Lisa Surihani Ratu Sosial Media Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa tak kenal Lisa Surihani antara artis paling terkenal di Malaysia juga Ratu Sosial Media Malaysia. Lisa Surihani adalah duta MSMW2012 antara pengguna Facebook yang awal sejak 2008 mempunyai follower fanpage kedua paling ramai di Malayais melebih daripada 1.9 juta selepas Upin & Ipin. Follower twitter Lisa Surihani juga melebihi 540k tetapi tidak tersenarai dalam Top 100 Twitaholic Malaysia mungkin kerana beliau tak set negara kepada Malaysia.

Apa yang kita boleh belajar daripada Lisa Surihani ialah tidak menggunakan promosi murahan untuk melonjakan nama beliau dalam industri seni Malaysia walaupun mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial media malah menunjukkan bakat seni yang berkualiti dalam setiap drama filem yang dibintangi. Antara filem yang paling ngetop dibintangi oleh beliau adalah Ombak Rindu.

Lisa Surihani akan menamatkan zaman bujangnya bersama Yusri KRU.

Dalam dunia Sosial Media Malaysia yang semakin pesat berkembang ramai pengguna menganggap dunia bebas tanpa batas dan bebas bersuara apa sahaja yang hendak disuarakan sehingga lupa bahawa setiap negara ada undang-undangnya. Hampir semua pembentang kertas kerja di MSMW2012 daripada berbagai negara mengatakan bahawa di negara mana pun di dunia tiada kebebasan 100%. Kita mesti bertanggungjawab dengan setiap apa yang kita tulis di wall Facebook dan yang di tweet di Twitter sebab setiap informasi ini akan pergi viral menjelajahi dunia siber tanpa batasnya.

Mungkin anda boleh buat Facebook Kelab Murtad, Facebook Kelab Gay, Menyebarkan Hadith Palsu, Mencari Pelanggan untuk Melacur diri dan sebagainya siapa yang kisah tetapi akhirnya kalau ianya boleh mengugat keamanan sebuah negara pasti tindakan akan di ambil oleh Pihak Berkuasa. Mungkin aku agak ketinggalan tetapi bagi aku tiada agama dalam dunia yang memberi kebebasan 100% pada pengikutnya. Dalam Islam ada hukum dan tertib yang mesti dipatuhi untuk mendapat ganjaran tanpa batas Syurga abadi kerana dunia ini hanya tempat persinggahan yang sangat sebentar.

Sosial Media ini ibarat pisau kalau digunakan dengan baik maka hasilnya baik sebagaiman Lisa Surihani menggunakan Sosial Medianya untuk berinteraksi dengan peminat beliau bukan menyebarkan gosip liar.

Nota : Ketika majlis pengenalan MSMW2012 tak ambil gambar Lisa Surihani sebab ramai sangat serbu beliau tapi nak best masa kat parking rupanya parking sebelah sebelah jadi sempatlah bertukar kad dalam gelap


Spread the love

193 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!