Samsung Galaxy Tab 10.1 gadget impian Zie Fauzi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.

Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:

Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.

Samsung Galaxy Tab 10.1
Samsung Galaxy Tab 10.1

Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.

Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.

Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.

Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.

Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.

Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.

Nota :

  1. Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
  2. Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.

Spread the love

497 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!