Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM

Spread the love

Salam 1Malaysia, pernahkah anda makan di cafe kopitiam yang tubuh bagaikan cendawan. Kalau 2-3 tahun dahulu sibuk dengan cafe berkonsepkan Bistro tetapi sekarang pula trend cafe berkonsepkan kopitiam.Antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

[ad#Adsense234x60]

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam. Beliau juga menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tik ada sijil halal JAKIM.

Menurut website JAKIM, sijil halal untuk BB Hailam Chicken Rice, Bukit Bintang telah ditarik balik. Untuk maklumat lanjut sila lawat HalalJakim.

Adakah dikalangan ANDA yang sudah termakan di kopitiam yang tidak mendapat sijil halal daripada JAKIM?

@Info dari Hanisah : Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh cuba semak dengan telefon bimbit anda: Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888. Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.

[ad#Adsense234x60]

Singgah juga ke entri paling POPULAR di Denaihati.com :

[ad#Yieldads]


Spread the love

418 Comments

  1. klu merokok dikatakan membazir saudara syaitan, minum kopi waong rm1.20+ minum di kopitiam,bistro dan yg sekelas dngnya kena bayar harga yg tinggi ini bukan membazir, bukan saudara syaitan!saudara jakim ler tu, jakim pun sama bingung……………..

    1. da sah2 la merokok tu mndatngkn mudarat kpd kesihatan…nk bndingkan ngan minum kopi???amende la pandai sgt…

  2. Kocoh la…pasal logo halal pon nak bising…da tau susah nak cari kedai yg btol2 halal..blaja la masak…sndiri masak lg yakin halal kan??lgpon lepak kopitiam xbuang mase ke??aku tgk bese tym azan pon dudok lg kat meje…lepak borak2 kat kedai(perangai pon da haram..cane nak kenal kedai halal)…

  3. ya Allah..biar betik..hurm suke jugak pegi old town..lepas ni mmg tak leh pegi da kt situ..

    yang pelik nye ada abg mber keje chef kt kopitiam die gtaw old town halal..hurm pekeje pn kena tipu kot..
    Curahan rasa miss yaty @ ..Testing one two threeMy Profile

    1. makanan yg masuk ke dalam tubuh kita menjadi darah daging yg tak boleh dipisahkan..oleh itu berhati2lah..kerana darah daging yg datang dr sumber yg haram akan disambar api neraka(hadis)..

  4. Cara pemberian logo halal agak longgar. Sepatutnya pihak berkuasa menggunakan kaedah yang lebih mantap sebagaimana kenderaan didaftarkan. Setiap sijil sepatutnya disertai dengan nombor pendaftaran supaya logo yang telah dipindahkan dari lokasi yang ianya telah diluluskan dapat di ketahui dengan mudah. Bukankah makanan ini penting kepada umat Islam dan yang berkuasa tentang peraturan tersebut adalah juga orang Islam. Kenapakah susah sangat kita nak fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita sendiri?
    Seperkara lagi, logo halal sepatutnya bukan saja diwajibkan kepada pengusaha bukan Islam, tetapi juga kepada orang Islam untuk mengelakkan sebarang pemalsuan.

    1. Salam semua,
      Buat apa nak pegi kopitiam yang bukan Islam? Kan masih banyak lagi kedai makan orang2 Islam? Kedai mamak pun banyak. Banyak buruknya pegi makan di kedai bukan Islam, (1) Hati akan zulumat sebab ada unsur2 subahat. Jadi, tak payah pergi la..senang. JAKIM pun bukan boleh menjamin 100% halal.

      1. soal halal ni susah kita nak cakap,pihak berkuasa majlis agama tak kurang pandainya hal-hal hukum hakam agama.bila ada orang cakap mulalah pihak majlis agama cari helah,kita sedia maklum hal-hal makan minun jadi darah daging jika datang dari unsul2 yang tak elok,tapi hari ini adakah pihak majlis jabatan agama islam (Dato Seri Khil)nyatakan bab suci dalam makanan walau pun bekalan yang bersih dan halal,tapi dari sudut suci masih belum lepas jika masakan yang kita makan dimasak oleh bukan orang islam atau muslim.yang ni kita kena faham,walaupun barangan itu bersih dan halal tek semestinya suci.

  5. Pingback: Kluang Rail Cafe Halal Ke? | Denaihati
    1. Jika kita ragu2 dengan kopitiam atau mana2 kedai makan,baguslah sekurang-kurangnya kita selamat tidak termakan barang yang tak elok jadi darah daging.anda sendiri faham makanan yang dimasak oleh bukan dari airtangan orang islam tidak suci walaupun barangan itu bersih dan halal.saudara tentu pernah dengar cermah2 agama dalam TV,pernahkah saudara dengar para penceraham keluarkan topik bab bersuci dalam perbuatan makanan dan masakan,jika ada saya berani potong ayam,kalau potong jari saya dapat duit sokso.ok

    1. Saudara teringin makan diRestoran besar atau Hotel 3 atau 5 B,pada saya makan atau masakan,jauh lebih baik makanan x masakan ISTERI KITA jauh lebih enak x sedap.kalau direstoran atau hotel nama aja,masakannya susah nak cakap,mungkin pada orang2 yang nak jaga nama atau nak tunjuk gaya sukalah makan dihotel atau restoran besar.tapi jika saudara nak cuba tiada salahnya skali dalam hidup bawalah keluarga tapi tunggu dapat bonus hujung tahun.ok selamat mencuba.

  6. wahh…dua ja kopitiam yang halal….Alhamdulillah saya tk prnh pi kopitiam pun….kalau tdk mampus la tekak saya ni..hehe ^_^

  7. Salam….apakah peranan JAKIM sebagai badan yang mengeluarkan sijil halal?
    mengapa tak disita jer Kopitam yang tiade sijil halal…sekiranya kopitiam ini tidak ditutup, JAKIM la yang harus bertanggungjawab….t.q

    1. salam…tindakan “sita” kopitiam yang tak perolehi sijil halal tak boleh dilakukan….mereka berniaga ikut acuan masing-masing…tindakan boleh diambil atas mereka yang guna loga halal palsu aje….adalah jadi tanggungjawab kita orang islam sendiri membuat pilihan sama ada nak jamu selera kat mana….buatlah pilihan….tiada paksaan kalau soal makan…

      1. Setuju tapi ramai yg buat2 tak faham samada yg selamba je atau yg tetlalu agresif mencari kesalahan agensi2 tertentu dah nama pun kopitiam.

    2. jakim xde kuasa sita kopitiam yg xde sijil halal..bukan bidang kuasa dia.salah org islam yg dah tahu kedai cina tapi g masuk mkn juga. lau stakat nk mkn roti bakar, minum kopi sedap. buat sendiri la wei. nk juga tangan yg masak b**i, buang air main s**** je n tangan yg usap2 a***** tu juga yg korg org islam nk g mkn minum nape?

    3. JAKIM nak ambil tindakan kedai yang tiada sijil halal,tak mungkin JAKIM buat,jika nak dah lama pihak majlis agama islam buat,masin2 nak jaga diri dan keluarga apa nak jadi pada orang lain itu dia orang punya hal,janji aku x keluarga aku selamat jawatan yang disandang kekal.soal halal,haram pandai2lah penguna fikirkan.hari ini jika pihak JAKIM atau mana-mana pihak agama JABATAN PENDANA MENTERI pun tiada tindakan yang dibuat,jika ada tindakan awal-awal mungkin perkara-perkara sedemikian masih boleh dielakan.apakah para alim ulamat dimalaysia hari ini takut bersuara atau takut hilang elaun yang diterima tiap2 bulan,maka hal-hal soal halal haram diketepikan.HARI INI RAKYAT MALAYSIA DIPERBODOHKAN,banyak rancangan hal-hal keagamaan diTV hingga Astro pun tak kurang hebatnya,tapi apa yang dibicarakan semuanya tiada kata putus,malah ahli-ahli panel pun takut nak bersuara lebih tegas.jika disuarakan maka diGAM,itulah tadbiran kerajaan malaysia hari ni.

  8. hurm rasanya apabila melibatkan perkara seperti ni..1)kerjasama erat antara kpdnk dan jakim dalam memberi penerangan mengenai isu ini wajar dilaksanakan secara besar-besarab kerana masyarakat masih keliru dengan pengurusan pemberian logo halal terletak pada tangan siapa 2)Pihak jakim juga wajar diberikan kuasa penguatkuasaan dan penagkapan pesalah=pesalah yang menyalahgunakan logo halal tersebut 3)Malaysia perlu ada akta halal sendiri memandangkan negara kita adalah negara yang paling aktif mewarwarkan kepentingan produk-produk halal dicipta

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!