Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM

Spread the love

Salam 1Malaysia, pernahkah anda makan di cafe kopitiam yang tubuh bagaikan cendawan. Kalau 2-3 tahun dahulu sibuk dengan cafe berkonsepkan Bistro tetapi sekarang pula trend cafe berkonsepkan kopitiam.Antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

[ad#Adsense234x60]

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam. Beliau juga menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tik ada sijil halal JAKIM.

Menurut website JAKIM, sijil halal untuk BB Hailam Chicken Rice, Bukit Bintang telah ditarik balik. Untuk maklumat lanjut sila lawat HalalJakim.

Adakah dikalangan ANDA yang sudah termakan di kopitiam yang tidak mendapat sijil halal daripada JAKIM?

@Info dari Hanisah : Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh cuba semak dengan telefon bimbit anda: Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888. Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.

[ad#Adsense234x60]

Singgah juga ke entri paling POPULAR di Denaihati.com :

[ad#Yieldads]


Spread the love

418 Comments

  1. numpang lewat ya. Kalau mau jalan-jalan ke medan, or kalau mau wisata kuliner di medan, jangan lupa mampir di blog indrahalim.com ya… di situs itu lengkap reviewnya tuk resto or kedai yg menyediakan makanan enak di medan.. thx!

  2. Untuk orang2 Melayu dan beragama Islam, jauhkanlah dari kedai atau kopitiam yang bukan dimiliki oleh orang Islam, kerana kita tidak tahu apa yang kita makan tu Halal atau tidak. Carilah kedai makan orang Melayu ISlam untuk kepastian makanan yang masuk ke dalam badan kita ni HAlal dan tidak Syubahah.
    Kebanyakan pengusaha kopitiam dimiliki oleh orang kafir dan tukang masak dan pekerja mereka juga samada orang Cina, Myanmar, Vietnam atau Nepal. Meraka tidak faham maksud sebenar Halal! Bagi mereka kalau tak ada Babi maka Halal!!!
    Itu pun tak tentu lagi seperti terjadi di negeri Johor, serbuk kopi yang digunakan bercampur dengan lemak babi bertahun2 diminum oleh orang Melayu ISlam!
    Orang KAfir Zimmi memang tak peduli sebab ornag Melayu nudah ditipu dengan kata2 manis dan tipudaya mereka. Jadi disarankan berhentilah makan di kedai orang kafir!!!!!

  3. Jika saudara selalu ronda2 keutara dari KL ke Ipoh mungkin pernah dengar PAU Tg Malim,disini mari kita kongsi.pandangan apakah suci makanan tersebut dah pasti makanan tersebut dibuat oleh cina dan bahan2nya pastikah yang halal.terpulanglah pada saudara.rancangan tv 3 JALAN JALAN CARI MAKAN PERLU DIHENTIKAN UNTUK KEBAIKAN BANGSA MELAYU X AGAMA ISLAM. banyak kedai diredah aja.

    1. betul tu mr iceman: Jalan2 Cari Makan boleh jadi Jalan2 Cari Makan Haram pulak!
      main redah je makan tak tengok tempat.. orang Melayu tengok kat TV, pengacara lahap semacam makan, tak pikir Halal ke tidak… nya nanti yang ikut makan.

  4. alamak, bangi kopitiam pun tiada sijil halal ke? sy dan family selalu makan kt situ. kopitiam tu dah keluar kt jalan2 cari makan tv3. macam mane ni. confirm ke tak halal?

  5. ini baru postingan berkualitas namanya 🙂

  6. Semua sama saja ada pening pening lalat.Kalau dah nak praktikkan pensijilan halal apa yang nak di takutkan.Ada kala kedai bangsa sendiri pun bukan bersih sangat, macam tu kira halal ke.Ada kedai di tepi jalan tak tahu pula apa benda yang dok menumpang bila malam tiba.Kedai terdedah je tak berkunci macam macam boleh tumpang tidur.Kalau di kedai makan semua bangsa kongsi cawan yang sama nak kira macam mana tu.Pak lebai pun kadang kadang minum kedai juga.Ada ke nak bawa cawan dari rumah sendiri.Halal ni bukan bergantung pada bahan sahaja kebersihan pun di kira halal juga.Isunya sekarang kita makan dan minum jelah kat rumah.Kalau sen\mua kedai nak gunakan cawan pakai buang seperti fast food oklah juga.Sekurangnya saya tak terminum bekas air liur awak.

  7. kdg2 aku tgk cina jual ice blended pon ader cop halal jakim. siap ader org islam yg beli..per citer..aku pong tak phm da..bukan ker kalo agama lain sediakan mknn, dah kire subahah kalo kiter beli apatah lg kalo kiter mkn.,….pikir2kan la…..

    1. kopitiam cina pun dah pandai meniru buat nasi lemak walaupun tak sodap, hampeh!!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!