Kakak panik datang bulan pertama

Spread the love

Bawa anak-anak bercuti ketika musim cuti sekolah sudah menjadi amalan keluarga kami. Sebelum bercuti di tempat terpilih aku akan pastikan kami bercuti di kampung sebelah aku dan sebelah wife. Inilah masanya untuk merapatkan hubungan anak-anak dengan datuk, nenek dan embah mereka sementara masih ada.

Tahun lepas kami bercuti di Sumatera dan kali ini kami pilih Genting untuk projek cuti-cuti Malaysia. Dah bertahun juga kami sekeluarga tidak menjejaki kaki di tempat sejuk ni. Seingat aku kali terakhir kami ke sini ketika anak bongsu aku masih berumur setahun lebih.

Setiba kami di lobi hotel anak-anak aku bergegas ke toilet. Sekembali daripada toilet aku lihat muka anak dara aku yang baru berumur 11 tahun pucat lesi. Dia berbisik-bisik dengan ibunya. Aku lihat muka wife aku macam muka terkejut je dan ini membuatkan aku tertanya-tanya. Beberapa minit kemudian wife beritahu kakak datang bulan untuk kali pertama. emmm patutlah kakak nampak panik betul.

Buat sementara kami lupakan urusan check ini hotel. Wife aku membantu anak dara aku menguruskan datang bulan pertamanya supaya dia tenang dan tidak panik. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan 2 jam kemudian anak dara aku dah boleh naik Flying Coaster dan Roller Coaster bersama abangnya.

Wife aku kata semua wanita tidak akan lupa hari datang bulan pertama mereka. Katanya dulu dia menangis sepanjang hari kerana panik dan tak faham darah apa yang keluar. Itulah manusia yang merupakan ciptaan Allah yang paling sempurna di antara 18,000 makhluk yang lain. Cuma kekadang kita sahaja yang tidak dapat menilai kesempurnaan kita sehingga kita sering takut untuk  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

@ Aku pun tak lupa masa kena sunat kat klinik belakang masjid tu.


Spread the love

43 Comments

  1. Last week saya outstation and anak dara saya yang baru berumur 9 tahun cal bagitahu mungkin dia period. Terkejut jugak sebab dia baru berumur 9 tahun. Tapi day before saya bertolak dia memang sakit perut, menangis2 dan tak pergi sekolah.
    Hari ni dah hari ke 5 tapi masih bleeding, risau gak. Betul ke itu her first time period atau ada masalah lain.
    Tapi anak saya badan nya memang besar macam budak tingkatan 1

  2. sayer first time datang period time f0rm 2,tp sayer x gi tau mama p0wn c0z malu aar kan.xpe ar time 2 dah besar ckit.klu kena time darjah 4 darjah 5 haru ar.

  3. Sebenarnya perkongsian seperti ni boleh menjadi satu pengalaman yang berguna bila dah berkeluarga nanti.
    .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  4. slm..tetiba rasa nk kongsi..cikmin dulu..umo 12thn pestime dtg..sampai dah 3x dtg..malu lg nak bgtau mama..:oops: rupanya mama anta utusan suh tanya cikmin betoi ke dah dtg bulan..hihihi..itu cite dulu..:lol:
    apa yg berlaku pd ari ni..anak dara cikmin yg usia 9thn tlh anta sms..padahal dlm rumah jek..sms berbunyik..’ibu..kakak dtg hid’kelam kabut kami somi isteri.. 😯 mana taknya..baru 9thn kan..rupanya bukan..dia cuma slh sangka.. 😆

  5. hehe… ntah mcm mana pula kalau anak tpinky yg 1st tu pula yg datang bulan kan.. dulu tpinky 1st time datang bulan kena kt skolah time tu form 2, budak lelaki yg perasan.. mcm mana boleh tpinky tak rasa apa, biasanya sakit perut atau apa.. budak lelaki tu siap ketawakan tpinky lg, hah apa lagi tpinky panik lalu hangin hehehe.. meja budak lelaki tuh tpinky terbalikkan… ganazzzz btl time budak2.. start tu benci btl kt budak lelakii (malu besar hahahaha) 😳
    .-= tpinky´s last blog ..Lelaki Dimata Tpinky =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!