Semak Saman Trafik Online dan Sms

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekarang sana sini sibuk bercerita tentang Kamera AES. Secara peribadi aku memang sokong dengan Projek Kamera AES cuma perlu dibuat pembaikan mana-mana yang lemah. Sebab utama aku sokong Projek Kamera AES kerana ramai sangat samseng jalanraya yang suka-suka bawa kenderaan macam jalan mak bapak diaorang.

Aku memang tah faham puak-puak yang menyokong samseng jalanraya ni. Dah berani nak bawa laju jangan malas nak bayar saman. Nyawa pengguna jalanraya lain lebih bernilai daripada nyawa samseng jalanraya ini.

Joom periksa kawasan Lokasi Kamera AES @ JPJ.

Teringin nak semak saman polis yang terbaru kalau ada. Nak pergi ke kaunter baca kat Utusanonline katanya sibuk sangat. Nak semak saman online dan SMS, puas cari di Google tetapi semua link yang diberi gagal ditembusi. Katanya di Myeg.com.my. Ada kekawan-kawan yang boleh bantu?

Nasib baik boleh semak saman trafik melalui Online itu pun setelah terjumpa penerangan panjang lebar di Kujie2.com (mesti melimpah-limpah trafik masuk ni)

  • Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
  • contoh :  POLIS SAMAN 701010011010 hantar kepada 32728

Atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms:

  • POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
  • contoh :  POLIS SAMAN BHN786 hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip

  • POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
  • Contoh : POLIS SAMAN BHN786 denaihati@yahoo.com dan hantar ke 32728

(Cara lengkap boleh terus @ Semak Saman Online)

Baguslah bayar saman tu kalau dah rasa selalu sangat langgar undang-undang jalanraya kan dah jadi amalan pemandu Malaysia memang bangga bila langgar undang-undang trafik. Jangan sampai diugut kena blacklist baru nak bayar. Penat nak fikir cara  pemandu Malaysia memandu lebih teruk dari pemandu di negara kelas ke 3.

Kepada yang dah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman  secara online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli.

Selain semak saman trafik secara online dan SMS pemandu juga boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan secara online dan membeli insuran secara online. Kalau nak tahu boleh lansung ke “Renew Road Tax secara Online“.

Untuk melihat gambar sikap buruk pemandu Malaysia boleh terus ke “Gambar Sikap Buruk Pemandu Malaysia“. Untuk melihat kereta-kerta terbaru boleh terjah “Autoworld“.

Update

1. JPJ akan saman maksimum RM300 kepada penunggang motosikal yang tidak memakai helmet, langgar lampu merah dan tidak berhenti di laluan perjalan kaki (zebra crossing).


Spread the love

69 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!