Zikir Pagi melidungi aku dan harta benda daripada bencana?

Spread the love

Mobile broadband di rumah mertua sememangnya tidak begitu kuat. Yang ada hanya sekadar 1 bar untuk line 3G. Kalau nak melayari website dan blog yang ringan sizenya memang boleh tetapi tidak untuk website dan blog yang penuh dengan widget. Untuk mendapat line broadband yang bagus aku selalunya akan parking di hadapan Sekolah Asarama Penuh di pinggir kampung.

Semalam aku pengulangi perkara yang sama demi untuk mendapat line broadband yang lebih baik. Aku parking di bahu jalan di depan Sekolah Asrama Penuh, ditepinya terdapat tanah cerun yang berumput dan tali air yang agak besar, sangat jernih airnya. Seekor lembu sedang enak meragut rumput sambil menemani aku yang khusyuk melayari internet. Sesekali kenderaan melintas lalu memecah keheningan sunyi suasana kampung.

Sedang asyik aku melayari internet tiba-tiba aku nampak lembu bergegas lari dan diikut bunyi bising yang sangat kuat. Kelihatan sebuah Proton Saga putih yang agak usang usianya sedang terbabas di sisi kerata aku dan terus terhenti di tepi gigi tali air. Kalau tidak kerana tersangkut pada tanah becak sudah pasti kereta Proton Saga putih yang dipandu Apek tua sudah terperosok ke dalam tali air yang dalam.

Aku memang terkejut dan terus keluar daripada kereta. “Apek apasal” tanya aku ringkas. “Mata masuk sampah” jawabnya ringkas. “Lu betul nasib baiklah kalau terus masuk tali air lagi susah”. Apek tu masih kelihatan bingung. Melihat tanda kereta Proton Saga putih itu hanya terbabas 2-3 inci daripada kereta aku. Ya ALLAH apalah agaknya terjadi kalaulah Apek tu terbabas dan melanggar kereta aku. Dengan kelajuan semasa terbabas tu aku rasa pasti teruk kereta aku kalau dilanggar.

Pengawal Sekolah Asrama Penuh yang melihat kejadian daripada jauh datang bergegas.Perkataan pertama bila beliau sampai, “Abang, kawasan ni memang selalu terjadi kemalangan. Semalam seorang perempuan terbabas masuk parit depan tu”. Kemudian beberapa kereta lagi berhenti membantu menolak naik kereta Proton Saga Putih naik ke atas.
[ad#HTML-5]
Aku masih berfikir bertapa Allah melindungi aku daripada kemalangan. Aku sangat bersyukur dan ini merupakan salah satu keajaiban. Mungkinkah amalan zikir pagi yang aku amalkan telah mengizinkan Allah melindungi aku dan harta.

Salah satu daripada erti zikir pagi : “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan pada agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan dari arah atasku. Aku berlindung dengan keagungan-Mu bila aku disambar dari arah bawahku

Insyallah marilah kita terutama para suami berazam untuk mengamalkan zikir pagi yang merupakan salah satu amalan tetap Junjugan Besar Nabi Muhamad SAW. Amalan zikir pagi ini adalah salah satu usaha untuk memohon perlindungan untuk diri kita, keluarga dan harta benda.

Pernahkah ANDA melalui peristiwa ajaib. Jika pernah kenapa tidak kongsikan dengan kita semua?

[ad#Mangga 300]


Spread the love