Tips duit buat duit dan duit bekerja untuk kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi tips duit buat duit dan duit bekerja untuk kita.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Ramai pembaca sangat berminat nak tahu cara duit buat duit buat duit dan belanja atau istilah ringkas duit bekerja untuk kita. Ada yang PM bertanya.

Tapi soalan paling popular perlu banyak duit ke nak buat duit teknik macam ni. Kalau ada banyak duit lagi bagus dan lagi mudah. Cuma tidak semua orang yang banyak duit mampu buat sebab kurang disiplin dan tidak sabar. Abang nak kongsi ilmu kepada yang mempunyai azam yang kuat, cara bermula dengan jumlah yang sedikit contoh RM5K.

  1. Kumpulkan modal RM5K samada dari gaji atau keuntungan bisnis. RM5K mesti duit extra bukan duit belanja dapur kerana setiap bisnis pasti ada risiko samada berjaya atau gagal.
  2. Untuk kaedah ini cara paling cepat adalah dengan menggunakan ilmu saham. Ilmu trade saham perlu dipelajari dari sifu yang mahir antaranya Abang cadangkan adalah sifu Yusnizam Yusoff.
  3. Apabila sudah ada ilmu mesti bertindak dengan membuka akaun CDS. Jangan tunggu sampai pandai baru nak mula. Kepandaian itu adalah apabila ilmu diamalkan.
  4. Mulakan trade saham BSKL dengan bermodal RM5K. Paling bagus  buat berjemaah jangan bersendirian. Sekarang adalah waktu terbaik untuk masuk pasaran kerana dijangkankan pasaran akan meningkat untuk beberapa bulan. Dengan teknik yang betul pasti akan ada keuntungan daripada modal RM5K tersebut.
  5. Separuh daripada keuntungan trade saham tersebut masukan ke akaun Tabung Haji dan ASB, jangan masukan ke akaun peribadi dikhuatiri akan habis digunakan.
  6. Separuh lagi keuntungan trade saham tersebut masuk balik ke akaun untuk tambah modal jadi boleh trade lagi banyak. RM5K + keuntungan baru. Belajar  ikat perut setahun walaupun sudah nampak keuntungan mengalir masuk.
  7. Buat berulang-ulang no 6 dan no 7 sampai bila-bila. Ada hari untung, ada hari rugi itu biasa sebagai trader saham.
  8. Selepas tiga bulan sebahagian simpanan di Tabung Haji dan ASB boleh dikeluarkan untuk beli emas, untuk pelaburan jangka masa panjang. 
  9. Selepas enam bulan sebahagian simpanan di Tabung Haji dan ASB boleh dikeluarkan untuk beli bitcoin untuk pelaburan jangka masa sederhana. Abang boleh ajar cara buat duit bitcoin setiap hari selama 3 tahun dengan bermodal USD600, bukan pelabuaran skim cepat kaya.
  10. Selepas setahun sebahagian simpanan di Tabung Haji dan ASB juga boleh guna untuk bayar deposit rumah kedua dan buat bayaran bulan. Lebih baik jika rumah yang dibeli tersebut disewakan jadi bayaran sewa bulan boleh diguna untuk membayar hutang bank.
  11. Selepas setahun sebahagian simpanan di Tabung Haji dan ASB juga boleh digunakan untuk beli kereta, beli handbeg, beli smartphone dan lain-lain mengikut kemampuan.

Teknik 1 – 11 hanya CONTOH sahaja mungkin rakan-rakan ada cara yang lebih baik untuk duit buat duit buat duit dan belanja. Cara tidak penting yang penting keazaman dan keberanian untuk mendisiplinkan diri menguruskan kewangan peribadi tidak berbelanja lebih daripada kemampuan supaya senang di masa tua.

Ini antara cara yang Abang kongsikan pada seorang teman. Bila sudah mula pasti ketagih.

Kongsikan kalau ada cara lain.

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

50 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!