Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog Cikgu Naman, Zie Fauzi, Faizal Fredley, Hans sudah tamat, blog ke lima UpProfits akan tamat pada 11.59pm, 20/2/12 dan blog ke dua belas yang terpilih adalah blog status PR4 Ariffshah yang telah mengumpul 2197 mata akan meneruskan perjuangan. MacBook Air menjadi impian dan harapan Ariffshah semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca rasa hati Ariffshah kenapa MacBook Air menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Baru balik belajar dari Moscow jadi masa yang lapang bolehlah fokus pada contest ini.
Assalamualaikum, seperti yang tuan sedia maklum, gadget impian pilihan saya sebelum ini adalah MacBook Air. Walaupun begitu, itu hanyalah sebagai nak cukupkan syarat je. Kalau saya menang, berkemungkinan besar saya akan jual MacBook Pro sekarang untuk mendapatkam iMac 21.5 inci dengan 8 GB RAM (RM4252 – student price).
Kenapa? Mudah je. Saya suka ruang kerja yang besar dan saya suka bekerja menggunakan komputer. Kejayaan yang pernah saya kecapi selama ni pun semunya terhasil daripada kerja saya dari belakang komputer. Jadi adalah sangat membantu sekiranya saya mempunyai ruang kerja dan peralatan untuk bekerja idaman hati.
Saya tak minta smartphone/iPhone sebagai gadget impian kerana saya tahu, Samsung Galaxy S yang saya gunakan sekarang sudah cukup untuk kegunaan harian saya. Tapi dengan gadget yang lebih berkuasa dan besar, saya yakin saya boleh menjadi lebih produktif dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Banyak sebenarnya benda yang saya nak lakukan tapi gagal akibat kekangan belajar dan tempat tinggal yang kurang kondusif (kurang privasi tinggal di hostel Moscow). Diharapkan bila saya tamat belajar nanti, dapatlah menumpukan sepenuhnya pada projek-projek ini dan dengan peralatan yang bagus seterusnya memudahkan saya untuk menyiapkan projek-projek tersebut.
Kenapa bukan Windows? Supaya saya tak mula main game (sangat tak produktif). Saya suka gunakan komputer dengan perisian Mac OSX (walaupun setelah berbelas tahun menggunakan Windows).
Rasionaliti kenapa MacBook Pro –> MacBook Air. MacBook Air lebih ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana berbanding MacBook Pro. Ini sangat penting sebagai blogger. Disebabkan saya akan membeli iMac tersebut, kerja yang lebih serius atau memerlukan more computing power akan dilakukan pada iMac.
Lagi best kalau MacBook Air tersebut adalah yang berukuran 13 inci (RM3,849). Secara fizikal, tangan saya yang besar kurang sesuai untuk menaip pada MacBook Air 11″. Namun untuk contest ini (supaya tak terkeluar daripada bajet penganjur) saya memilih Macbook Air 11″ basic level entry je (RM2,949 – student price).
Melalui contest gadget impian ni, dapatlah saya mengambil kesempatan untuk mempunyai working rig idaman saya. Target saya tahun ini adalah untuk menulis lebih banyak artikel di wp.tutsplus.com (dua telah diterbitkan, satu masih lagi pending review) dan mungkin akan mula menulis di Hong Kiat (penulisan berbayar untuk setiap artikel yang diberjaya diterbitkan). Beberapa ebook juga dalam perancangan. Insya Allah.
Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan semoga blog Denaihati dan penganjur contest memperoleh kejayaan dalam perniagaan. Harap saya dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
Ikhlas,
Ariff Shah
Nota :
- Ariffshah diberi masa sehingga 11.59pm, 27/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,147 Comments
mari kawan – kawan kita target komen cecah 1k untuk hari ini.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
page pun sudah masuk 20, lagi sikit sahaja untuk capai target
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
boleh cecah ke 1k? tapi cantik gak. Semua 1k je nanti kan..
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
peminat gadjet ramai sekali,
sanggup berbaris pagi – pagi,
jika tercapai hajat di hati,
mau tak tidur sampai ke pagi
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
gunung kinabalu tinggi sekali,
ingin kucapai tangan tak sampai,
bila macbook air berjaya digapai,
hidup pasti lebih berseri
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
tengah fikir nak buat pantun, terdengar pula lagu rock dulu – dulu dr Ella – tajuk tak ingat.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
ok..dah ingat tajuk lagu ni, memang evergreen “Dua Insan bercinta”
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
coba mbak tulis segera, supaya saya bisa membacanya
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
sedang cuba untuk menulis ni Dadan, perlu fikir dulu apa yg mahu ditulis
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Ariffshah sahabat kita
Sekarang memerlukan dukungan
Ayo kita tambahkan mata
Biar Ariff bisa gapai impian
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
bagaimana mbak ros, pantun 4 kerat saya, bagus nggak ? 😀
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
ya..bagus sekali, kamu kagum saya dengan kamu Dadan, begitu cepat belajarnya 😀
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Sisa saya yang harus lebih banyak belajar Mbak Ros..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
Bang Iwan pasti boleh juga mengarang pantun, kita sama – sama belajar.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
kalau bang Iwan saya percaya pasti bisa, di entry yang lain kan abang pun berpantun 😀
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
Bunga mawar bunga melati
Harum semerbak bunga impian
Menambah komentar sepenuh hati
Gadget impian jadilah kenyataan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
wah Bang Iwan memang sudah pandai berpantun, saja tidak mahu tunjuk bakat ya
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Gadget Impian jadi kenyataan
Moga Bro Ariff bernasib mujur
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
Wahhh!! bang Iwan pun pandai berpantun juga.. Tahniah!!
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pemenang bagi Contest Vote – BONIA
Buah berangan dari Jawa
Kain terjemur menunggu waktu
Tidak menang jangan kecewa
jadilah pemenang dilain waktu
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
baru perasan bang iwan punya pantun. hebat.. hebat..
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
tu dia. dadan pun dah mula berpantun. ada bakat. ada..
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
wah…tepuk tepuk tepuk untuk Dadan, bagus sekali pantun ini 😀
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
terima kasih mbak ros, tepuk tangannya, itu juga hasil berpikir lama 😀
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
Rupanya bisa berpantun juga Kang… Mantap., dilanjut Kang..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
ini dia Bang Iwan sudah muncul, lama kami nantikan kemunculan Bang Iwan.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Alhamdulillah Kimmie rupanya koneksi hari ini agak bersahabat
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
makanya menyempatkan diri untuk mampir mendukung bro Ariff
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
bagus la, harap koneksi akan terus dalam keadaan baik untuk hari – hari berikutnya.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Semoga saja seperti itu Insya Allah.. shingga dapat mampir disini setiap saat
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
akhirnya…koneksi bang Iwan lancar juga, smoga lancar seterus.. 😀
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
Iya bang, saya lagi belajar membuat sama mbak ros
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
bang iwan pun cubalah sekali. mana tau ada bakat yang terpendam
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
ramai kawan ku temui di sini,
Dadan dan Bang Iwan setia sekali,
berkat contest di DenaiHati,
semoga ada lagi di lain hari.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
balik kampung naik kereta,
jalan jem usah cerita,
bila masa sudah cedera,
jangan risau, pulun saja.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
macbook air jadi idaman,
macbook pro sudah ditangan,
jika usaha tetap diteruskan,
impian pasti menjadi kenyataan.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Saya mau coba buat pantun, jangan ditertawakan ya mbak ros
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
tidak diketawakan lah, bagus…cuba kamu berpantun 🙂
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Waktu pun terus bergulir
Kita tambahkan mata sampai akhir 😀
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
nah…pandai tu kamu buat pantun 2 kerat, lepas ni boleh cuba buat pantun 4 kerat pula
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Wah kalau untuk 4 kerat, agaknya tak bisa saya, tapi coba dulu tuk berpikir.. 😀
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
cuba jangan tak cuba dadan. belum cuba belum tahu
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
perut lapar belum waktunya,
tengah hari lambat lagi,
patut kita terus berusaha,
masa ada sikit lagi
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
macbook air gadjet impian,
kalau saya dpt memang pengsan,
usaha tetap akan ku teruskan,
semoga impian jadi kenyataan.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Mbak ros mulai menyokong dengan pantunnya, teruskan mbak !
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
saya cuba untuk teruskan Dadan, kadang – kadang kering juga idea untuk berpantun ni.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Waktu terus berlalu, jangan sia-siakan, mari dukung sahabat kita !
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Bidan PTT 2012
semoga berjaya dapat McBook Air ariff. all the best!!!
terima kasih kerana menyokong ujam! appreciate it!
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
nampaknya kawan – kawan yang lain belum muncul lagi di sini pagi ini
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
sambil – sambil dengar HotFM, yg bercerita tentang “Hadiah paling pelik pernah anda terima”
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
apa hadiah pelik yang pernah akak terima? cerita sikit
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
hari ini tarikh penamat buat bro Ariff, semoga saya bisa tetap stay disini
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Dokter & Dokter Gigi PTT Periode April 2012
hari penamat, semoga dapat mengumpul lebih banyak lagi mata.
Insya Allah mbak, kalau kita bantu semampunya, tentulah akan banyak mata yang terkumpul
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Dokter & Dokter Gigi PTT Periode April 2012
Comments are closed.