Tips tuntut hutang daripada kawan-kawan yang liat membayar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri  “Daftar semakan baki pelaburan ASNB secara online“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi kisah benar yang berlaku kepada Abang sebagai orang yang berhutang.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang hanya akan meminjam apabila betul-betul terdesak. Biasanya masalah kewangan berlaku disebabkan salah urus contohnya guna duit untuk kegunaan yang tidak penting. Nak berhutang ini selalunya fikir banyak kali sebelum nak minta tolong duit daripada kawan-kawan. Sebelum nak minta tolong akan karang ayat dalam hati sehingga ambil masa seminggu tapi apabila sudah jumpa pun tak terus cakap, mencari waktu yang sesuai kekadang dua tiga kali jumpa tak juga dapat masa yang terbaik untuk luahkan hajat.

Sekarang mudah sikit karang ayat nak pinjam duit dan hantar melalui wassap atau PM di Facebook, tidak perlu jumpa berdepan jadi kalau kena tolak taklah malu sangat berbanding dulu mesti kena mengadap, bercakap depan-depan.

Pasti kawan-kawan juga ada pengalaman yang sama ketika nak meminjam duit daripada kawan-kawan lain atau keluarga. Ketika meminjam berbagai janji manis dijanjikan untuk meyakinkan sahabat tetapi akhirnya tidak kita kotakan.

Abang ada tiga pengalaman paling menyentuh hati menjadi seorang yang berhutang. Antara pengalaman yang boleh dijadikan tips kepada kawan-kawan untuk menuntut hutang  dari peminjam

  1. Abang pinjam RM1 ribu dari seorang kawan dan berjanji nak bayar seminggu tapi bila tiba masa tak dapat bayar sebab tak ada duit. Kawan datang menuntut janji sebab dia nak guna duit tersebut, Abang cuba mengelakkan dan melambat-lambatkan masa. Sahabat tidak sabar dengan kerenah Abang, akhirnya dia datang ke rumah bercerita pada cik isteri dan paksa isteri bayar. Abang tiada pilihan selain mencari duit untuk membayar hutang tersebut daripada dileteri isteri dari pagi sampai malam. Cara ini telah Abang gunakan untuk menuntut hutang yang agak banyak daripada bekas rakan bisnis dan berjaya mendapat sebahagian daripada hutang.
  2. Abang pinjam RM3 ribu dari sorang sahabat baik. Setelah lebih setahun tak bayar, setelah dituntut banyak kali akhirnya dia datang ke pejabat terjerit-jerit minta Abang bayar hutang. Tujuan dia jelas supaya satu opis dengar jadi dengar cara begitu Abang terpaksa bayar hutang setelah dimalukan depan staff.
  3. Abang pinjam beberapa ribu dari seorang sahabat. Dia paksa bayar hutang dengan apa cara sekali pun, hari-hari dia datang dan call minta duit jadi Abang tak ada pilihan. Masa itu tak ada duit jadi pinjam dengan Along untuk bayar hutang tersebut. Kawan-kawan jangan tiru aksi meminjam dengan Along untuk bayar hutang sebab takut masalah akan jadi lebih teruk.

Itu semua kisah dulu zaman-zaman susah dan tidak pandai menguruskan duit. Apa pun Abang terhutang budi pada kawan-kawan yang berani desak Abang bayar hutang kalau tidak pasti buat tak kisah macam tak penting je urusan membayar hutang ni. Dalam agama membayar hutang hukumnya wajib. Tak bayar hutang akhibarnya sangat teruk bukan sahaja di dunia lebih teruk di akhirat. Di dunia kita menganiaya kawan yang memberi pinjam, di akhirat segala pahala kita akan mengalir kepada yang memberi pinjam, kalau pahala kita dah habis maka dosa orang memberi pinjam pulak mengalir kepada kita. Bayangkan Nabi SAW pun tak anak solatkan jenazah sahabat yang berhutang.

“…Lalu ada seorang lelaki berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku terbunuh di jalan Allah, apakah dosa-dosaku akan tertebuskan?”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Iya, jika engkau meninggal berjihad di jalan Allah dan engkau dalam kondisi bersabar dan berharap, maju dan tidak mundur”.
Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Bagaimana yang kau katakan?”. Lelaki itu berkata, “Bagaimana, jika aku terbunuh di jalan Allah, apakah dosa-dosa tertebuskan?”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Iya, dan engkau dalam kondisi bersabar dan berharap, maju dan tidak mundur, Kecuali Hutang, sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku” (HR Muslim no 1885)

Sekali Abang nak ucapkan jutaan terima kasih sahabat-sahabat Abang yang telah menuntut hutang dengan berbagai cara. Tapi bukan semua yang memberi hutang berani untuk mendesak penghutang untuk bayar hutang walaupun dalam kesusahan. Ini kisah sebahagian daripada kawan-kawan Facebook.

“Bahwasanya Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam didatangkan kepada beliau jenazah, maka beliau berkata, “Apakah dia memiliki hutang?”. Mereka mengatakan, “Tidak”. Maka Nabipun menyolatkannya. Lalu didatangkan janazah yang lain, maka Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam berkata, “Apakah ia memiliki hutang?, mereka mengatakan, “Iya”, Nabi berkata, “Sholatkanlah saudara kalian”. Abu Qotadah berkata, “Aku yang menanggung hutangnya wahai Rasulullah”. Maka Nabipun menyolatkannya” (HR Al-Bukhari no 2295)

Che Sue Izzeyda : Selalu yang pemberi pinjam ni macam penghutang nak minta duit sendiri..ada beberapa kes yang sehingga kini masih belum bayar. Pengalaman yang mahal..saya sampai sekarang masih ada penghutang belum bayar.. dah cuba macam-macam cara minta pun masih tak dapat

Hanny Abdullah : Karang ayat nak pinjam duit lom pernah tapi seminggu karang ayat nak mintak balik duit ada…tapi karang ayat cecantik pun tak jalan gak..hahaha

Kartina Mohammed : Ada masanya kita kasihan walau pun yang berhutang tak kasihan kat kita. Dah minta berulang-kali pun masih tak dibayar. Abih camno? Sabar aje le.. Nak terjerit-jerit?? Ooo..tidak…tidak…Terpulang lah.

Kongsikan kisah anda sebagai orang yang berhitang dan orang yang memberi hutang. Mungkin ada tips yang lebih baik until menuntut hutang daripada kawan-kawan yang terlupa membayar hutang.

Sebaiknya jangan berhutang supaya tidak menjadi orang liat membayar hutang sehingga masalah lebih besar menimpa kita.

Sabda RASULULLAH SAW yang ertinya, “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

Pinjaman


Spread the love

80 Comments

  1. Kalau nak minta hutang terpaksalah jadi samseng kalau orang tu memang liat sangat nak bayar.

    Kalau tak sampai hati nak jadi samseng kat orang yang liat nak bayar hutang, tak jadi masalah. Sedekah je nanti Allah bagi ganjaran jauh lebih banyak. Tak jatuh miskin orang bersedekah.
    Curahan rasa Ksjb @ ..Murah rezekiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!