Daftar semakan baki pelaburan ASNB secara online

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri  “Skim Adam50 ajar anak duit buat duit“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi pengalaman food blogger, Tuan Shahkhairul Nizam Ramli buat semakan baki pelaburan ASNB secara online. Pasti tulisan ini bermanafaat kepada pelabur-pelabur PNB. Jangan lupa singgah blog beliau Pencari Makan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Petang tadi berurusan di ASNB Putrajaya Presint 2. Aku pelajari dua benda baru. Punya lama aku tak ke ASNB Putrajaya, last jejak kaki kesana bulan March 2017.

Pertamanya, kini buku ASB atau ASW2020 mahupun yang melibatkan produk ASNB buku tidak diperlukan lagi. Baki juga boleh kau semak di online sahaja. Tidak perlu kau bersesak di kaunter hanya untuk semak baki ASB di awal tahun.

Aku juga dapat tahu untuk keluarkan duit juga buku di bawah produk ASNB tidak perlu dibawa, cukup sekadar isi borang dan Mykad sahaja.

Ikuti langkah berikut untuk daftar semakan baki secara online.

  1. Kau perlu cari kiosk PNB ni. Ia ada di pejabat PNB mahupun Ejen PNB.
  2. Kau jangan lupa bawa Mykad . Ini paling utama. Kalau ‘chip’ Mykad tidak boleh dibaca oleh mesin kiosk, menangislah sepuas-puasnya dibucu kiosk kemudian ke JPN untuk penukaran Mykad baru.
  3. Masukkan Mykad pada slot yang ditetapkan.
  4. Seterusnya kau ‘Sahkan Mykad’.
  5. Terpapar di Screen Nama dan No Kad Pengenalan.
  6. Hantar untuk proses seterusnya.
  7. Klik ‘Kemaskini’
  8. Paling utama kemaskini No Telefon bimbit kau. Mudah untuk dapat maklumat terkini melalui ASNB.
  9. Kemudian setelah selesai dikemaskini maklumat yang berkaitan klik ‘Hantar’.
  10. Klik ‘Pengesahan’ sekiranya berpuas hati dengan maklumat yang dikemaskini.
  11. Seterusnya klik ‘Submit & Cetak’ untuk rekod kau telah kemaskini maklumat.

Untuk semakan baki kau boleh pilih sewaktu proses semakan baki dan cetak. Maka baki dibawah akaun ASNB dengan Mykad yang sama akan disertakan sekali.

Kini kau boleh semak baki secara online di www.myasnb.com.my

Share jika bermanfaat.

Shahkhairul Nizam Ramli
Bukan ejen ASNB


Spread the love

62 Comments

  1. Terima kasih tuan Shahkhairul kerana berkongsi langkah-langkah ini. Sekarang, proses ASNB memang sangat mudah tetapi tidak semua tahu lagi walaupun sudah ada akaun dalam talian. Saya baru saja mengajar kawan pada minggu lepas cara untuk beli unit dalam talian. Pada asalnya, dia nak ke pejabat pos.
    Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Domain nak Tamat Tempoh, Perlukah diteruskan?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!