Berakhinya Nur Kasih

Spread the love

Petang semalam aku dan keluarga menziarahi Pak Saudara. Pak saudara ni memang bersemangat betul nak menunaikan ibadah Haji tapi tahun ini belum ada rezeki. Insyallah dengan izin Allah swt tahun depan adalah peluang tu. Aku pun berharap sangat supaya Allah juga pilih aku untuk menjadi tetamu-Nya tahun depan.

Dalam perjalanan adik aku pesan supaya balik segera. Jam 9.00 pm mesti dah ada kat rumah. Aku jadi penasaraan apa pulak ceritanya ni sehingga bersungguh-sungguh benar adik aku nak balik awal. Jadi lepas Maghrib maka kami pun angkat kaki dari rumah Pak Saudara kami. Kebetulan hujan turun renyai-renyai dan di sebahagian jalan tak kurang lebat hujannya.

Sampai di rumah tepat-tepat jam 9.00 pm. Apalagi adik aku pun bergegas keluar kereta dan terus masuk ke dalam rumah. Setelah parking aku pun mencari ke mana tujuan adik aku. Aku tengok dah ramai berlonggok depan TV. Rupanya adik aku dan saudara mara yang lain nak menonton drama Nur Kasih episod terakhir di TV3. Aku ada juga terbaca sungguh ramai rakyat Malaysia telah dirasuk dengan drama Nur Kasih dan tak kurang juga kisah panas pelakon seksi Tiz Zaqiyah yang berlakon sebagai gadis bertudung.

Aku memang tak mengikuti drama Nur Kasih tetapi berkesempatan menononton episod pertama yang ditayangkan beberapa bulan lepas. Drama ini membawa episod kehidupan manusia yang berbeza daripada drama-drama yang banyak ditayangkan di TV. Biasanya kita ditontonkan dengan drama berkisah keluarga orang kaya dengan bisnis jutaan ringgit, rumah banglow yang mewah, kereta mewah dan bergaduhan keluarga serta perniagaan. Ini bukanlah kisah sebenar orang Melayu.

Nur Kasih telah membawa kisah kehidupan keluarga Melayu yang lebih realistik dengan memaparkan kisah lebih islamik, suasana kampung dan rumah kampung yang sebenar. Mungkin resipi inilah yang telah membawa kejayaan kepada drama Nur Kasih. Dikatakan lebih 5juta penonton menyaksikan esipsod terakhir Nur Kasih dan salah seorangnya adalah Aku.
Adakah anda salah seorang daripada 5juta tersebut???


Spread the love

13 Comments

  1. teringat cter ni dulu..stp jumaat mmg x miss..pas tamat.mieran download plak..huhuhu

    1. @farahaznil, peminat nurkasih gak ke?huuhuh..hope ada nur kasih the movie..khabar angin kata mcm ada je..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!