Tahukah ANDA negara apa yang aku kunjungi

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah tetap jam 2.15 pm kami menjejaki kaki di KLIA. Kami pulang menaiki pesawat MAS. Kami disambut dengan hujan rezeki ketika mendarat di KLIA. 2 hari aku tidak lansung dapat online kerana jadual perjalanan yang sungguh ketat.

Perkara pertama yang aku cari apabila masuk ke pesawat MAS adalah mencari surat khabar Malaysia. Sudah 5 hari aku ketinggalan berita dari Malaysia. Tak sangka ada pulak blogger yang tidak beretika mengeji Almarhum Sultan Johor. Mungkin beliau buat dengan harapan jadi terkenal dan ramai yang akan melawat blognya. Kalau itulah niatnya maka berjayalah dia jadi terkenal…tahniah Macam-macam manusia ni kan.


Kembali kepada kisah pejalanan aku ini. Sepanjang 5 hari kami telah dibawa menjelajahi lebih daripada 1300 km merentas Negara yang 30 – 40 tahun jauh ketinggalan daripada Malaysia. Berbagai perkara dan pemandangan yang menyentuh hati dan emosi yang insyallah akan dikongsikan dengan teman-teman di entri yang lain.

Kami dilayan dengan sungguh hebat sehingga terdetik rasa takut. Takut jika kami tidak mampu menyediakan khidmat yang sama sekiranya mereka berkunjung ke Malaysia. Hj Musa dan Khusary sentiasa menemani kami walau kemana kami dibawa dari hujung ke hujung negara yang kami kunjungi.

Hari ini hari rehat sambil nak meneliti entri terbaik untuk contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Aku tinggalkan teman-teman dengan simple contest. Kepada sesiapa YANG PERTAMA dapat MENEKA dengan tepat NEGARA yang aku kunjungi akan mendapat hadiah cenderahati khas daripada negara yang aku kunjungi.

Jangan lepaskan peluang untuk dapat cenderahati yang menarik. Tunggukan gambar-gambar menarik yang akan dikongsikan dengan teman-teman.

~penGOMEL pertama~

Umi – Cerita Itu Ini

68 Comments

  1. macam mmanalah rasa duduk negeri orang kan.. cmne pun hujan emas di negeri sendiri kan..
    .-= sueella´s last blog ..Update Contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” =-.

  2. Selamat kembali.
    Lama sungguh tak singgah kat blog denai hati ni.
    Tup-tup dah ade main teka-teka pulak. Pegi kemboja kan?
    Nanti senang-senang, citerla ape yg menarik kat kemboja tu.
    Boleh jadi pengajaran utk kami.

    p/s – cantik blog baru nie..tahniah

  3. salam… selamat pulang ke tanah air “tanah tumpahnya darahku” – Malaysia
    kedaifan negara orang tak sama dengan negara sendiri, namun keindahan negara orang juga tidak sama dengan negara sendiri.

    hm… berkenaan negara tu seperti yang aye nyatakan dalam facebook tempoh hari la… Myanmar. aye tau dah ada yang jawab… huhhuhu betul… tak per aye nak jawab gak…
    .-= yangbaik´s last blog ..Bila patut marah… kenapa marah… marah ker? =-.

  4. Pingback: uberVU - social comments
  5. Ek eleeehhhh … dah ramai yg teka ni. Camana? Boleh teka lagi? Hihihiiii … berapa hadiah bawak balik dari Kemboja tu? ekekeeee …
    .-= Precious´s last blog ..Tutorial Tukar Font Style kat Blog =-.

      1. @denaihati, ekekeeee .. tima kasih daun keladi. Kalau boleh bagi lagi! Soalan kedua? Hihiii … macam Belanda dapat tanah! Malu kejap … 🙂 kejap je!
        .-= Precious´s last blog ..Kes Geli Gelak Pecah Pusat =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!