Hari pertama musafir di Negara orang

Spread the love

Alhamdulillah tepat jam 7.10 pagi pesawat AirAsia bertolak menuju ke Negara yang tidak pernah aku jejaki. Aku dan 3 orang lagi teman bersarapan di atas pesawat. Dah lama juga aku tak pekena nasi lemak AirAsia yang memang terkenal kelazatannya. Pramugarinya pun boleh tahan cantik .

tasik tonla sep kampung chananng kemboja

Setelah terbang lebih kurang 2 jam maka sampailah kami di tempat tujuan. Proses imigresen pun mudah tak seperti di negara-negara tertentu yang pernah aku jejaki. Kami telah disambut oleh Hj Musa dan temannya. Alhamdulillah mudah sebab mereka pun boleh berbahasa Melayu.

Pemandangan Kota Siem Reap dari D’Wau Cafe

Daerah yang kami jejaki ini memang kawasan pelancongan. Ramai sungguh pelancong dari Europe, Korea dan Jepun. Majoriti bagunan di kiri kanan jalan adalah hotel. Di beritahu 70% penduduk di sini bergantung hidup dengan industri pelancongan.

Kami sarapan di sebuah cafe bernama D Wau yang juga menyertai program Malaysian Kitchen. Boleh tahan juga roti canai di cafe ini. Selepas solat jumaat kami makan di sebuah restauran Islam di sebelah masjid. Setelah makan kami di bawa ke tasik air tawar terbesar di dunia. Memang besar sungguh, sejauh mata memandang.

Kami singgah di surau terapung dan rumah terapung keluarga muslim. Rumah di sini sungguh daif ada yang hanya sebesar reban ayam. Teman aku tanya macam mana tu rumah kecil tak ada bilik tapi ada juga anak???

Tengah fikir ni macam mana boleh jadi gitu… tapi dulu masa aku kecil-kecil pun rumah tak ada bilik!!!


Spread the love

26 Comments

  1. hehe, surau terapung, rumah terapung…cam kt terenggani pulak.. 😆 ni pegi melancong ni mmg dh plan awl2 or trip at the last minute huhu? kire cam random trip ke?
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!