Panduan Beli Kereta Baru Bergaya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri  “Tips tuntut hutang daripada kawan-kawan yang liat membayar“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi panduan beli kereta baru bergaya oleh pakar hartanah Tuan Azizul Azli Ahmad, kalau belum follow bagus sangat follow FB sifu sebab banyak ilmu kewangan yang dikongsikan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sebulan dua ini memang banyak model kereta baru dilancarkan. Paling baru Produa Myvi, orang muda kata merciklah tengok model Myvi terbaru. Jualan Myvi baru pun hebat beberapa hari sudah cecah 5 ribu tempahan. Kepada yang sedang merancang untuk tukar kereta baru jom kita baca panduan daripada Sifu Azizul Azli Ahmad.

PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA

1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.

2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza

3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita.

4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.

Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja

5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.

Jika lebih, jurujual kereta akan kata “padan muka jerat sudah kena”

6. Boleh juga guna formula ini;

20 : 5 : 15

20% Deposit kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta

7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak fomular ini.

Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.

Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.

Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.

8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta ‘free’.

9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.

10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga

Azizul Azli Ahmad
Viva Kelabu Asap


Spread the love

89 Comments

  1. Memang cun lah kereta myvi baru ni. Tapi KIM guna kereta yang sedia ada jelah dulu. Dah habis hutang ni, tak berapa rajin lah nak tambah hutang lagi 🙂

  2. Jangan terlampau ingin mengajar gaya sampai lupa nak ukur dengan poket sendiri. Nampak berisi tapi sebenarnya lompang didalam.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!