Ibadah korban boleh jatuh wajib untuk individu

Spread the love


InshaAllah, jika direzekikan umur panjang. Kita akan memasuki bulan Zulhijjah. Bulan di mana orang Islam melaksanakan ibadah berkorban. Jadi adakah saya wajib untuk melaksanakan korban?

Mari kita semak syarat korban supaya lebih faham.

Hukum Korban

Hukum asal ibadat korban itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun, jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah ia satu dosa.

Bagi mereka yang melepasi syarat-syarat untuk berkorban mereka boleh melaksanakannya.

Syarat-syarat korban adalah:

  1. Beragama islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Berkemampuan
  5. Merdeka

Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan syarat ini dengan berkata:

وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ

Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.

Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123

Perkara yang Allah suka dan tuntut, kita cuba usaha semaksimanya.

Adakah korban boleh menjadi wajib? Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan sama ada dengan cara:

  1. Nazar sebenar atau hakiki

Menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti.”

  1. Bernazar dari segi hukum sahaja

seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban.” Maka ia dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menta’yinkan atau menentukan binatang tertentu untuk dijadikan korban.

Jadi ibadah korban jatuh hukum wajib pada yang bernazar sahaja. Cuma kita digalakkan untuk melaksanakannya.

Banyak fadilat bagi orang melaksanakan ibadah korban. Tidak hairanlah ramai orang berebut-rebut untuk melaksanakan korban.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).

Riwayat al-Tirmidzi: 1493

Pendaftaran ibadah korban telah dibuka

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM550, ada 4 pilihan negara yang boleh dilaksanakan.

  1. Afrika selatan (Dengan Kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Darul Uloom Zakariya)
  1. Lembu Malaysia (Dengan Kerjasama Denaihati & Madrasah An-Nur)
  2. Lembu Kemboja (Dengan Kerjasama Koperasi Muslim Kemboja)
  3. Kambing Mekah (Dengan Kerjasama Mizwah Travel)

Klik butang dibawah untuk pendaftaran.

https://denaihatinetwork.onpay.my/order/form/ibadahkorban2024

atau boleh hubungi wakil kami di talian 0192256786, whatsapp : https://wa.me/message/HCTYIP4A5ANPO1


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!