iPhone 4S Gadget Impian Cikgu Naman

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir bermula. Blog pertama yang terpilih adalah blog status PR2 Naman0807.blogspot.com telah mengumpul 2646 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. BB Bold 9900 bertukar kepada iPhone 4S menjadi impian Cikgu Naman semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Cikgu Naman kenapa iPhone 4S menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.

Pertama kali ucapan terima kasih kepada team Denaihati kerana menganjurkan contest Gajet Impian ini yang memberi peluang kepada ramai orang memiliki gajet impian masing-masing. Setelah membuat penilaian berdasarkan keperluan sendiri dan juga faktor gajet terkini, dengan ini saya memilih gajet terkini iaitu iPhone 4S.

Apple iPhone 4S

1. Ingin memiliki smartphone sendiri khususnya gajet terkini, iPhone 4S dan menjimatkan bil telefon

Baru-baru ni saya ada memenangi sebuah smartphone Samsung Galaxy SII dari contest beta.my tajaan mynewshub. Sebelum ini saya kurang mengambil tahu ciri-ciri istimewa dan kecanggihan mana-mana smartphone sehinggalah kecanggihan smartphone Samsung Galaxy SII itu dapat saya cuba sendiri. Tetapi memandangkan hadiah itu saya menangi menjelang hari jadi isteri, maka saya telah menghadiahkan smartphone itu sempena hari jadi beliau. Hidupkan Untuk Memberi.

Bila saya tengok macam-macam aplikasi yang ada dalam smartphone dan yang boleh dimuat turun, saya begitu teruja untuk mendapatkannya untuk diri sendiri. Ini kerana dengan adanya smartphone, banyak mendatangkan kebaikan kepada saya, contohnya aplikasi-aplikasi yang boleh membantu mengurangkan bil telefon seperti entri Say NO to SMS. Aplikasi-aplikasi seperti Whatsapps, Viber dan Tango contohnya boleh menjimatkan penggunaan bil telefon kerana aplikasi-aplikasi sebegitu boleh memberi khidmat SMS, panggilan suara dan panggilan video secara percuma dengan syarat ada kemudahan internet.

Jadi kalau adanya iPhone 4S, saya dapat berkomunikasi dengan isteri sekiranya tidak berada di rumah secara percuma sahaja.

2. Ingin berblog, tweet, FB dan menggunakan jaringan sosial yang lain di mana-mana sahaja

Selepas memenangi Samsung Galaxy SII, saya menggunakan telefon Nokia E72 yang sebelum ini digunakan isteri saya. Banyak kekurangan dengan E72 ni. Masalahnya bila menggunakan E72, paparan internetnya sangat tidak memuaskan, ditambah lagi dengan saiz skrinnya yang kecil itu. Berbeza kalau menggunakan iPhone 4S yang canggih itu. Paparan internetnya seakan dilihat menggunakan PC/laptop cuma dengan saiz skrin yang lebih kecil. Dengan E72, saya tidak boleh update blog menggunakannya, bila masuk je blogger.com, internet akan off secara automatik.

Selalu juga saya saya baca blog-blog lain menggunakan Nokia E72. Yang tak bestnya hanya boleh melihat dalam versi mobile. Kalau buka je versi penuh, memory full dan internet akan off. Jadi saya selalu menjadi silent reader di blog Denaihati kerana kerap tidak boleh komen dengan versi mobile. Kalau dilihat dengan versi web menggunakan iPhone 4S, insyaAllah saya akan sentiasa komen di setiap entri terbaru Denaihati, mana tahu tahun 2012 boleh challenge Bang Iwan. hehe.

Dengan adanya iPhone 4S, bila balik kampung tak payah bawak balik laptop lagi. Kurang beban kereta. hehe

3. Tidak perlu lagi mengusung DSLR ke mana-mana untuk gambar yang menarik!

Saya memang suka mengambil gambar. Saya ada sebuah DSLR Canon yang paling murah. Masalahnya saya bukannya bawa DSLR itu ke mana-mana setiap masa. Ye la, bukannya kecil dan ringan kan? Kadang-kadang banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling tapi DSLR tak bawa, jadi E72 jugaklah jadi penyelamat. Malangnya ciri-ciri kamera dan kualiti gambar dari Nokia E72 sangat tidak memuaskan. Ciri-ciri kamera dalam iPhone 4S yang sudah diperbaharui daripada iPhone 4 yang sebelumnya sudah tentunya menghasilkan gambar yang sangat berkualiti. Kameranya sudah diupgrade kepada 8.0 megapixel, dengan f/2.4 lens (dalam siri iPhone 4, f/2.8) menjadikan ia lebih sensitif kepada cahaya. Wow!! Lagi-lagi dengan ciri-ciri Face Detection itu, so perfect for taking great photos! Memang tak perlukan DSLR lagi ke mana-mana!

Dengan iPhone 4S saya boleh tangkap gambar dan edit menggunakan application picture editor yang kemudian boleh share terus di FB, twitter atau blog. Tak perlu tunggu pindah gambar ke laptop, edit baru boleh share. Sangat menjimatkan masa.

Tambahan lagi di sekolah, saya telah ditetapkan menjadi jurugambar rasmi sekolah. Jadi kalau malas bawa DSLR, sudah cukup untuk saya menggunakan kecanggihan kamera iPhone 4S.

Sekarang saya selalu tengok DH menggunakan iPhone 4S untuk mengambil gambar walaupun adanya smartphone yang lain. Sudah semestinya gambar-gambarnya sangat berkualiti kan?

4. Kemampuan iPhone 4S merakam HD video

Saya juga suka merekodkan video. Tapi malangnya kualiti video E72 tak elok dan saya terpaksa menggunakan kamera digital kompak. Kalaulah dapat iPhone 4S yang boleh merakam 1080p HD video dengan digital image stabilization, gembiranya tak terkata!! Video yang dihasilkan mesti dengan audio dan video yang sangat jelas.

iphone 4s siri malaysia

5. Ingin mencuba kebijaksanaan SIRI itu

Intelligent Assistant ni mungkin boleh dianggap sebagai mini robot. Boleh bagi arahan suara untuk urusan harian seperti membuat panggilan, mesej, atau menetapkan jadual/appointment. Atau mungin boleh borak-borak kosong dengan SIRI.
Itu antara sebab-sebab utama kenapa saya inginkan iPhone 4S itu. Nak disenaraikan semua jenuhla team Denaihati nak membacanya. Banyak ciri-ciri lain yang saya tak berapa faham disebabkan tak pernah cuba. Adakah mungkin team Denaihati boleh bagi saya satu untuk meneroka kecanggihan iPhone 4S itu? hehe..

Sekali kali lagi saya ucapkan terima kasih kepada team denaihati.

Nota :

  1. Cikgu Naman diberi masa sehingga 11.59pm, 15/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
  2. Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.

Spread the love

976 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!