5 hari di Cambodia yang menyentuh hati

Spread the love

Tahniah kepada X-PO, Rizal, Zul, Mr Bintang, atokk, kulanz, Precious dan Temp. Housewife kerana telah berjaya meneka dengan tepat. Terima kasih juga kepada Umi, Azizwan, Zuhaini dan Ariff yang juga meneka tetapi tidak tepat. Tunggu minggu depan insyallah akan ada satu lagi simple contest untuk meneka Negara yang bakal dilawati.

Tugu Kemerdekaan Kemboja

Aku dan teman-teman menjelajahi Kemboja bermula daripada Siem Rep, Kampung Thom, Kampung Cham, StungTreng, Kratie dan Phnom Penh.

5 hari di kemboja sungguh menyentuh hati. Jika kita di Malaysia hidup yakin dengan pemerintah yang juga orang Islam atau yakin dengan parti Politik yang menjanjikan segala kesenangan tetapi tidak bagi umat Islam di Kemboja. Pemerintah Kemboja tidak meneka umat Islam tetapi umat Islam perlu hidup di atas kaki sendiri tanpa bantuan. Umat Islam di Kemboja hanya yakin kepada Allah swt dan ini menjadikan mereka kuat dan tabah melalui kehidupan yang sungguh mencabar. Majoriti penduduk pendalaman Islam di Kemboja ketinggalan kira-kira 30-40 tahun daripada kita.

Bersyukur sungguh Allah telah memilih aku untuk menziarahi saudara Islam di Kemboja yang sangat memerlukan bantuan daripada saudara Islam dari seluruh dunia. Semuga ziarah ini akan memberi motivasi aku untuk meneruskan perjuangan Hidup Untuk Memberi. Terima kasih kepada teman serombongan Hj. Masrukhin, Hj. Khanafi dan Saudara Shidi yang sudi mempelawa aku bersama-sama untuk meneruskan perjuangan membantu saudara Islam kita di Kemboja. Terima kasih juga kepada teman-teman dari Kemboja Hj Musa, Sukhry, Komry, Hj. Shary dan lain-lain yag sudi melayan kami dengan sabar. Jasa kalian akan disemat di dalam hati dan semuga Allah mempermudahkan perjuangan membina umat Islam di Kemboja.

Kepada teman-teman yang berminat untuk menziarahi saudara kita di Kemboja sila contact, insyallah aku sudi membantu seperti tempat penginapan Islam, Restauran Islam dan lawatan ke Pusat Islam Chambodia. Jika bukan kita yang membantu siapa lagi??

[ad#Mangga 300]


Spread the love

51 Comments

  1. congrats for the trip denaihati..wish i’d be there…huhu bestnye dpt pegi melancong smbil belajar…hehe, kire belajar ar tu kn..? 😛 looking forward for another thrilling adventure of yours yay !
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

  2. Wa, cambodia bro? Lepas ni boleh ler minta tips dekat bro ni..
    .-= Steward John´s last blog ..Contest: Dua Acer Aspire One untuk Dimenangi =-.

  3. salam… boleh tolong emailkan saya maklumat hotel dan makanan halal di comboodia ini. insyaallah saya hendak ke sana nak menziarahi saudara islam kita di sana. :mrgreen:

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!