Tahukah ANDA negara apa yang aku kunjungi

Spread the love

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah tetap jam 2.15 pm kami menjejaki kaki di KLIA. Kami pulang menaiki pesawat MAS. Kami disambut dengan hujan rezeki ketika mendarat di KLIA. 2 hari aku tidak lansung dapat online kerana jadual perjalanan yang sungguh ketat.

Perkara pertama yang aku cari apabila masuk ke pesawat MAS adalah mencari surat khabar Malaysia. Sudah 5 hari aku ketinggalan berita dari Malaysia. Tak sangka ada pulak blogger yang tidak beretika mengeji Almarhum Sultan Johor. Mungkin beliau buat dengan harapan jadi terkenal dan ramai yang akan melawat blognya. Kalau itulah niatnya maka berjayalah dia jadi terkenal…tahniah Macam-macam manusia ni kan.


Kembali kepada kisah pejalanan aku ini. Sepanjang 5 hari kami telah dibawa menjelajahi lebih daripada 1300 km merentas Negara yang 30 – 40 tahun jauh ketinggalan daripada Malaysia. Berbagai perkara dan pemandangan yang menyentuh hati dan emosi yang insyallah akan dikongsikan dengan teman-teman di entri yang lain.

Kami dilayan dengan sungguh hebat sehingga terdetik rasa takut. Takut jika kami tidak mampu menyediakan khidmat yang sama sekiranya mereka berkunjung ke Malaysia. Hj Musa dan Khusary sentiasa menemani kami walau kemana kami dibawa dari hujung ke hujung negara yang kami kunjungi.

Hari ini hari rehat sambil nak meneliti entri terbaik untuk contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Aku tinggalkan teman-teman dengan simple contest. Kepada sesiapa YANG PERTAMA dapat MENEKA dengan tepat NEGARA yang aku kunjungi akan mendapat hadiah cenderahati khas daripada negara yang aku kunjungi.

Jangan lepaskan peluang untuk dapat cenderahati yang menarik. Tunggukan gambar-gambar menarik yang akan dikongsikan dengan teman-teman.

~penGOMEL pertama~

Umi – Cerita Itu Ini


Spread the love

68 Comments

  1. alah.. kontest dah tamat ke..hehehe
    .-= ery´s last blog ..Setiap Malam Adalah Malam Pertama =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!