10.01.10 Hijrah Hidup pada usia 10 tahun

Spread the love

Maaf entri ini lebih bersifat diari keluarga.  Aku masih teringat kira-kira 6 bulan lepas apabila aku bertanya kepada Abang, anak ketiga samada dia berminat kalau dihantar ke Madrasah Tahfiz. Jawapannya Alhamdulillah abang sangat berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Al-Quran. Ibu pun memang dari awal berhasrat untuk menghantar salah seorang daripada anak lelakinya mendalami ILMU dalam bidang Al-Quran.

Alhamdulillah hari yang ditunggu selama berbulan-bulan akhirnya tiba juga. Pada usia 10 tahun tepat jam 6.30 pm 10.01.10 abang secara rasmi telah menjadi pelajar di sebuah Madrasah Tahfiz di Shah Alam. Sebak juga hati kami nak meninggalkan anak yang baru berusia 10 tahun tetapi abang kelihatan sungguh kuat. Kekuatan abang memberi kekuatan kepada kami.

Kami sedar apabila abang melangkah keluar daripada rumah hari ini adalah berbeza dengan langkah keluar pada hari-hari yang lepas. Langkah keluar hari ini langkah keluar selamanya di mana abang hanya akan pulang apabila ada cuti sesekali setahun. Langkah keluar hari ini bermakna abang telah kami wakafkan kepada perjuangan Agama. Insyallah kami suami isteri yakin Allah akan mempermudahkan segala urusan abang. Kami juga yakin Allah akan memberi kekuatan kepada kami suami isteri untuk melalui hari-hari rindu mengingati abang. Kami suami isteru REDHA untuk melepaskan abang.

Semuga Allah memudahkan segala urusan abang dan anak-anak yang lain dunia dan akhirat sebagaimana Allah memudahkan urusan Agama para solehan.


Spread the love

52 Comments

  1. Terharu baca entri ini.Ye,dalam family saya pun ada yang ke sekolah agaman,sekolah english dan sekolah biasa.So,memang banyak percampuran sedikit.Apa-apapun,kalau ikutkan,sekolah agama ini bagus.:).

  2. syukur alhamdulillah, kecik2 dh dpt hidayah, dya pn turut berbangga..sbb zaman sekarang ni pn dh xramai yg berminat utk mendalami ilmu agama….dya doakan semoga keluarga denaihati selamat selalu & abang berjaya dunia akhirat amin … 😆
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

  3. tahniah kepada abang…..daku juga sekarang bergelar seorang huffaz….kepada semua ibubapa…jangan lah menganggap pabila anak2x dihantar ke tempat pengjian agama ataupon tahfiz..dyer x der tmpt bekerja ataupon tiada masa depan kerana daku juga seorang al-hafiz yg berjaya mencapai matlamat hidupku….inginku ceritakan pengalamanku semasa daku belajar di tahfiz dulu… 😉
    paling best mser blaja dulu..kita dapat pelbagai2x pengalaman yg baik dan buruk….biase la lumrah belajar..mse dlu…syer pernah ditanya..oleh seorang tua…klu daku belajar tahfiz…mana nak kejer??katernye …nak jadi imam pon skang kner ader diploma…kner ader kelulusan…well…sya jawap senang jer…kita pegang ilmu allah..allah akan tolong kita..betol x sme…macam contoh..kawan syer..sblm ni dyer langsung x pandai membaca dan mengingati sesuatu….ibubapa dyer hampir putus asa dgn sikap anaknya..tp syer ikhtiar untuk pujuk ibu bapa dyer untuk hantar masuk ke tmpat syer blaja(pondok tahfiz)..alhamdulillah..kini dyer sudah berjaya dengan memiliki sebuah diploma..sama seperti sya…..hasil berkat usaha yg gigih dari dirinyer. daku amat terharu dengan perjuangnyer…..ok la…klu korang nk tau..paling best..kitorang selalu menjadi jumputan ke pelbagai majlis..contohnya tahlil and other big ceremony…paling best…diundang oleh sultan ke istana.untuk jamuan makan malam….bukan sekali.tapi..berkali2x.. 😮
    daku kter.banyak keistimewaan kita pabila membawa ilmu allah ni…..daku harap kepada semua ibu bapa….hantarlah anak2xmu untuk mencari ilmu allah yang sebenar2x ilmu….seimbangkan dunia dan akhirat…trima kasih kerana sudi membaca..

  4. salam… Alhamdulillah.. akan bertambah lagi seorang hafiz dalam kalangan umat ini… Moga dia jadi zuriat penyejuk mata ibu bapanya.. juga sebagai penolong buat ibu bapanya nanti..

  5. Salam,

    Tahniah diucapkan pada saudara DH kerana tidak ramai penjaga yang berpemikiran sebegini. Bahkan apabila anak dihantar ke pusat tahfiz pada usia muda, ramai yang memandang serong. Mungkin kerana tidak mengikut arus perdana.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!