nak minta tolong akan karang ayat dalam hati sehingga ambil masa seminggu tapi apabila sudah jumpa pun tak terus cakap, mencari waktu yang sesuai kekadang dua tiga kali jumpa tak juga dapat masa yang terbaik untuk luahkan hajat.
Sekarang mudah sikit karang ayat nak pinjam duit dan hantar melalui wassap atau PM di Facebook, tidak perlu jumpa berdepan jadi kalau kena tolak taklah malu sangat berbanding dulu mesti kena mengadap, bercakap depan-depan.
Pasti kawan-kawan juga ada pengalaman yang sama ketika nak meminjam duit daripada kawan-kawan lain atau keluarga. Ketika meminjam berbagai janji manis dijanjikan untuk meyakinkan sahabat tetapi akhirnya tidak kita kotakan.
Abang ada tiga pengalaman paling menyentuh hati menjadi seorang yang berhutang. Antara pengalaman yang boleh dijadikan tips kepada kawan-kawan untuk menuntut hutang dari peminjam
- Abang pinjam RM1 ribu dari seorang kawan dan berjanji nak bayar seminggu tapi bila tiba masa tak dapat bayar sebab tak ada duit. Kawan datang menuntut janji sebab dia nak guna duit tersebut, Abang cuba mengelakkan dan melambat-lambatkan masa. Sahabat tidak sabar dengan kerenah Abang, akhirnya dia datang ke rumah bercerita pada cik isteri dan paksa isteri bayar. Abang tiada pilihan selain mencari duit untuk membayar hutang tersebut daripada dileteri isteri dari pagi sampai malam. Cara ini telah Abang gunakan untuk menuntut hutang yang agak banyak daripada bekas rakan bisnis dan berjaya mendapat sebahagian daripada hutang.
- Abang pinjam RM3 ribu dari sorang sahabat baik. Setelah lebih setahun tak bayar, setelah dituntut banyak kali akhirnya dia datang ke pejabat terjerit-jerit minta Abang bayar hutang. Tujuan dia jelas supaya satu opis dengar jadi dengar cara begitu Abang terpaksa bayar hutang setelah dimalukan depan staff.
- Abang pinjam beberapa ribu dari seorang sahabat. Dia paksa bayar hutang dengan apa cara sekali pun, hari-hari dia datang dan call minta duit jadi Abang tak ada pilihan. Masa itu tak ada duit jadi pinjam dengan Along untuk bayar hutang tersebut. Kawan-kawan jangan tiru aksi meminjam dengan Along untuk bayar hutang sebab takut masalah akan jadi lebih teruk.
Itu semua kisah dulu zaman-zaman susah dan tidak pandai menguruskan duit. Apa pun Abang terhutang budi pada kawan-kawan yang berani desak Abang bayar hutang kalau tidak pasti buat tak kisah macam tak penting je urusan membayar hutang ni. Dalam agama membayar hutang hukumnya wajib. Tak bayar hutang akhibarnya sangat teruk bukan sahaja di dunia lebih teruk di akhirat. Di dunia kita menganiaya kawan yang memberi pinjam, di akhirat segala pahala kita akan mengalir kepada yang memberi pinjam, kalau pahala kita dah habis maka dosa orang memberi pinjam pulak mengalir kepada kita. Bayangkan Nabi SAW pun tak anak solatkan jenazah sahabat yang berhutang.
“…Lalu ada seorang lelaki berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku terbunuh di jalan Allah, apakah dosa-dosaku akan tertebuskan?”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Iya, jika engkau meninggal berjihad di jalan Allah dan engkau dalam kondisi bersabar dan berharap, maju dan tidak mundur”.
Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Bagaimana yang kau katakan?”. Lelaki itu berkata, “Bagaimana, jika aku terbunuh di jalan Allah, apakah dosa-dosa tertebuskan?”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Iya, dan engkau dalam kondisi bersabar dan berharap, maju dan tidak mundur, Kecuali Hutang, sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku” (HR Muslim no 1885)
Sekali Abang nak ucapkan jutaan terima kasih sahabat-sahabat Abang yang telah menuntut hutang dengan berbagai cara. Tapi bukan semua yang memberi hutang berani untuk mendesak penghutang untuk bayar hutang walaupun dalam kesusahan. Ini kisah sebahagian daripada kawan-kawan Facebook.
“Bahwasanya Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam didatangkan kepada beliau jenazah, maka beliau berkata, “Apakah dia memiliki hutang?”. Mereka mengatakan, “Tidak”. Maka Nabipun menyolatkannya. Lalu didatangkan janazah yang lain, maka Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam berkata, “Apakah ia memiliki hutang?“, mereka mengatakan, “Iya”, Nabi berkata, “Sholatkanlah saudara kalian”. Abu Qotadah berkata, “Aku yang menanggung hutangnya wahai Rasulullah”. Maka Nabipun menyolatkannya” (HR Al-Bukhari no 2295)
Che Sue Izzeyda : Selalu yang pemberi pinjam ni macam penghutang nak minta duit sendiri..ada beberapa kes yang sehingga kini masih belum bayar. Pengalaman yang mahal..saya sampai sekarang masih ada penghutang belum bayar.. dah cuba macam-macam cara minta pun masih tak dapat
Hanny Abdullah : Karang ayat nak pinjam duit lom pernah tapi seminggu karang ayat nak mintak balik duit ada…tapi karang ayat cecantik pun tak jalan gak..hahaha
Kartina Mohammed : Ada masanya kita kasihan walau pun yang berhutang tak kasihan kat kita. Dah minta berulang-kali pun masih tak dibayar. Abih camno? Sabar aje le.. Nak terjerit-jerit?? Ooo..tidak…tidak…Terpulang lah.
Kongsikan kisah anda sebagai orang yang berhitang dan orang yang memberi hutang. Mungkin ada tips yang lebih baik until menuntut hutang daripada kawan-kawan yang terlupa membayar hutang.
Sebaiknya jangan berhutang supaya tidak menjadi orang liat membayar hutang sehingga masalah lebih besar menimpa kita.
Sabda RASULULLAH SAW yang ertinya, “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
80 Comments
Banyakkan juga baca doa untuk elakkan diri dari berhutang
hutang ni kalau mati syahid pun masih tergantung
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set tambah berat badan shaklee? Elakkan 3 perkara ini supaya berkesan!
sebaiknya jangan berhutang dan memberi hutang kalo orang nak pinjam banyak2. kalo ckit2 ok la hehe
Curahan rasa kauthar mohd @ ..kelebihan buah Manjakani untuk wanita
Hutang hutang hutang pandai buat hutang
Zaman sekarang belajar pun hutang
habis belajar kena bayar dah
kerja belum tentu dapat
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!
saya doakan orang yang berhutang dengan saya, dimurahkan rezki untuk bayar hutang saya aminn…
Curahan rasa arif @ ..Pengaktifan Otak Tengah Menjadikan Zaman Kanak-kanak Sesuatu Yang Bernilai
pengalaman saya lebih pada orang hutang xbayar smpi xtahu dah nak buat camne, yang berhutang makin kaya, beli helmet dekat rm2k kita yang die duk hutang ni lagu ni jugak
ramai orang yang berhutang xbayar ni sibuk tunjuk kemewahan, g cuti sana sini, tunjuk cincin baru bini dll
xsangka ada cara nak mitak utang cenggini terima kasih atas sharing ni
Ada doa yang nabi bagi khusus untuk masalah hutang
Bunyinya begini
Allahumma ini nauzubika minal hammi wal hazan
wa nauzubika minal ajzi wal kasal
Wa nauzubika minal hubsi wal bukhl
Wa nauzubika min gholabatid daini wa kohril rijal
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Shaklee untuk ibu mengandung? Ini amalan dilarang keras supaya kesan terbaik!
actually saya pun adamasalah hutang. hutang PTPTN. hari-hari duk fikir macamana nak bagi settle. Selagi tak settle, kusut juga. Dulu-dulu pernah bagi orang hutang, kita pemiutang naik segan nk minta balik. Tq tips tuan
Curahan rasa nurulfatin adiana @ ..Review The Walking Beauty Projek Spa Tanpa Kedai
Boleh usahakan untuk strukturkan semula hutang PTPTN, atau datang sendiri ke pejabat PTPTN untuk perbincangan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Menarik cara minta hutang terutamanya cara pertama tu. Memang halus. Terima kasih berkongsi.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Atasi Badan Letih dan Lesu Dengan Vivix
Cara kawan tuan haji minta hutang sampai terjerit jerit tu memang tak beradab dan penuh emosi.
Habis sepejabat dicanangnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
Tuan sanggup kongsi tips hebat ni sebab ramai orang ada masalah nak tuntut hutang
Memang payah kalau meminjam tak tahu hukum
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Cara atasi alahan mengandung bukan saja hilangkan loya & muntah, Tetapi
Yang hairan tu gaji besar gedabak pun liat nak bayar hutang, komitmen tinggi lah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Makin tinggi gaji makin besar komitmen, tapi hutang pun jangan liat nak bayar. Kesian orang yang beri hutang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin untuk Kulit Cantik yang Ramai Wanita Cari!
masalah orang kita, suka pinjam.
tapi saje tak nak bayar walaupun ada duit.
tapi perabih duit kat benda yang bukan-bukan.
Curahan rasa titan @ ..Petua dan Cara Hilangkan Sakit Gigi Berlubang yang BERKESAN.
Beli gajet terkini iPhone tak mengapa tapi bayar hutang entah ke mana.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Ha, betul tu.
Hutang tak boleh bayar, tapi makan mewah.
Siap boleh joli sana sinun
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..DAFTAR AHLI SHAKLEE : November 2017 Promotion for Non-members
Itu belum masuk dengan makan mewah dan bercuti luar negara, tapi hutang tak bayar lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
Adakah tuan masih baik dengan 3 kawan kawan yang buat teknik ninja minta hutang ni
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Bagaimana petua hilangkan kencing manis kembalikan kemanisan hidup!
Yang no dua dan no tiga masih bersahabat tapi yang no satu tak tahu kemana tapi saya tak ada masalah untuk bersahabat dengan semua.
Curahan rasa denaihati @ ..Skim Adam50 ajar anak duit buat duit
hidup tak tenang kalau berhutang. nak pinjam duit pun malu apatah lagi nak membayarnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Jurnal Suraya di Tv3
Nak makan pun tak selesa kalau sebut pasal hutang, rasa tak aman dibuatnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Betul, kalau tak setle lagi hutang lama memang segan nak pinjam lagi. Nak mengadap muka pun malu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Amalan Rezeki Melimpah Ruah Tak Pernah Habis!
Takutnya berhutang ni. Sebelum ni sy pun ada banyak berhutang. Bila dh settle hutang rasa lega giler. huhu
Curahan rasa Cik Puan Norizam @ ..Kehidupan Baru
Setuju… Bila kita banyak hutang hidup rasa tak tenang… Tidur malam rasa tak lena… Bila dapat selesaikan hutang baru rasa lega…
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Termasuk juga hutang dengan bank… Hutang pinjaman beli kereta, hutang pinjaman beli rumah… Kalau boleh rasa macam nak segera habiskan…
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Comments are closed.