Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Daftar semakan baki pelaburan ASNB secara online“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi kisah benar yang berlaku kepada Abang sebagai orang yang berhutang.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang hanya akan meminjam apabila betul-betul terdesak. Biasanya masalah kewangan berlaku disebabkan salah urus contohnya guna duit untuk kegunaan yang tidak penting. Nak berhutang ini selalunya fikir banyak kali sebelum nak minta tolong duit daripada kawan-kawan. Sebelum nak minta tolong akan karang ayat dalam hati sehingga ambil masa seminggu tapi apabila sudah jumpa pun tak terus cakap, mencari waktu yang sesuai kekadang dua tiga kali jumpa tak juga dapat masa yang terbaik untuk luahkan hajat.
Sekarang mudah sikit karang ayat nak pinjam duit dan hantar melalui wassap atau PM di Facebook, tidak perlu jumpa berdepan jadi kalau kena tolak taklah malu sangat berbanding dulu mesti kena mengadap, bercakap depan-depan.
Pasti kawan-kawan juga ada pengalaman yang sama ketika nak meminjam duit daripada kawan-kawan lain atau keluarga. Ketika meminjam berbagai janji manis dijanjikan untuk meyakinkan sahabat tetapi akhirnya tidak kita kotakan.
Abang ada tiga pengalaman paling menyentuh hati menjadi seorang yang berhutang. Antara pengalaman yang boleh dijadikan tips kepada kawan-kawan untuk menuntut hutang dari peminjam
- Abang pinjam RM1 ribu dari seorang kawan dan berjanji nak bayar seminggu tapi bila tiba masa tak dapat bayar sebab tak ada duit. Kawan datang menuntut janji sebab dia nak guna duit tersebut, Abang cuba mengelakkan dan melambat-lambatkan masa. Sahabat tidak sabar dengan kerenah Abang, akhirnya dia datang ke rumah bercerita pada cik isteri dan paksa isteri bayar. Abang tiada pilihan selain mencari duit untuk membayar hutang tersebut daripada dileteri isteri dari pagi sampai malam. Cara ini telah Abang gunakan untuk menuntut hutang yang agak banyak daripada bekas rakan bisnis dan berjaya mendapat sebahagian daripada hutang.
- Abang pinjam RM3 ribu dari sorang sahabat baik. Setelah lebih setahun tak bayar, setelah dituntut banyak kali akhirnya dia datang ke pejabat terjerit-jerit minta Abang bayar hutang. Tujuan dia jelas supaya satu opis dengar jadi dengar cara begitu Abang terpaksa bayar hutang setelah dimalukan depan staff.
- Abang pinjam beberapa ribu dari seorang sahabat. Dia paksa bayar hutang dengan apa cara sekali pun, hari-hari dia datang dan call minta duit jadi Abang tak ada pilihan. Masa itu tak ada duit jadi pinjam dengan Along untuk bayar hutang tersebut. Kawan-kawan jangan tiru aksi meminjam dengan Along untuk bayar hutang sebab takut masalah akan jadi lebih teruk.
Itu semua kisah dulu zaman-zaman susah dan tidak pandai menguruskan duit. Apa pun Abang terhutang budi pada kawan-kawan yang berani desak Abang bayar hutang kalau tidak pasti buat tak kisah macam tak penting je urusan membayar hutang ni. Dalam agama membayar hutang hukumnya wajib. Tak bayar hutang akhibarnya sangat teruk bukan sahaja di dunia lebih teruk di akhirat. Di dunia kita menganiaya kawan yang memberi pinjam, di akhirat segala pahala kita akan mengalir kepada yang memberi pinjam, kalau pahala kita dah habis maka dosa orang memberi pinjam pulak mengalir kepada kita. Bayangkan Nabi SAW pun tak anak solatkan jenazah sahabat yang berhutang.
“…Lalu ada seorang lelaki berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku terbunuh di jalan Allah, apakah dosa-dosaku akan tertebuskan?”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Iya, jika engkau meninggal berjihad di jalan Allah dan engkau dalam kondisi bersabar dan berharap, maju dan tidak mundur”.
Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Bagaimana yang kau katakan?”. Lelaki itu berkata, “Bagaimana, jika aku terbunuh di jalan Allah, apakah dosa-dosa tertebuskan?”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Iya, dan engkau dalam kondisi bersabar dan berharap, maju dan tidak mundur, Kecuali Hutang, sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku” (HR Muslim no 1885)
Sekali Abang nak ucapkan jutaan terima kasih sahabat-sahabat Abang yang telah menuntut hutang dengan berbagai cara. Tapi bukan semua yang memberi hutang berani untuk mendesak penghutang untuk bayar hutang walaupun dalam kesusahan. Ini kisah sebahagian daripada kawan-kawan Facebook.
“Bahwasanya Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam didatangkan kepada beliau jenazah, maka beliau berkata, “Apakah dia memiliki hutang?”. Mereka mengatakan, “Tidak”. Maka Nabipun menyolatkannya. Lalu didatangkan janazah yang lain, maka Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam berkata, “Apakah ia memiliki hutang?“, mereka mengatakan, “Iya”, Nabi berkata, “Sholatkanlah saudara kalian”. Abu Qotadah berkata, “Aku yang menanggung hutangnya wahai Rasulullah”. Maka Nabipun menyolatkannya” (HR Al-Bukhari no 2295)
Che Sue Izzeyda : Selalu yang pemberi pinjam ni macam penghutang nak minta duit sendiri..ada beberapa kes yang sehingga kini masih belum bayar. Pengalaman yang mahal..saya sampai sekarang masih ada penghutang belum bayar.. dah cuba macam-macam cara minta pun masih tak dapat
Hanny Abdullah : Karang ayat nak pinjam duit lom pernah tapi seminggu karang ayat nak mintak balik duit ada…tapi karang ayat cecantik pun tak jalan gak..hahaha
Kartina Mohammed : Ada masanya kita kasihan walau pun yang berhutang tak kasihan kat kita. Dah minta berulang-kali pun masih tak dibayar. Abih camno? Sabar aje le.. Nak terjerit-jerit?? Ooo..tidak…tidak…Terpulang lah.
Kongsikan kisah anda sebagai orang yang berhitang dan orang yang memberi hutang. Mungkin ada tips yang lebih baik until menuntut hutang daripada kawan-kawan yang terlupa membayar hutang.
Sebaiknya jangan berhutang supaya tidak menjadi orang liat membayar hutang sehingga masalah lebih besar menimpa kita.
Sabda RASULULLAH SAW yang ertinya, “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
80 Comments
setakat ni tak pernah pinjamkan duit pd kawan. takut nanti rasa awkward nak mintak balik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Jurnal Suraya di Tv3
Kita yang pinjamkan duit pada kawan pula rasa malu nak tuntut balik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
yang peliknya, orang yang berhutang ni hidup mereka bukan main mewah. tapi hutang tak nak bayar.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Jurnal Suraya di Tv3
Pelik gak kenapa ramai org memberi hutang tetapi takut/segan nakm minta balik hak dia. Patutnya yang meminjam tu la kan yang segan kan.. dunia sudah terbalik hehe
Curahan rasa JMR @ ..Roti Mulawah dan Saltah. Kombinasi Menu Terbaik di Al-Rawsha Shah Alam.
Mantab artikelnya. Lama tidak berkunjung ke sini bos. mohon ijin meninggalkan jejak.. 😀
Salam perkenalan tuan Sutanto Prabowo… Semoga info yang dikongsikan oleh Tuan Denaihati dapat memberi manfaat kepada semua pembaca..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
jika amount kecil bolehlah saya halalkan.. mungkin kehadiran kita di dunia adalah untuk bantu siapa yang kurang bernasib baik..tapi kesian kat kawan, kawan dia pinjam rm10k dan belum lagi bayar dah meninggal dunia.. :’) rasanya tak leh nak buat apa ..huhu
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..Baju abaya dress eelegant dan exclusive!
Banyak jugak RM10K tu… Semoga waris beliau dapat membantu menyelesaikan hutang tersebut supaya dapat meringankan beban arwah semasa di sana..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
kalau tak pun semoga pemberi hutang dapat menghalalkan hutang arwah… Kesian bila mengenangkan arwah-arwah yang bergadapan dengan situasi seperti ini… Apa nasib mereka semasa di sana?
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
kalau boleh elakkan meminjam dlm jumlah yang besar. kelak mesti sukar nak bayar balik. kesian kat yg memberi pinjam, kesian kat diri sendiri.
Curahan rasa JMR @ ..8 Ayat Yang Pantang Diucapkan Kepada Anak-anak. Jom Semak Senarai Ini!
Yang bagi pinjam tu pun tak semestinya berduit, sebab mereka sendiri pun fikir panjang nak bagi atau tak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
zaman sekarang dah agak terbalik..yang nak dapatkan balik duit dari yang berhutang yang akan di maki dan rasa malu..
sepatutnya sebaliknya..takkan nak kena jadi macam ah long gertak sana sini hehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Makan Nasi Ayam Madu Di Kedai Cendol Durian Hafidz Olak Lempit Banting
Betul tu… Kadang tu orang yang memberi hutang rasa malui dan serba salah bila nak minta balik hutang yang diberikan… Walaupun dengan adik beradik sendiri
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
paling susah bila kita beri hutang pada adik beradik… Memang tak tahu dan tak ada idea nak minta macam mana..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
kan bro BT.. dunia sudah terbalik. kalau betul2 susah nak bayar balik takpe la juga. ini siap boleh ke sana ke sini, beli brg2 mewah lagi tu..
Curahan rasa JMR @ ..8 Ayat Yang Pantang Diucapkan Kepada Anak-anak. Jom Semak Senarai Ini!
Dulu nak berhutang kena jumpa tebalkan muka, sekarang hantar SMS dan WhatApps je nak pinjam duit.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Dengan adanya teknologi, bukan memudahkan kita nak buat jualan secara online… Orang nak pinjam duit secara online pun lebih mudah… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
dunia makin senang. nak elak dari hutang pun makin senang. terminate sahaj no fon & Whatsapp tu hehe
Curahan rasa JMR @ ..8 Ayat Yang Pantang Diucapkan Kepada Anak-anak. Jom Semak Senarai Ini!
Kalo saya akan saya bacakan hadist mengenai hutang atau utang piutang,, biar dia sadar bagaimana nantinya dia di sana jika tidak mebayar hutang wkwkwkw
Curahan rasa Rafly @ ..Cara Membuat Tombol Next Page
Ada sesetengah orang, bila dibacakan ayat ayat Allah dan hadis Rasul SAW lagi menjauhkan diri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Ada juga kebenarannya seperti apa yang diperkatakan oleh Tuan Ikhwan Fahmi tu..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Manusia ni ada bermacam-macam ragam sifatnya.. harap kita dapat dikurniakan rakan yang baik-baik sahaja..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Semoga yang memberi pinjam dan meminjam tu tau hak masing-masing
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Senaman KEGEL Ketatkan Otot Vagina, Senaman Wajib bagi Wanita yang Pernah Bersalin
nanti dia terus menjauhkan diri dan tak akan bayar langsung. adoii….
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Jurnal Suraya di Tv3
cem itu lah orang,, lebih gahar kalo di tagih,, ada pula yang ngeles kalau belum dikirim uang sama keluarga,,kita bagai kawan ya harus gimana,,
Curahan rasa Ryan febryansyah @ ..Cara Membuat Tombol Next Page
sering memang kita jumpai ada kawan yang susah sekali untuk membayar utang
Curahan rasa Bujang @ ..Restoran Melur London
Apa yang boleh kita lakukan sekiranya berhadapan dengan golongan ini ialah mendoakan supaya mereka dimurahkan rezeki dan semoga terbuka hidayah mereka untuk membayar hutang..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Salah satu cara yang bagus juga supaya Allah bukakan pintu hati yang berhutang tu supaya jelaskan hutangnya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Keistimewaan Vitamin C dan CITRUS BIOFLAVONOID dalam SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
GV seboleh-bolehnya mmg tidak mahu berhutang sebab takut lupa bayar. Good info Mr Denai. 🙂
Curahan rasa Galaksi Viral @ ..IKON POP LELAKI PALING MELETOP DI DUNIA
Kalau diberi pilihan tentu semua orang tak nak berhutang… sebab bukan senang sebenarnya nak bayar hutang..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Tapi keadaan hidup zaman sekarang ni memaksa kita supaya berhutang… sejak dari student dah kena berhutang dengan PTPTN..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Bila dah bekerja pula berhutang sebab nak kahwin, nak beli kereta, nak beli rumah dan sebagainya..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Itu belum lagi masuk hutang kad kredit, hutang personal loan, dan lain-lain hutang…
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Sebab tu kalau ada peluang dapat habiskan hutang, lebih baik habiskan segera.. supaya tak bertangguh untuk membayar hutang..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Tak habis berhutang kan? Dengan pihak berwajib dan sedara pun berhutang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin untuk Kulit Cantik yang Ramai Wanita Cari!
Hutang perlu diselesaikan jika mahu keberkatan di dalam kehidupan. Good info Mr Denai Hati. 🙂
Betul tu setuju… sebaik sahaja dapat selesaikan hutang, hati akan rasa tenang..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Terima kasih di atas perkongsian info.. saya juga ada pengalaman orang berhutang dengan saya masa belajar dulu… tapi sampai sekarang masih belum bayar… tak tahulah nak halalkan atau tak hutang tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Kawan saya tu hutang sebab perlukan modal nak buat bisnes percetakan baju..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Masa tu tak fikir panjang pun.. kebetulan biasiswa baru masuk, jadi saya pinjamkan RM1200.. beliau janji nak bayar setiap bulan RM200 sehingga 7 bulan..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Bila difikirkan balik dapat untung RM200. Siapa yang tak nakkan? Saya pun bagilah pinjam..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Bulan pertama dan kedua bayaran clear.. masuk bulan ke 3 terus senyap.. saya dah call dan sms beberapa kali minta bayaran.. janji nak bayar, tapi cek dalam akaun duit tak masuk-masuk
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Sampai lost contact bila masing-masing dah tamat pengajian.. masa konvo kebetulan terjumpa.. tanya pasal bayaran hutang.. dia cakap tak boleh nak bayar, sebab duit nak guna masa konvo.. Lepas konvo terus senyap..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Sehingga sekarang saya dah lost contact dengan kawan saya tu dengan baki hutang beliau pada saya sebanyak RM800.. saya pun rak ada idea nak minta duit tersebut macam mana?
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Saya dah berhenti bagi hutang pada kawan kawan, bagi pada adik beradik masih ok lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Samalah dengan saya..
Semenjak kejadian 13 tahun lepas.. saya dah jadi fobia nak bagi hutang pada kawan-kawan..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Prinsip saya mudah.
Saya tidak berhutang dan tidak bagi hutang kepada orang. lain.
Ayat yang biasa untuk tolak dari bagi hutang pun mudah.
Saya pun susah macam awak.Mintak maaf banyak-banyak dan mari kita berdoa agar dimurahkan rezeki.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Menyelesaikan Hutang Keliling Pinggang
Terima kasih di atas nasihat yang berguna daripada tuan Mr. Hanafi.. boleh cuba praktikkan tips ini untuk mengelakkan diri daripada memberi hutang kepada orang lain..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Comments are closed.