MacBook Pro Gadget Impian Affan Ruslan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog pertama Cikgu Naman akan tamat pada 11.59pm, 15/2/12 dan blog ke enam yang terpilih adalah blog jauh dari Kanada status PR2 Affan Ruslan telah mengumpul 2786 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. MacBook Air menjadi impian dan harapan Affan Ruslan semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Affan Ruslan kenapa MacBook Air menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.

Terima kasih! Mungkin itulah yang patut saya cakap bila dapat tahu terpilih sebagai salah seorang finalis dalam contest Gajet Impian yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Finalis je ye, belum menang lagi haha. Harap2 ada peluang mendapat Top 5 untuk dapat hadiah Gajet Impian nanti, kalau ada rezeki la. Tengok blogger lain semua top bloggers, rasa underdog pulak hehe.

Apple Macbook Pro

MacBook Pro, bukan lagi MacBook Air

Dalam artikel terbaru Denaihati mengenai Contest Gajet Impian ni, die cakap boleh tukar gajet impian. Sebelum ini saya cakap gajet impian saya adalah MacBook Air, tapi sekarang ini rasanya MacBook Pro lagi best. Lepas dapat tahu terpilih untuk peringkat akhir, saya ada ke bookstore di university. Saja nak tengok secara live beza MacBook Air dan MacBook Pro ni. Kalau baca di internet, mungkin kita boleh tau spesifikasi kedua-duanya, tapi bila dapat tengok depan mata mungkin pandangan kita akan sedikit berubah.

Kenapa nak MacBook Pro

1. Prosessor lebih laju

Bila tengok balik spesifikasi untuk MacBook Air, prosessor paling power pun 1.7GHz dual-core Intel Core i5 berbanding MacBook Pro, 2.4GHz dual-core Intel Core i5 . Nanti kalau dah belajar edit video, takde lah lambat sangat render video kut.

2. Lebih Nilai

Harga MacBook Air lagi mahal daripada MacBook Pro. Rasanya sebab utama orang yang beli MacBook Air adalah kerana ianya sangat ringan. Tapi bila tengok classmates lain, boleh kata macam takde pulak yang pakai MacBook Air ni walaupun ianya sangat ringan, lebih ramai yang guna MacBook Pro. Antara ringan dan prosessor lebih laju, saya pilih prosessor yang lebih laju!

3. Ringan

Ya, memang kalau nak dibandingkan, MacBook Pro sekali ganda lagi berat daripada MacBook Air. Tapi sekurang-kurangnya MacBook Pro ni lagi ringan daripada laptop sekarang ni, walaupun mempunyai resolusi skrin yang sama. Tengok pelajar-pelajar lain pun boleh je bawa MacBook Pro diorang tiap-tiap hari ke kelas, tu petandanya MacBook Pro takdelah berat sangat, ye tak

4. Design

Bila tengok depan mata untuk bandingkan kedua-duanya, saya lebih tertarik pada reka bentuk MacBook Pro. Nampak lebih solid dan elegence berbanding MacBook Air yang sangat nipis.

5. Jangka hayat bateri

MacBook Air atau Pro, dua-duanya mempunyai jangka hayat bateri yang lama, iaitu selama 7 jam. Kalau 7 jam cukuplah nak bawak ke kelas, satu hari sekali je cas. Kalau laptop sekarang ni tak ingat dah berapa lama jangka hayat bateri. Lagipun produk Mac baterinya adalah built-in, maknanya ketahanan bateri lebih tahan lama berbanding laptop-laptop biasa (boleh pasang dan bukak bateri). Ramai yang tak pandai jaga bateri, sebab tu bila sampai satu tahap bateri dalam satu jam je dah habis. Sekarang ini pun laptop Vaio dah perkenalkan bateri built-in pada laptop untuk memastikan ianya tahan lama, tak perlu risau bila-bila masa je boleh cas laptop!

6. Design

Ya, design MacBook Pro sangat hensem. Perlu terangkan lagi tak? Haha.

Nota :

  1. Affan Ruslan diberi masa sehingga 11.59pm, 21/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
  2. Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.

Spread the love

702 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!