Marathon kemelesetan ekonomi ramai yang kecundang

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini nak kongsi kisah yang pernah berlaku kira-kira 18 tahun dahulu yang sedang berulang sekali lagi sekarang. Ketika kemelesetan ekonomi yg teruk pada akhir 90 an ramai yang hilang pekerjaan, rugi perniagaan dan rugi dipelbagai pelaburan yang melahirkan berjuta warga Malaysia berhutang.

Kemelesetan ekonomi bukan berlaku sehari dua tetapi ibarat marathon yang memakan masa yang lama. Ramai yang tidak bertahan kerana lamanya masa berlaku ekonomi tidak menentu. Ramai juga yang salah strategi sehingga duit terkumpul hilang ditelan keganasan ekonomi kapitalis. Perniaga-niaga kecil terpaksa gulung tikar, pelabur-pelabur hartanah terperangkap kerana harga rumah yang turun mendadak dan pemain-pemain saham tergadai harta benda kerana bermain kontra.

Graf ekonomi dunia sejak 1925
Graf ekonomi dunia sejak 1925

Kerugian yang dialami bukan sedikit ada yang mencecah jutaan dan ratusan ribu ringgit. Kepada yang tidak berniaga juga hidup sengsara kerana hutang lama yang masih tidak terbayar dan kos kehidupan semakin tinggi. Berbagai hutang ditanggung antaranya hutang kad kredit, hutang koperasi, hutang pinjaman bank, hutang kawan-kawan dan paling teruk hutang along. Nak hidup pun susah inikan nak bayar hutang memanglah susah. Ada yg tidak dapat menanggung tekan kehidupan sehingga menjejas kesihatan tidak kurang juga murung kehidupan. Kepada yang kurang iman berbagai tindakan yang dilakukan yang tidak terfikir minda untuk lari daripada beban hutang terlampau.

Gaji guna bayar bil dan hutang setiap bulan
Gaji guna bayar bil dan hutang setiap bulan

Tidak mustahil fenomena yang sama akan berulang kali ini kerana marathon kemelesetan ekonomi dunia yang sedang berlaku sekarang masih jauh lagi dan dijangka akan berakhir tahun hadapan. Aku pasti tidak ramai akan dapat bertahan sekiranya kita masih meneruskan cara kehidupan sekarang.

Kalau krisis ekonomi pada akhir 90 an aku adalah salah seorang yang menanggung hutang teruk lebih ratusan ribu ringgit. Kali ini insyaa Allah aku menyediakan Jemaah Bisnis Denaihati untuk membantu mereka yang berusaha untuk keluar daripada belenggu masalah ekonomi yang parah. Pengalaman aku menyelesaikan masa susah pada kemelesatan ekonomi akhir 90 an ingin di kongsikan dengan kawan-kawan yang sedang melalui nasib yang sama. Kami ada pengalaman membantu mereka yang jatuh bangun semula tetapi lebih baik bersedia sebelum jatuh kerana kalau sudah kecundang sangat susah untuk bangun semula.

Bila sudah susah bukan nak mencari apa yang kita suka tetapi mencari apa yang boleh menyukakan hati menyelesaikan segala masalah kewangan. Yang pernah melalui kesusahan kewangan sahaja dapat merasai.


Spread the love

143 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!