Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM


Salam 1Malaysia, pernahkah anda makan di cafe kopitiam yang tubuh bagaikan cendawan. Kalau 2-3 tahun dahulu sibuk dengan cafe berkonsepkan Bistro tetapi sekarang pula trend cafe berkonsepkan kopitiam.Antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

[ad#Adsense234x60]

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam. Beliau juga menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tik ada sijil halal JAKIM.

Menurut website JAKIM, sijil halal untuk BB Hailam Chicken Rice, Bukit Bintang telah ditarik balik. Untuk maklumat lanjut sila lawat HalalJakim.

Adakah dikalangan ANDA yang sudah termakan di kopitiam yang tidak mendapat sijil halal daripada JAKIM?

@Info dari Hanisah : Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh cuba semak dengan telefon bimbit anda: Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888. Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.

[ad#Adsense234x60]

Singgah juga ke entri paling POPULAR di Denaihati.com :

[ad#Yieldads]

Istimewa di denaihati.com
  • a.hamid bin yahaya 6 May 2011 at 12:05 am

    klu merokok dikatakan membazir saudara syaitan, minum kopi waong rm1.20+ minum di kopitiam,bistro dan yg sekelas dngnya kena bayar harga yg tinggi ini bukan membazir, bukan saudara syaitan!saudara jakim ler tu, jakim pun sama bingung……………..

    • fina manaf 7 May 2011 at 12:02 am

      da sah2 la merokok tu mndatngkn mudarat kpd kesihatan…nk bndingkan ngan minum kopi???amende la pandai sgt…

  • Md fazdli 23 April 2011 at 9:46 pm

    Kocoh la…pasal logo halal pon nak bising…da tau susah nak cari kedai yg btol2 halal..blaja la masak…sndiri masak lg yakin halal kan??lgpon lepak kopitiam xbuang mase ke??aku tgk bese tym azan pon dudok lg kat meje…lepak borak2 kat kedai(perangai pon da haram..cane nak kenal kedai halal)…

  • miss yaty 9 April 2011 at 7:32 pm

    ya Allah..biar betik..hurm suke jugak pegi old town..lepas ni mmg tak leh pegi da kt situ..

    yang pelik nye ada abg mber keje chef kt kopitiam die gtaw old town halal..hurm pekeje pn kena tipu kot..
    Entri terbaru miss yaty – Testing one two threeMy Profile

    • siti 2 May 2011 at 8:25 pm

      makanan yg masuk ke dalam tubuh kita menjadi darah daging yg tak boleh dipisahkan..oleh itu berhati2lah..kerana darah daging yg datang dr sumber yg haram akan disambar api neraka(hadis)..

  • cerita dewasa 9 April 2011 at 5:26 pm

    ndak paham ane dengan judulnya pakcik….
    Entri terbaru cerita dewasa – Okie N Phewe Garap Album BersamaMy Profile

  • Zaiby 29 March 2011 at 9:04 am

    Cara pemberian logo halal agak longgar. Sepatutnya pihak berkuasa menggunakan kaedah yang lebih mantap sebagaimana kenderaan didaftarkan. Setiap sijil sepatutnya disertai dengan nombor pendaftaran supaya logo yang telah dipindahkan dari lokasi yang ianya telah diluluskan dapat di ketahui dengan mudah. Bukankah makanan ini penting kepada umat Islam dan yang berkuasa tentang peraturan tersebut adalah juga orang Islam. Kenapakah susah sangat kita nak fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita sendiri?
    Seperkara lagi, logo halal sepatutnya bukan saja diwajibkan kepada pengusaha bukan Islam, tetapi juga kepada orang Islam untuk mengelakkan sebarang pemalsuan.

    • nasir nizar 29 March 2011 at 11:54 am

      Salam semua,
      Buat apa nak pegi kopitiam yang bukan Islam? Kan masih banyak lagi kedai makan orang2 Islam? Kedai mamak pun banyak. Banyak buruknya pegi makan di kedai bukan Islam, (1) Hati akan zulumat sebab ada unsur2 subahat. Jadi, tak payah pergi la..senang. JAKIM pun bukan boleh menjamin 100% halal.

      • Financial planner 5 April 2011 at 11:04 pm

        Saya setuju. Kenapa la suka berkunjung ke kopitiam bukan Islam. Halal atau haram bukan mereka kesah pun (dan saya tak salahkan mereka). Kita (orang Islam) yang nak makan, jadi pandai-pandailah cari yang halal.
        Entri terbaru Financial planner – expatriate health insurance in malaysiaMy Profile

      • iceman 1 June 2011 at 5:34 pm

        soal halal ni susah kita nak cakap,pihak berkuasa majlis agama tak kurang pandainya hal-hal hukum hakam agama.bila ada orang cakap mulalah pihak majlis agama cari helah,kita sedia maklum hal-hal makan minun jadi darah daging jika datang dari unsul2 yang tak elok,tapi hari ini adakah pihak majlis jabatan agama islam (Dato Seri Khil)nyatakan bab suci dalam makanan walau pun bekalan yang bersih dan halal,tapi dari sudut suci masih belum lepas jika masakan yang kita makan dimasak oleh bukan orang islam atau muslim.yang ni kita kena faham,walaupun barangan itu bersih dan halal tek semestinya suci.

  • Kluang Rail Coffee Halal Ke? | Denaihati 27 March 2011 at 1:29 am

    [...] nak keluar dari sekolah untuk makan nasi lemak yang lokasinya berhampiran dengan Hospital Kluang.Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIMSemalam terbaca berita yang mengemparkan apabila Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal [...]

  • Kluang Rail Cafe Halal Ke? | Denaihati 26 March 2011 at 10:23 am

    [...] nak keluar dari sekolah untuk makan nasi lemak yang lokasinya berhampiran dengan Hospital Kluang.Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIMSemalam terbaca berita yang mengemparkan apabila Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal [...]

  • am.service2u 19 March 2011 at 9:50 pm

    Saya ragu2 dengan kopitiam yang menyajikan makanan chinese, tukang masak bukan orang islam..
    Coklat | Kedai Coklat | Coklat Homemade | Cenderahati Perkahwinan

    • iceman 5 June 2011 at 8:29 am

      Jika kita ragu2 dengan kopitiam atau mana2 kedai makan,baguslah sekurang-kurangnya kita selamat tidak termakan barang yang tak elok jadi darah daging.anda sendiri faham makanan yang dimasak oleh bukan dari airtangan orang islam tidak suci walaupun barangan itu bersih dan halal.saudara tentu pernah dengar cermah2 agama dalam TV,pernahkah saudara dengar para penceraham keluarkan topik bab bersuci dalam perbuatan makanan dan masakan,jika ada saya berani potong ayam,kalau potong jari saya dapat duit sokso.ok

  • News Blog 27 February 2011 at 2:05 pm

    bagaimana ya rasanya makan ditempat seperti ini seumur hidup belum pernah makan direstaurant besar

    • denaihati 27 February 2011 at 2:18 pm

      Datanglah ke malaysia insyallah aku bawa makan ke restauran besar n enak

    • iceman 5 June 2011 at 8:37 am

      Saudara teringin makan diRestoran besar atau Hotel 3 atau 5 B,pada saya makan atau masakan,jauh lebih baik makanan x masakan ISTERI KITA jauh lebih enak x sedap.kalau direstoran atau hotel nama aja,masakannya susah nak cakap,mungkin pada orang2 yang nak jaga nama atau nak tunjuk gaya sukalah makan dihotel atau restoran besar.tapi jika saudara nak cuba tiada salahnya skali dalam hidup bawalah keluarga tapi tunggu dapat bonus hujung tahun.ok selamat mencuba.

  • ekspresiruang 27 February 2011 at 1:09 pm

    kesal jugak dgn sikap org melayu yang beragama islam ni yang tak brapa nak ambil kisah status halal haram ni. smo ni menjadi darah daging. sbb tu bangsa melayu semakin ‘melayu’ dan menguncup sbb dah bercampor baur dengan menda2 yang tak patut dimakan dan minum. hmm
    Entri terbaru ekspresiruang – Pengorbanan Isteri Lebih Hebat Berbanding SembelitMy Profile

    • denaihati 27 February 2011 at 1:16 pm

      Asas islam dalam orang melayu semakin terhakis itu yg tak kisah asal usul main makan je. Kita doakan semuga semua dapat hidayah.

  • TrueMuslim 22 February 2011 at 10:04 am

    wahh…dua ja kopitiam yang halal….Alhamdulillah saya tk prnh pi kopitiam pun….kalau tdk mampus la tekak saya ni..hehe ^_^

  • slimdiet2 21 February 2011 at 2:20 am

    saya pernah makan di old town white cafe tahun lepas. tak sengaja.hehehe
    Entri terbaru slimdiet2 – Senarai terkini orang terkaya di Malaysia 2011My Profile

  • aris 15 February 2011 at 8:26 pm

    Salam….apakah peranan JAKIM sebagai badan yang mengeluarkan sijil halal?
    mengapa tak disita jer Kopitam yang tiade sijil halal…sekiranya kopitiam ini tidak ditutup, JAKIM la yang harus bertanggungjawab….t.q

    • Farhana 20 February 2011 at 6:20 pm

      salam…tindakan “sita” kopitiam yang tak perolehi sijil halal tak boleh dilakukan….mereka berniaga ikut acuan masing-masing…tindakan boleh diambil atas mereka yang guna loga halal palsu aje….adalah jadi tanggungjawab kita orang islam sendiri membuat pilihan sama ada nak jamu selera kat mana….buatlah pilihan….tiada paksaan kalau soal makan…

      • slimdiet2 21 February 2011 at 2:18 am

        betul pandangan farhana tu. jakim boleh ambil tindakan jika guna logo halal jakim tanpa kebenaran. jika tak menggunakan logo halal tak boleh ambil tindakan
        Entri terbaru slimdiet2 – Senarai terkini orang terkaya di Malaysia 2011My Profile

      • denaihati 21 February 2011 at 6:23 am

        Setuju tapi ramai yg buat2 tak faham samada yg selamba je atau yg tetlalu agresif mencari kesalahan agensi2 tertentu dah nama pun kopitiam.

    • farah 31 March 2011 at 8:53 pm

      jakim xde kuasa sita kopitiam yg xde sijil halal..bukan bidang kuasa dia.salah org islam yg dah tahu kedai cina tapi g masuk mkn juga. lau stakat nk mkn roti bakar, minum kopi sedap. buat sendiri la wei. nk juga tangan yg masak b**i, buang air main s**** je n tangan yg usap2 a***** tu juga yg korg org islam nk g mkn minum nape?

    • iceman 4 June 2011 at 8:54 am

      JAKIM nak ambil tindakan kedai yang tiada sijil halal,tak mungkin JAKIM buat,jika nak dah lama pihak majlis agama islam buat,masin2 nak jaga diri dan keluarga apa nak jadi pada orang lain itu dia orang punya hal,janji aku x keluarga aku selamat jawatan yang disandang kekal.soal halal,haram pandai2lah penguna fikirkan.hari ini jika pihak JAKIM atau mana-mana pihak agama JABATAN PENDANA MENTERI pun tiada tindakan yang dibuat,jika ada tindakan awal-awal mungkin perkara-perkara sedemikian masih boleh dielakan.apakah para alim ulamat dimalaysia hari ini takut bersuara atau takut hilang elaun yang diterima tiap2 bulan,maka hal-hal soal halal haram diketepikan.HARI INI RAKYAT MALAYSIA DIPERBODOHKAN,banyak rancangan hal-hal keagamaan diTV hingga Astro pun tak kurang hebatnya,tapi apa yang dibicarakan semuanya tiada kata putus,malah ahli-ahli panel pun takut nak bersuara lebih tegas.jika disuarakan maka diGAM,itulah tadbiran kerajaan malaysia hari ni.

  • mirul 15 February 2011 at 1:15 am

    hurm rasanya apabila melibatkan perkara seperti ni..1)kerjasama erat antara kpdnk dan jakim dalam memberi penerangan mengenai isu ini wajar dilaksanakan secara besar-besarab kerana masyarakat masih keliru dengan pengurusan pemberian logo halal terletak pada tangan siapa 2)Pihak jakim juga wajar diberikan kuasa penguatkuasaan dan penagkapan pesalah=pesalah yang menyalahgunakan logo halal tersebut 3)Malaysia perlu ada akta halal sendiri memandangkan negara kita adalah negara yang paling aktif mewarwarkan kepentingan produk-produk halal dicipta

  • myCeloteh 10 February 2011 at 10:56 am

    dua je ke..yg lain xdpt, masih bukak lagi..cmne?

1 9 10 11 12


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network