Liat nak bayar hutang

Assalamualaikumndan Salam 1Dunia,

Dua hari sebeluam Adilfitri 2013 aku dapat panggilan telefon dari kawan lama. Kawan lama call mestilah jawab walaupun ada urusan lama yang masih belum selesai.

Biasanya kalau dia call mesti nak minta bantuan kalau tidak jangan haraplah nak call. Sangkaan aku memang tepat beliau nak pakai duit nak guna untuk persiapan raya. Katanya baru dapat cek bayaran dari projek yang dia buat tapi tak sempat nak tunaikan kerana bank dah tutup.

Kawan lama ni kata dia dah jumpa beberapa orang kawan tapi semua tak dapat dan harapannya sangat-sangat tinggi aku dapat membantu. Dia janji bila bank buka je selepas raya akan bank in cek seperti jumlah yang dia perlukan. Aku pun serba salah sebab hutang lima tahun dulu pun tak selesai lagi. Ingatkan anak-anak kawan lama yang nak menyambut raya dan jaminan cek yang sudah ada ditangan melembutkan hati aku. Silapnya aku lupa nak minta dia screen shot cek yang disebut-sebutkan.

Teringat pesan Tun Mahathir bila kawan minta pinjam jangan bagi semua sebab keberangkalian untuk bayar semula sangat tipis. Sehari selepas tu kawan tu follow up tanya duit dah masuk ke? Aku mohon maaf kepada dia kerana lambat sikit transfer sebab sibuk. Aku maklumkan juga yang aku tak dapat bagi semua jumlah yang dia minta tapi 3/4 dari jumlah tersebut … ni kira ikut nasihat Tun Mahathir lah.

Duit Ringgit Baru Malaysia
Hutang mestilah dijelaskan

Beberapa hari lepas Aidilfitri aku semak akaun nampak ada duit floating seperti jumlah yang aku kirimkan pada kawan tu. Lega hati nampaknya kali ni dia menepati janji. Aku pun tak ambik kisah sehingga suatu hari dapat surat dari bank menyatakan cek tersebut ada masalah teknikal kalau tak silap tarikh tak lengkap.

Aku sms kawan untuk maklumkan masalah yang berlaku bersama screenshot surat dari bank. Kawan tu senyap je …. selepas beberapa hari aku sms sekali lagi dan kali ini di jawab kata tak terima sms pertama. Pelik juga juga tak terima sms pertama tetapi sms ke dua terima. Aku sms sekali lagi detail dan screenshot surat dari bank. Dua bulan dah berlalu kawan tu tak jawab pun sms call pun tak jawab.

Nampaknya terkena aku untuk kali kedua dari sahabat yang sama. Kawan kenapalah kau liat sangat nak bayar hutang. Betul ke ada cek projek tu atau hanya sekadar alasan sebab tu sengaja tulis tarikh cek tak sempurna … Allah sahaja yang tahu. Kawan macam ini yang menyebabkan kawan lain yang jujur jadi mangsa bila nak pinjam duit … perasaan prejudis kita pasti ada.

Semuga Allah swt bagi hidayah pada kawan ini … Dalam hati berkata aku tak miskim kalau kau tak bayar hutang dan kau pun tak kaya tak bayar hutang TAPI tanggungjawab sebagai pembayar hutang tetap tidak akan putus sampai ke akhirat kelak.

Nampaknya nak kena hafal doa bebas hutang, ustaz kata bagus diamalkan sebelum tidur

Ingatlah kepada penghutang tak kira hutang kawan, hutang keluarga, hutang pinjaman bank, hutang kad kredit, hutang PTPTN, hutang tekun dan macam jenis hutang … tak lupa juga hutang ahlong… Tanggungjawab tetap tanggungjawab jangan liat nak bayar hutang.

Kawan ku faham ke apa hukum orang yang tak bayar hutang …. kalau faham mesti takut. Jadi janganlah liat bayar hutang…

Kawan-kawan juga mesti ada kisah tak bayar hutang jom lah kongsi sebagai pengajaran.

137 Comments

  1. dan sampai lah satu masa bila ayah dia meninggal dunia, wawa memang betul betul tak sampai hati nak mintk. jadi wawa halalkan duit yang dia pinjam dengan wawa selama ni sebanyak rm140 tu. itu lah pengajaran yang wawa tak dapat nak lupakan mengenai hutang dan kalau boleh dah tak nk da bg pinjam. takut juga. dia bukannya rapat dengan kita
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!