Surah Al-Kahfi dan Kelebihannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini


1. Abu Said al-Khudri ra, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan terangi ia dengan cahaya antara dua Jumaat.”
(Hadis riwayat al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh AlBani)

2. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi SAW telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”
(HR Muslim 809)

10 Ayat pertama surah Al-Kahfi

Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita.

Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Berdolah kepada Allahsupaya kita dan keluarga dilindungi dari fitnah Dajjal.

اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوْذُ بِكَ

مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Selamat beramal 🙂

4 Comments

  1. Ada satu masjid ni, pada setiap hari, selepas wirid subuh akan mengadakan bacaan Yaasin. Malam Jumaat pun ada wirid-wirid khusus termasuk bacaan Yaasin. Maknanya 2x baca Yaasin hari Jumaat.

    Ada jemaah beri saran pada AJK, kalau sudah subuh Jumaat baca Yaasin… malam Jumaat tu bacalah surah lain seperti surah alKahfi. Saran ini tidak diterima. Sudah terbiasa macam tu, sukar untuk diubah.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Ini Cara Best Menambah Pendapatan Hingga 4 Angka Seminggu Walau Secara Part Time Dengan Berniaga Di ShopeeMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!