Hafal surah Al-Kahfi dapat terselamat daripada fitnah dajjal

Spread the love

Surah ini mempunyai bebrapa kelebihan berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Pertama, ia adalah surah yang sesiapa membaca keseluruhan ayat pada hari jumaat, Allah SWT akan memberikan cahaya sehingga jumaat seterusnya

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.”

(HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

Manakalah hadis yang kedua ialah berkenaan sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama. Hadis ini menjelaskan yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-kahfi, Allah SWT memeliharanya daripada dajjal.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

Hadith riwayat Muslim: 1342

Dajjal dari sudut bahasa bermaksud menutup akan sesuatu. Ini kerana, Dajjal antara sifatnya adalah al-Kazib (pendusta) dan pendustaan adalah menyembunyikan atau menutupi akan sesuatu. Selain itu, Dajjal juga bermaksud menyembunyikan kebenaran dan membuat tipudaya terhadap manusia serta menampakkan kecantikan pada perkara yang bathil.

Daripada Anas bin Malik beliau berkata, sabda Rasulullah SAW:

الدَّجَّالُ مَمْسُوحُ الْعَيْنِ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ…

Maksudnya: “Dajjal itu matanya terhapus (seolah-olah tidak bermata), tertulis di antara kedua matanya kafir…

Riwayat Muslim (7550)

Bacaan surah al-kahfi oleh Sheikh Mishary Rashid Alafasy

Kita telah berada di akhir zaman di mana manusia sudah mula jauh daripada ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri kita agar kita tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita.

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”.

Riwayat Muslim (588)

Doa ini disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam sepertimana yang disebut di dalam hadith. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah terutamanya fitnah Dajjal. Amin.

Belajar bahasa Al Quran dengan mudah guna teknologi AI

  1. Bahasa Melayu @ https://app.thinkquran.com/?r=VD992FKM&l=ms&act=
  2. English @ https://app.thinkquran.com/?r=VD992FKM&l=en&act=
  3. Bahasa Indonesia @ https://app.thinkquran.com/?r=VD992FKM&l=in&act=
  4. Bahasa Turkish @ https://app.thinkquran.com/?r=VD992FKM&l=tr&act=

Klik di atas, daftar dan buat latihan sehingga mahir 31 perkataan insyaAllah kita akzn rasai nikmatnya.

Think Quran

bio.link/thinkquran


Spread the love

2 Comments

  1. Assalammualaiikum Saya orang islam.yang lahir di Selangor dan dibesarkan di Melaka. Ayat ini benar dan nyata .walaupun anda tidak kuat solat..jangan la lupa Ayat Al-quran ini.yang melindungi kaum Adam dan hawa diatas bumi Malaysia ini. Saya dah merasa.anda bila lagi. ‘Sekian Terima Kasih ‘

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!