Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog Cikgu Naman, Zie Fauzi, Faizal Fredley, Hans sudah tamat, blog ke lima UpProfits akan tamat pada 11.59pm, 20/2/12 dan blog ke dua belas yang terpilih adalah blog status PR4 Ariffshah yang telah mengumpul 2197 mata akan meneruskan perjuangan. MacBook Air menjadi impian dan harapan Ariffshah semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca rasa hati Ariffshah kenapa MacBook Air menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Baru balik belajar dari Moscow jadi masa yang lapang bolehlah fokus pada contest ini.
Assalamualaikum, seperti yang tuan sedia maklum, gadget impian pilihan saya sebelum ini adalah MacBook Air. Walaupun begitu, itu hanyalah sebagai nak cukupkan syarat je. Kalau saya menang, berkemungkinan besar saya akan jual MacBook Pro sekarang untuk mendapatkam iMac 21.5 inci dengan 8 GB RAM (RM4252 – student price).
Kenapa? Mudah je. Saya suka ruang kerja yang besar dan saya suka bekerja menggunakan komputer. Kejayaan yang pernah saya kecapi selama ni pun semunya terhasil daripada kerja saya dari belakang komputer. Jadi adalah sangat membantu sekiranya saya mempunyai ruang kerja dan peralatan untuk bekerja idaman hati.
Saya tak minta smartphone/iPhone sebagai gadget impian kerana saya tahu, Samsung Galaxy S yang saya gunakan sekarang sudah cukup untuk kegunaan harian saya. Tapi dengan gadget yang lebih berkuasa dan besar, saya yakin saya boleh menjadi lebih produktif dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Banyak sebenarnya benda yang saya nak lakukan tapi gagal akibat kekangan belajar dan tempat tinggal yang kurang kondusif (kurang privasi tinggal di hostel Moscow). Diharapkan bila saya tamat belajar nanti, dapatlah menumpukan sepenuhnya pada projek-projek ini dan dengan peralatan yang bagus seterusnya memudahkan saya untuk menyiapkan projek-projek tersebut.
Kenapa bukan Windows? Supaya saya tak mula main game (sangat tak produktif). Saya suka gunakan komputer dengan perisian Mac OSX (walaupun setelah berbelas tahun menggunakan Windows).
Rasionaliti kenapa MacBook Pro –> MacBook Air. MacBook Air lebih ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana berbanding MacBook Pro. Ini sangat penting sebagai blogger. Disebabkan saya akan membeli iMac tersebut, kerja yang lebih serius atau memerlukan more computing power akan dilakukan pada iMac.
Lagi best kalau MacBook Air tersebut adalah yang berukuran 13 inci (RM3,849). Secara fizikal, tangan saya yang besar kurang sesuai untuk menaip pada MacBook Air 11″. Namun untuk contest ini (supaya tak terkeluar daripada bajet penganjur) saya memilih Macbook Air 11″ basic level entry je (RM2,949 – student price).
Melalui contest gadget impian ni, dapatlah saya mengambil kesempatan untuk mempunyai working rig idaman saya. Target saya tahun ini adalah untuk menulis lebih banyak artikel di wp.tutsplus.com (dua telah diterbitkan, satu masih lagi pending review) dan mungkin akan mula menulis di Hong Kiat (penulisan berbayar untuk setiap artikel yang diberjaya diterbitkan). Beberapa ebook juga dalam perancangan. Insya Allah.
Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan semoga blog Denaihati dan penganjur contest memperoleh kejayaan dalam perniagaan. Harap saya dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
Ikhlas,
Ariff Shah
Nota :
- Ariffshah diberi masa sehingga 11.59pm, 27/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,147 Comments
Assalamu’alaikum…Selamat pagi semuanya..
Singgah lagi untuk pagi ini, buat dukung bro Ariff
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Dokter & Dokter Gigi PTT Periode April 2012
W’salam Dadan, selamat pagi, mari kita terus memberikan sokongan di sini
mbak ros dah dari tadi disini ya, kalau saya baru bisa singgah sekarang nih..
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Dokter & Dokter Gigi PTT Periode April 2012
saya pun masih baru saja di sini, cuba menolong apa yg mampu saja.
Betul mbak kita bantu sahabat kita ini dengan semampu kita…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Dokter & Dokter Gigi PTT Periode April 2012
wow like fb dah 1k rupanya, pencapaian yang luar biasa…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Dokter & Dokter Gigi PTT Periode April 2012
waalaikumussalam. semoga sasaran dapat dicapai hari ini..
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
akhirnya dapat pun 1k facebook like. google+ je ni susah sikit
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
dah cecah 1k FB like, bagus tu, tapi knp linkedin tu jadi sikit balik?
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
itulah. saya pun terkejut tengok. dah elok nak dekat 200, tiba2 jadi sikit
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
harapnya linkedin tu akan terus meningkat dalam masa 24 jam ni
betul bro Ariff, saya sendiri sering kesini, dan mengklik linkedin, tapi perasaan linkedinnya ga nambah…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Dokter & Dokter Gigi PTT Periode April 2012
Salam, selamat pagi untuk semua yang ada di sini, mulakan hari dengan ceria
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
selamat pagi kak. hari ni terbangun lambat pula. tak breakfast lagi ni
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
selamat pagi ariff, silalah pergi breakfast dulu, kalau tak mcm mana nak pecut hari ni.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
selamat pagi semua. kurang daripada 24 jam untuk meneruskan perjuangan
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
Mampir pagi disini untuk memberikan dukungan buat Bro Ariff
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
Semoga Bro Ariff masuk dalam jajaran top5 sehingga gadget Impian jadi kenyataan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012
rasanya semakin hampir. harap pengiraaan saya tak salah
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
selama pagi bang iwan. selamat menempuh minggu yang baru
Curahan rasa ariff @ ..Seminar Hartanah Untuk Semua
selamat pagi bang iwan, hari ini koneksi sudah baik ke?
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Akhirnya bang iwan pun dapat muncul kembali disini
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Dokter & Dokter Gigi PTT Periode April 2012
Bagaimana koneksinya sekarang bang? semoga akan terus lancar ya…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Penerimaan Dokter & Dokter Gigi PTT Periode April 2012
Padi menguning rumput menghijau,
Hasrat bergema impian beranjau.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
1 Malaysia membangkit rasa,
Semua kaum hidup bersama,
Tiada sengketa antara kita,
Macbook Air dipilih memenuhi citarasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Berkorban apa saja,
Harta atau pun nyawa,
Berjuang apa saja,
Masa atau pun jiwa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
setelah semua dikorbankan,
supaya hajat jadi kenyataan,
andai masih tinggal impian,
jangan putus asa teruskan perjuangan.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Kasih bersemi cinta bergema,
Lafaz dimenterai perjanjian setia,
Sensasi2020 sentiasa ada bersama,
Memberi pendorong penuh ceria.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Fikiran melayang meguasai minda,
Badan lesu melemahkan jiwa,
Untuk berjaya mesti berusaha,
Demi untuk sebuah cita-cita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
berehat sebentar di tepi jalan,
kerana sudah penat berjalan,
berusaha demi sebuah impian,
semoga dapat apa yg dihajatkan.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Pantun Gadjet Impian
Terap dihati mahu berjaya,
Belajar bersungguh dengan rela,
Impian memuncak didalam dada,
Gadget tercanggih telah tersedia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Khalifah Ganti Superman suda dapat,
Terima kasih DH menghantar cepat,
Gadget impian menjadi hasrat,
Boleh dicapai point meningkat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Hendak dicapai tangan tak sampai,
Hendak didaki puncaknya tinggi,
Hasrat dan harapan boleh digapai,
Teman dan kawan hadir memberi undi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Ilmu didada semakin tinggi,
Berbakti untuk bangsa sendiri,
Merancang sesuatu penuh strategi,
Berbalas juga usaha dicari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Doa dipohon memberi restu,
Hajat terpilihara impian bersatu,
Mengharap ihsan pada Yang Satu,
Semoga dapat apa tersirat dihatimu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Comments are closed.