Yasmin Ahmad : Al-Fatihah

Minggu lepas kita dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah Pengarah Yasmin Ahmad, seorang sutradara tersohor yang membawa konsep 1Malaysia sejak sekian lama. Pemergian secara mengejut tanpa pesanan terakhir dan ditangisi oleh ribuan peminat dan rakan-rakan beliau. Kita juga dikejutkan dengan kemalangan yang mengorbankan 4 orang di Kulaijaya dan 5 orang di Maran. Kedua-dua kemalangan bukan disebabkan kesalahan pemandu kereta tetapi pemandu lain yang memandu laju. Al-Fatihah untuk semua yang lebih awal pulang ke rahmatullah.

Begitulah janji Allah swt apabila tiba masa untuk pergi mengadapnya tidak dapat ditahan walaupun sesaat tak kira bila, di mana, sihat atau sakit, tua atau muda. Begitu juga untuk kita dan jangan sesekali fikir bahawa kita akan hidup berpuluh tahun lagi. Dunia ini ibarat ladang untuk kita bercucuk tanam dan akhirat itu adalah kampung halaman kekal abadi. Jika bercucuk tanam yang baik di ladang maka di kampung kita akan hidup aman damai dengan bekalan yang ada tetapi jika kita biarkan ladang semak dan penuh lalang maka miskinlah kita di kampung tanpa bekalan.

Jika DSNajib sibuk dengan KPInya sudahkah kita ada KPI peribadi untuk di NILAI di akhirat kelak. Kalau ahli politik sibuk usaha atas politiknya untuk mendapat kuasa, ahli perniagaan sibuk usaha atas bisnisnya untuk mendapat keuntungan, wanita sibuk usaha atas kosmetiknya untuk kelihatan cantik, pelajar sibuk usaha atas pelajarannya untuk mendapat 17A….tapi pernahkah kita USAHA ATAS IMAN untuk mendapat SYURGA…atau kita rasa kita lambat lagi MATI…atau rasa banyak masa nak bertaubat.

Ingat setiap hari 5 kali kubur menyeru kita

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran,

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam,

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan,

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar dan

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Untuk berkuasa, untung berniaga, sentiasa kelihatan cantik dan berjaya dalam pelajaran pasti perlukan pengorbanan begitu juga untuk berjaya ke SYURGA sudah pasti perlu PENGORBANAN. PENGORBANAN Nabi dan para sahabatlah yang menyebabkan kita merasai nikmat IMAN. Jika kemarin YASMIN AHMAD pergi mengadap ALLAH yang MAHA Agung…mungkin esok giliran KITA…sudahkah kita bersedia??

Fadhilat amal : Firman Allah surah Al-Ankabut 2-3 : “Apakah manusia menyangka akan dibiarkan berkata : Kami telah beriman, padahal mereka belum diuji? Sesungguhnya Kami telah uji orang-orang yang dahulu, sehingga mengetahui siapa-siapa yang beriman dan siapa-siapa yang bohong.”

21 Comments

  1. Orang yang membaca Al-Fatihah akan mendapatkan balasan pahala yang besar di sisi Allah. Terlebih lagi jika ia membacanya dengan ikhlash, dan mentadabburi maknanya.

    1. Dalam sebuah hadits Qudsi, Allah berfirman:
      Aku telah membagi shalat (maksudnya adalah surat al-fatihah) antara aku dengan hambaku menjadi dua bagian, dan bagi hambaku apa yang dia minta. Apabila hambaku membaca alhamdulillahi rabbil ‘aalaamin, maka Allah berfirman,”Hamba-Ku telah memujiku.” Apabila ia membaca arrahmaanir rahiim, maka Allah berfirman”Hamba-Ku telah menyanjung-Ku.” Dan apabila hamba-Ku membaca maalikiyaumiddin maka Allah taala berfirman,”Hamba-Ku telah memuliakanku”
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Swimsuit Photo Shoot Miss Universe 2010My Profile

      1. (dalam riwayat lain “hamba-Ku telah menyerahkan urusannya kepada-Ku”) Apabila hamba-Ku membaca iyyakana’budu wa iyyaka nasta’in maka Allah berfirman,”Ini antara aku dengan hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dimintanya.” Dan apabila hambaku membaca ihdinash shiraathal mustaqiim, shiraathalladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhalliin, maka Allah berfirman,”Inilah bagi hamba-Ku dan baginya apa yang dia minta.” (Muslim no. 395)
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Swimsuit Photo Shoot Miss Universe 2010My Profile

  2. Surat Al-Fatihah amat masyhur, namun banyak di antara kita tak mengetahui fadhilah, dan keutamaannya. Padahal banyak sekali hadits-hadits yang menunjukkan keutamaannya, baik dari sisi kandungan atau kedudukannya di sisi Allah -Azza wa Jalla-. Diantara fadhilah dan keutamaan Surat Al-Fatihah:

  3. Surat Al-Fatihah adalah surat yang amat masyhur, telah dikenal oleh seluruh kaum muslimin. Saking terkenalnya, terkadang sebagian kaum muslimin menyalahgunakannya, seperti membacanya untuk orang mati saat ziarah kubur, atau mengirimkan pahalanya kepada Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-, Syaikh Abdul Qodir Al-Jailaniy, dan orang-orang yang telah mati. Semua ini tak ada contohnya dari Allah dan Rasul-Nya.

  4. Orang yang mahir membaca Al-Qur’an maka pada hari kiamat akan di kumpulkan bersama rombongan malaikat yang mulia. Sedangkan bagi orang yang terbata-bata dalam membacanya akan mendapatkan dua pahala, yaitu pahala dia membaca Al-Qur’an dan pahala kesungguhan dalam membacanya dengan baik dan benar.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ketika Cinta Bertasbih Sinetron RamadhanMy Profile

  5. Lebih jauh, diapun sebagai obat mujarab bagi segala penyakit. Siapa yang membaca ayat-ayatnya untuk pengobatan, maka dia akan mengetahui kehebatan Al-Qur’an dengan menyembuhkan beberapa penyakit dengan seizin Allah Ta’ala dan beberapa penyakit yang kalangan medis saat ini belum mampu menyembuhkannya. Sehingga tidaklah mengherankan kalau di katakan Al-Qur’an adalah penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sebagaimana firman-Nya (yang artinya) :

    “Dan kami turunkan Al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh penyakit fisik maupun rohani) dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya. “(QS. Al-Isra’ : 82).
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ketika Cinta Bertasbih Sinetron RamadhanMy Profile

  6. Betapa banyak kebaikan yang dapat di rasakan dengan kedatangannya, sehingga orang yang sedih akan menjadi gembira dengan membacanya dan orang yang bingung akan menjadi tenang jalannya serta orang yang hina akan menjadi mulia dengan mempelajari dan mengamalkannya.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ketika Cinta Bertasbih Sinetron RamadhanMy Profile

  7. Al-Qur’an datang menyinari hati yang gelap dan menyinari jiwa yang gersang. Dan dia datang sebagai juru nasehat bagi orang yang membutuhkan bimbingan, sebagai pembawa kabar gembira bagi orang yang mau beriman dan sebagai pemberi peringatan bagi orang yang mengingkarinya.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ketika Cinta Bertasbih Sinetron RamadhanMy Profile

  8. al-fatihah kepada allahyarhamah yasmin ahmad..dya dgt2 suke ngan semua karya2 beliau. sygnye beliau pergi dulu sblm smpt berkongsi lebih banyak karya2 yg berguna dia saat malaysia ketandusan karya2 sebegitu.. 🙁
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!