Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog ketiga yang terpilih adalah blog status PR3 Faizal Fredley telah mengumpul 4565 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan.MacBook Air menjadi impian dan harapan Faizal Fredley semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Faizal Fredley kenapa MacBook Air menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Kalau kail panjang serawan,
Lautan dalam memang tak terduga,
MACBOOK AIR Memang Menawan,
Kalau dapat confirm tak tidur Malam.
Kalau takut dilambung ombak,
Takkan berumah di tepi pantai,
Kalau tiada usaha yang berterusan,
Jangan la harap nak menang contest DENAIHATI.
2,3 kucing berlari,
Berlari-lari di laman rumah,
DENAIHATI.COM hidupkan untuk memberi,
Kalau dah rezeki MACBOOK AIR jadi gadget impian.
Assalamualaikum, contest dari Denaihati memang selalu dinanti. Alhamdulillah kali ini dengan hasil usaha dan sokongan dari teman-teman blogger yang lain akhirnya aku berjaya untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk memenangi gadjet impian dari pihak Denaihati.
Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada team Denaihati yang sering menganjurkan contest yang gempak selain berkongsi ilmu dunia blogging yang berterusan searus dengan perjalanan dunia yang semakin menggila ini.
Tahun lepas team Denaihati.com muncul menganjurkan contest akhir tahun yang terbesar dengan sokongan berberapa pihak seperti Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak telah berjaya menggemparkan dunia blogger. Contest tersebut berjaya menarik sehingga ratusan blogger untuk turut serta dalam contest yang dilancarkan pada penghujung tahun 2011 itu.
Sebagai tugasan akhir untuk memenangi MacBook Air yang super awesome ini, aku dengan ini bersusah payah walaupun dalam kesibukan final exam yang memang menyentak separuh kawalan akal fikiran, namun berjaya menghasilkan satu entry kenapa aku layak dapat gadget impian dan menjadi pemenang contest ini.
Aku sekarang menggunakan Acer Aspire 4315 yang telah dibeli secara ansuran 5 tahun lepas. Bayaran terakhir telah aku habiskan 3 tahun lepas. See? Lamakan untuk aku ambil masa bagi nak langsaikan hutang laptop dulu. Biasalah student kan, manalah ada duit nak beli cash. Lagi satu laptop yang aku guna untuk taip entry yang korang sedang baca ni pun dah berusia hampir 5 tahun. So, faham-faham la. Heheh.
Sekarang gadget yang muncul di pasaran jauh lebih canggih dari laptop aku. Kadang-kadang aku nak online di mamak pun segan nak keluarkan laptop aku ni. Yelah, kaler yang hitam pun dah jadi kelabu, keyboard tak payah citer, dah beribu cap jari ada.
Untuk connect wifi pula memang susah. Kadang-kadang boleh connect, kadang-kadang hampeh. Yang ni bukan disebabkan wifi yer, ni disebabkan laptop aku yang banyak berjasa siapkan assignment aku sepanjang aku bergelar mahasiswa.
Bateri? Hahahah. Buat aku gelak je. Laptop aku ni mana boleh pakai bateri kot.
Masalah berat tu belum dicerita lagi. Aku rasa macam bawak beras satu guni bila bawak laptop ke kelas atau library. Lama-lama aku pun dah jadi tough dah tak payah sibuk-sibuk pergi gym. Tambahan pulak aku pergi kelas dan library naik bas lagi la menyusahkan. Nak ku tinggalkan tak mampu sebab ada gunanya. Sabar jelah.
Lagi satu aku ni merupakan student computer network engineering, so sudah semestinya perlu menggunakan sofware yang berat. Jadi, korang bayangkanlah dengan Intel Celeron processor 560 (2.13 GHz, 533 MHz FSB, 1 MB L2 Cache), 512MB DDR2 beserta 120GB HDD, macam mana aku nak gunakan sofware yang perlu untuk course aku ni? Sekadar nak guna Microsoft Word untuk taip assignment bolehlah. Itu pun kadang-kadang heng.
So kalau aku menang contest gadget impian ni bolehlah aku dengan tanpa sengan silu online kat mamat or library untuk update blog atau layan tips blogging dari denaihati.com. Lagipun nak guna untuk buat kerja pun senang. Nak angkut kat mana-mana pon boleh.
Ciri-ciri Macbook Air yang membuat aku begitu tertarik
Macbook Air memang kedengaran agak mewah, dan hanya segelintir sahaja orang yang memilikinya. Mungkin bagi orang seperti aku agak keterlaluan jika aku menggunakannya. Namun hidup hanya sekali dan peluang untuk aku dapatkan MacBook ini bukan selalu datang. Kali ini biarlah aku cuba. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung aku? tiada siapa yang tahu. Hidup mesti berani gagal kerana kadang-kadang gagal ini memberi kita kematangan yang sudah semetinya tiada dijual di mana-mana kedai di dunia ini.
Nipis – Macbook Air, notebook ternipis di dunia, Notebook senipis 0.76 inci atau 1.94 cm ini mempunyai berat seringan 3 pound atau 1.36 kg.
Processor and Memory
Intel Core 2 Duo processor with 4MB on-chip shared L2 cache running at full processor speed
- 800MHz frontside bus
- 2GB of 667MHz DDR2 SDRAM onboard
Storage
- 80GB 4200-rpm Parallel ATA hard disk drive2
- Optional 64GB solid-state drive2
- Optional external USB MacBook Air SuperDrive
Display
13.3-inch (diagonal) glossy widescreen TFT LED backlit display with support for millions of colors
Supported resolutions: 1280 by 800 (native), 1152 by 720, 1024 by 768, 800 by 600, 800 by 500, 720 by 480, and 640 by 480 pixels at 16:10 aspect ratio; 1024 by 768, 800 by 600, and 640 by 480 pixels at 4:3 aspect ratio; 720 by 480 pixels at 3:2 aspect ratio
Benda ni memang nipis walaupun banyak benda nak kena beli sebagai tambahan untuk make sure aku boleh guna Macbook Air ni dengan lebih sempurna. Tapi aku tak kisah dengan keringanan dan kenipisan tu, memang telah memikat hati ini.
Sekian. Itu sahaja dari aku untuk contest ini. Mungkin peluang aku nak menang cukup tipis sebab aku tau aku tiada kreativiti untuk menghasilkan video muzik atau edit gambar untuk nampakkan kesungguhan aku menghasilkan entry yang bermutu seperti peserta lain. Namun aku percaya jika dah rezeki memang tak ke mana dan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL menjadi pencetus semangat kenapa aku menyertai contest ini.
Sebelum bersurai kita layan lirik Lelaki Seperti AKU yang telah diubah liriknya sesuai dengan contest gadget impian ini.
Memang tak ada Notebook seperti kamu
Tapi yang lebih hebat banyak
Memang tak ada Notebook secanggih kamu
Tapi yang lebih canggih banyak
Maka tak perlu ku susah hati
Ada yang baik nak bagi ku free
Untuk ku jadikan Notebook peribadi
Memang tak ada Notebook senipis kamu
Tapi yang lebih nipis banyak
Memang tak ada Notebook seringan kamu
Tapi yang lebih ringan banyak
Maka tak perlu ku keluarkan simpanan
Untuk beli Macbook Air Idaman hati
Kerana ada yang murah hati
Oo Denaihati tolonglah beriku Macbook Air
Nak ku beli tak mampu
Ku harap pada kamu
Ku yakin pasti dapat
Kalau itu rezeki
Oo denaihati.com tolonglah beriku Macbook Air
Ku tahu kamu baik
Ku tahu kamu kacak
Ku belum rasa lagi
Canggihnya Macbook Air
Ceritanya aku ingin guna Macbook Air
Makanya dari itu haraplah ku menang
Kerna aku memang sangat nak menang!!
– lirik edited by Cikgu Naman
Nota :
- Faizal Fredley diberi masa sehingga 11.59pm, 17/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
415 Comments
Very interesting your posting
Very interesting your posting, thanks for putting up.
placenta injection
Comments are closed.