iPad 2 Gadget Impian Hans

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog keempat yang terpilih adalah blog status PR2 Hans telah mengumpul 1157 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. iPad 2 menjadi impian dan harapan Hans semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Hans kenapa iPad 2 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.

Assalamualaikum kepada team Denaihati sekalian. Apa–apapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menganjurkan contest hebat ini. Alhamdulillah saya layak ke pusingan seterusnya selepas jumlah keseluruhan saya melebihi 1000 mata iaitu sebanyak 1181 mata. Walaupun pihak Denaihati memberi keizinan untuk menukar gadget pilihan jika mahu, namun saya tetap memilih iPad 2 sebagai gadget impian saya sehingga kini.

apple ipad 2

Sebab saya inginkan gadget ini juga sama seperti entri awal penyertaan saya sebelum ini di mana saya memang perlukan sebuah gadget baru bagi menggantikan laptop saya sekarang yang menunggu hari saja untuk rosak. Saya sudah menggunakan laptop jenama Acer lebih 5 tahun lamanya sejak awal pengajian saya di dalam diploma sehingga tamat pengajian saya di dalam ijazah penyiaran di UiTM.

Saya mengaku sememangnya saya tidak mempunyai wang untuk membeli gadget baru. Antara sebab-sebab lain saya mahukan iPad 2 ini ialah:

  1. Senang untuk dibawa kemana–mana kerana saiznya yang kecil dan tidak seberat laptop dan ia memudahkan saya untuk mengemaskini blog saya.
  2. Laptop usang saya kini berbunyi sangat kuat seperti mesin rumput dan untuk menghidupkannya memerlukan saya menggunakan pen untuk menekan suis di dalamnya kerana butang ON pada laptop ini sudah rosak. Memang laptop saya ini cuma boleh digunakan di rumah sahaja kerana agak sukar dan memalukan untuk membawa laptop ini keluar. Untuk menghidupkan laptop ini menggunakan pen juga mengambil masa lebih 5 minit dan saya hanya membiarkan laptop saya sekarang dalam keadaan SLEEP sahaja untuk memudahkan saya menghidupkannya.
  3. Sememangnya bila usia laptop melebihi 3 tahun, maka pelbagai kelengkapannya rosak dan laptop saya yang lebih 5 tahun penggunaan ini pasti juga tidak terkecuali untuk mengalami nasib yang sama. Bateri, Sound, Bluetooth dan USB sudah tidak boleh digunakan lagi manakala skrin laptop dan papan keyboard sedikit rosak.
  4. Saya juga akan mula bekerja selepas tamat pengajian dan mahu tidak mahu saya terpaksalah menggunakan laptop yang ada. Semoga rezeki saya ada pada contest gadget impian ini.

Jadi, itulah sahaja sebab–sebab saya mahukan gadget impian saya iaitu iPad 2 ini. Bagi saya 99% kehendak saya untuk memiliki gadget ini adalah kerana saya ingin menggunakannya untuk pekerjaan saya bermula Februari ini. Jika saya ditakdirkan terpilih sebagai pemenang, maka Alhamdulillah saya berpeluang untuk menggunakan gadget terkini ini. Secara tidak langsung juga dapat mendekati dan mempelajari teknologi baru dan terkini tanpa tertinggal di belakang.

Semoga saya adalah orang yang bertuah memenangi contest hebat yang dianjurkan oleh team Denaihati dan penaja–penaja contest ini. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!

Nota :

  1. Hans diberi masa sehingga 11.59pm, 18/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
  2. Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.

Spread the love

1,067 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!