Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kelima yang terpilih adalah blog status PR2 UpProfits telah mengumpul 2105 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy Note menjadi impian dan harapan UpProfits semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati UpProfits kenapa Samsung Galaxy Note menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Samsung dan Apple kini menjadi jenama Gadjet Impian ramai orang. Tahun baru 2012 ini tak mustahil ramai yang berazam nak dapatkan salah satu produk jenama tersebut. Termasuklah aku. Kalau korang mengikuti entri aku sebelum ini, sudah tentu tahu apa Gadjet Impian aku.
Ya, Samsung Galaxy Note. Cuma nak beli tu kenalah ambil masa kumpul duit. Nak cepat, cuba nasib sertai Contest, Cabutan Bertuah atau yang seumpama dengannya. Manalah tahu usaha kita tuh boleh membuahkan rezeki.
Sebenarnya memang dah lama aku ikuti perkembangan pesat trend Gadjet di Malaysia. Cuma buat masa ini hanya dapat memerhati perkembangan trend Gadjet semasa. Bak kata orang, jangan kita ketinggalan zaman dan tenggelam dalam arus teknologi masa kini. Bermula dengan perkembangan trend Handphone, kemudian diikuti dengan notebook, DSLR dan kini smartphone dan tablet. Jangan terkejut kalau budak sekolah pun dah ada Gadjet sendiri.
Koleksi Gadjet aku ketika ini hanyalah sebiji handphone 2G, Laptop 15″ dan Camera Kompak. Jangan korang gelak pulak dengan Gadjet Antik aku tuh. hehe. Bukan kolot atau tak mahu mengikuti perkembangan Gadjet masa kini cuma lebih mengikut kemampuan semasa terlebih dahulu.
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku beli gadjet idaman hati. Tengok kecanggihan smartphone baru, tertarik. Tengok rakan-rakan sekerja bimbit Tablet dan iPad baru pun aku tertarik. Tengok gambar-gambar menarik rakan-rakan hasil dari DSLR pun aku tertarik juga. Whoa, semua tertarik nih takkan la nak beli semua kan? Berangan jelah dulu. Hahaha.
Sehinggalah muncul produk terbaru Samsung Galaxy Note. Aku rasa produk ini merupakan pilihan terbaik untuk dimiliki selain produk Apple kerana ia menawarkan apa yang aku mahu All-in-One. Jika digunakan dengan sebaik-baiknya, tak mustahil ianya boleh menambahbaik dan membantu kehidupan kita. Bagaimana? Nanti aku cerita.
Bagaimana bantuan Gadjet boleh membantu kehidupan?
Mengikut trend Gadjet semasa, produk jenama Apple dan Samsung antara jenama pilihan ramai orang diikuti dengan HTC dan lain-lain. Kualiti, harga, populariti dan spesifikasi terbaik menjadi keutamaan dalam persaingan itu.
Pada mulanya, aku terasa ingin memiliki Tablet samada iPad 2 atau pun Galaxy Tab. Tapi bila dah survey kelebihan dan kekurangan Gadjet tersebut, aku ‘hold’ sekejap niat aku tu memandangkan aku dah ada laptop. Lagipun, aku ingat tablet nih semua boleh buat ‘call’ macam Handphone. Bolehlah sekaligus menggantikan Handphone 2G antik aku tuh nanti. Rupanya hanya Galaxy Tab jer yang ada menawarkan ciri-ciri tersebut tapi rasa macam terlalu besar pulak nak letak di telinga, kenalah pakai earphone. hehe.
Selain tu, aku ingat kalau aku ada tablet, tak perlulah aku nak usung laptop aku tu ke mana-mana selain untuk memudahkan urusan kerja. Aku sangka, kegunaan tablet sama seperti laptop. Rupanya hanya untuk kerja atau dokumentasi yang simple sahaja. Maknanya, aku tetap perlukan Laptop aku tu untuk membuat kerja-kerja dokumentasi. Takkan nak beli tablet semata-mata nak main Angry Bird jer. hehe.
Kalau cerita bab kamera pula, memang menjadi kemestian tatkala berkunjung ke destinasi menarik. Memang suatu kerugian kalau terlepas shot atau event menarik gara-gara takder kamera nih. Tapi tak dinafikan, selalu juga tertinggal. Kalau tak tertinggal pun, bateri habis. Kamera handphone? Kamera VGA yang ada dalam Handphone 2G antik aku tuh, tak berapa nak membantu. Lagipun memori Handphone 2G tu kecil jer, tak pasal-pasal jadi mangsa delete kalau memori tak cukup. Tengok rakan-rakan berkongsikan gambar-gambar cantik dari DSLR mereka, tak dinafikan cemburu pun ada. Tapi setakat ni hanya mampu berangan jelah nak ada DSLR sendiri suatu hari nanti. Masa je yang akan menentukan.
Tapi nak memiliki semua gadjet-gadjet tu dalam satu masa macam mustahil pula. Selain sebab harga, boleh ke aku bawa semua tu sekali. Dalam kepala dah terbayang beg besar nak isi gadjet-gadjet tu kalau aku ke mana-mana. Kalau nak ikut keutamaan, mana satu nak bawa ye. Dilema juga nak pilih tu. hahaha. Sehinggalah muncul Samsung Galaxy Note. Aku rasa, ia pilihan terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan aku tu.
Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Pilihan?
Ciri-ciri dan spesifikasi Galaxy Note memang memukau dan aku percaya boleh membantu menambahbaik dan memudahkan urusan harian aku.
Apa yang buat aku tertarik dengan Galaxy Note ni adalah ciri-ciri Smartphone dan Tabletnya selain didatangkan dengan Kamera 8MP. Kat sini je dah ada semua ciri-ciri Gadjet Impian aku, All-in-One. Tak perlulah aku nak fikir nak beli Smartphone, Tablet dan DSLR secara berasingan. Bukankah ianya dah menjimatkan?
Saiznya juga sederhana dengan paparan skrin HD Super AMOLED 5.3″. Kalau korang melihatnya sebagai Handphone, memang nampak agak besar tapi jika melihatnya sebagai tablet, tidaklah terlalu besar. Pendek kata, masih boleh masuk poket. Tablet yang bersaiz 10.1″ pun orang boleh usung ke sana ke mari, inikan pula Galaxy Note. hehe.
Antara kelebihan Samsung Galaxy Note:
- Paparan cantik skrin HD Super AMOLED (pertama dan terbesar 5.3″) sangat sesuai untuk aspek multimedia.
- Skrin besar (5.3″, 800 x 1280 pixels), ringan (178g) dan nipis (9.65mm).
- Camera 8MP + lensa depan 2MP (tak perlu risau tertinggal kamera lagi)
- Rakaman Video HD (tak perlu risau terlepas event menarik untuk diabadikan jadi kenangan)
- Smart Stylus S-Pen (boleh guna untuk catat nota, organiser, edit gambar, melukis dan sebagainya)
- Bateri 2500 mAh (semestinya tahan lama. Standby: Up to 960h (2G), Up to 820 (3G). Talk time: Up to 26h (2G), Up to 13h (3G))
- Sistem Operasi Dual-Core 1.4 GHz ARM Cortex A-9 pasti sangat lancar digunakan.
- Memori Internal 16GB/32GB berserta RAM 1GB + Card Slot MicroSD up to 32GB
- dan lain-lain lagi.
Aku memang dah lama mengimpikan memiliki sebuah smartphone atau tablet bagi menggantikan handphone yang aku pakai sejak 2004. Harap-harap tahun 2012 ini impian tu dapat direalisasikan. Jika ianya dapat membantu memudahkan urusan harian aku, kenapa tidak aku memilikinya. Target tahun 2012.. Samsung Galaxy Note.
..
p/s – Jika bro DenaiHati dikenali dengan slogan Hidup Untuk Memberi, jangan pula kita dikenali dengan ‘Hidup Untuk Menerima’ je. Jika kita benar-benar mahukan apa yang kita impikan, usahalah ke arah itu. Insya-Allah impian pun boleh menjadi kenyataan. Artikel ini pun adalah sebahagian usaha aku untuk memiliki Gadjet Impian.. Doakan aku berjaya ye. Aminn..
Nota :
- UpProfits diberi masa sehingga 11.59pm, 20/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
836 Comments
Banyak juga kelebihan dari samsung galaxy note ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Qurban
samsung galaxy memang mantap, fiturnya juga mantap,,kapan ea saya bisa memilikinya
Samsung Galaxy Note mempunyai fitur yang luar biasa, dengan kecanggihan teknologi yang ditanam didalamnya membuat gadget ini laris di pasara.
Sampai dengan hari ini saya masih bermimpi untuk dapat memiliki gadget ini
Sekarang harga Samsung galaxy note masih tinggi kiranya menunggu miring baru berniat untuk membeli, insyaallah..
Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi membantu..sejuta penghargaan kpd semua..segala usaha dan penat lelah kita semua harap akan membuahkan hasil..insya-Allah..semoga apa yg kita impikan boleh menjadi kenyataan..aminn..TQVM
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
Usha yang berterusan akan mebuahkan hasil.. Insya Allah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..LOVE IS BRONDONG
ehhh.. sudah tamat ker??? semoga berjaya semua k.. berjayalah dengan berjaya…
Curahan rasa fairuzjaafar @ ..YANG TAK BERSUNAT TU LA YANG KAU MINAT
Kalau ikutkan dh tamat..jgn tertekan lg dgn masa..dh leh bersantai2..rileks lepaskan tekanan..eh, eh..apsal korang pulak yg tertekan ek..patutnyer saya ler yg lbh tertekan..hehe..rileks2 jer..usaha dh dilakukan..berdoa jelah semoga impian terlaksana..aminn..think positif..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
akhir kata, majulah blog denai hati untuk semua, semoga ada lagi contest macam ni di masa depan
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
Yup..btol tuh..dpt ler kita sama2 join nnti..terima kasih rosezha ngan fairuz sbb sudi membantu dan berkongsi pengalaman join kontest besar mcm nih..at least korg dpt belajar sesuatu drpnya dan melakukan lbh baik lg..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
Amin, semoga Denai Hati terus maju agar bisa memberikan banyak informasi yang bermanfaat untuk kita.
Curahan rasa salsabila @ ..Jennifer Lopez Perfume
samsung galaxy note terbaik, debom, cun melecun dan style
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
sudah hampir sampai ke penghujungnya, semoga berjaya..dan berjaya
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
menuju puncak..gemilang cahaya… marilah kita..bersama-sama… menuju punjak.. kasih dan sayang nya… dah tak tau lagu dia..
Curahan rasa fairuzjaafar @ ..YANG TAK BERSUNAT TU LA YANG KAU MINAT
Hahaha..ada jugak yg still layan AF nih yer.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
hahah.. lagu af ker tu.. entah..main nyanyi jer.bukan tau pun… ngehehe
Curahan rasa fairuzjaafar @ ..YANG TAK BERSUNAT TU LA YANG KAU MINAT
Lagu AF la tuh..saya xlayan pun tp tahu juga..hehe..anyway, TQVM fairuz sbb sudi membantu..budi baik kamu semua hanya Tuhan saja mampu membalasnya..TQVM
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
sebenarnya nak tulis lirik lagu kris dayanti, tapi tak ingat pulak
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
Hahaha..leh pulak xigt..nk kena nyanyi ke kalau ada lirik tu?
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
nyanyi dalam hati je la,,,hahahah..isi masa lapang kan mengira waktu
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
Dh xyah kira..terima kasih semua yg sudi membantu..TQ rosezha..
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
menghitung waktu, detik demi detik , masa berlalu sangat pantas
Curahan rasa rosezha @ ..Kraftangan dan aku
ihkihkih… rasa macam kelakar la type lelaju nih… macam lawak jer….
Curahan rasa fairuzjaafar @ ..YANG TAK BERSUNAT TU LA YANG KAU MINAT
leh ar masuk maharaja lawak nnti..hehe..ada ke lawak menaip?
Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..
Comments are closed.