Gadget Impian menjadi kenyataan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 103 Rakan Blogger telah layak masuk contest Gadget Impian dan dari semua itu 18 Blogger berjaya mengumpul jumlah markah terkumpul melebihi 1000. Oleh kerana jumlah 18 tidak terlalu banyak berbanding penyertaan maka keputusan dibuat untuk menerima kesemua 18 sebagai peserta akhir gadget impian. Senarai tidak dikeluarkan untuk melihat kesungguhan peserta mengejar impian mendapat gadget yang diimpikan. Contest gadget impian bukan contest give away jadi berbagai kesukaran dicipta dalam contest ini untuk menguji peserta, menguji ketahan minda dan kesabaran dengan berbagai kerenah contest dah nama pun Gadget IMPIAN.

Maaf ya daripada 18 peserta akhir hanya 13 sahaja di terima kerana selebihnya samada tidak mengirim atau menghantar tugasan lewat dari masa yang telah ditetapkan. Disiplin penting untuk berjaya dan mendapat hadiah semahal begini. Berbagai gadget dipilih oleh peserta akhir antaranya iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab, Samsung Galaxy Note, Kamera Nikon dan Macbook nasib baik tak ada yang pilih Ultrabook Toshiba Z830.

Kepada peserta akhir sila baca arahan dengan betul dan kalau kurang faham sila bertanya melalui twitter atau FB atau email jangan terkeliru. Tugasan yang perlu dibuat adalah seperti berikut :

1. Mulai saat ini Blog Denaihati akan publish entri peserta akhir satu demi satu pada bila-bila masa secara radom. Entri yang dikirim sebelum ini akan diubah suai sedikit untuk kesesuaian blog Denaihati.

2. Peserta mesti publish entri original di blog masing-masing setelah di publish di blog Denaihati. Letakan ayat berikut diakhir entri “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Jaws.my dan Serverfreak

3. Blogger diberi masa selama 7 hari untuk mempromosi semaksima yang boleh supaya seramai boleh Rakan Blogger klik button retweet, google + 1, FB like, LinkedIn dan komen sekurang-kurang 7 perkataan pada setiap entri yang di publish di blog Denaihati. Tarikh tutup promosi akan dicatat di setiap entri maknanya tarikh tutup promosi setiap entri tidak sama. (Komen kurang dari 7 perkataan akan di delete).

4. Pemenang akan ditentukan :

  • 70% daripada jumlah keseluruhan RETWEET + FB LIKE + GOOGLE PLUS + LINKEDIN   +  TOTAL KOMEN + TOTAL POINTS REWARD yang terkumpul dalam tempoh 7 hari pada entri yang dikeluarkan di blog Denaihati.
  • 30% daripada penilaian penganjur dan penaja.

5. Keputusan adalah muktamad.

6. Hadiah akan diserahkan kepada pemenang pada majlis khas di lokasi khas pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Selamat mengapai Gadget Impian jadi kenyataan kerana diakhir contest ini pasti 5 Blogger paling bertuah akan mendapat gadget yang diimpi-impikan selama ini. Kepada semua jom kita sokong Rakan Blogger yang bertuah ini. Kepada yang tidak berjaya masuk final jangan kecewa perjalanan masih jauh lagi mana tahu next ada contest hadiah Ultrabook Toshiba Z830.


Spread the love

197 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!