Aku kena Santau

Spread the love

Jangan marah ya saja nak bagi gempak je. Ni nak cerita, dulu aku pernah bisnis kedai makan. Selepas setahun mula timbul macam-macam masalah. Biasalah bila dah ada masalah maka aku akan rujuk kepada Tok Guru (bukan dukun ya dan bukan juga Nik Aziz!!). Tok Guru akan beri beberapa amalan yang mesti dibuat dan insyallah dengan izin Allah boleh membantu selesaikan masalah yang sedang dihadapi. Selalunya aku pasti kena marah sebab buat kerja terbalik sepatutnya minta panduan amalan sebelum mula bisnis bukannya dah ada masalah baru nak pergi jumpa Tok Guru.

Budaya kita orang Melayukan gitu. Bila dah kena SANTAU, bisnis dah jatuh, rumahtangga sudah kacau, anak degil, anak asyik tak lulus periksa, sakit, putus cinta, kerja dah lama tapi tak naik-naik pangkat, buat bisnis asyik rugi je dan macam-macam hal barulah kita kehulu kehilir mencari bantuan. Nasib tak baik sanggup jumpa bomoh siam.

Apa kata mulai tahun baru hijrah 1431 dan 2010 yang kian dekat ini kita azam dalam diri untuk HIJRAH minda dan amalan. Kita sama-sama azam belajar daripada Tok Guru yang terdekat amalan-amalan yang dapat membantu kita untuk terus berjaya dunia dan akhirat.

Berikut adalah amalan-amalan baik yang aku dapat daripada beberapa Tok Guru dari Malaysia dan Indonesia iaitu Solat Fajar, Baca Al-Fatihah sebanyak 21x antara Sunat Subuh dan Solat Subuh, Baca Yassin selepas Solat Subuh, Dzikir asas sebanyak 300x pagi dan 300x petang, Dzikir Khas Pagi, Solat Sunat Isyak, Solat Sunat Dhuha, Dzikir Bismillah sebanyak 786x di waktu siang, Dzikir Khas Petang, Dzikir Ya Allah sebanyak 5,000x selepas Solat Isyak, Banyakkan Solat Sunat Taubat pada bila-bila masa dalam sehari, Solat Sunat Tahjud dan Solat Witir. Jangan lupa niatkan di hati untuk mendapat REDHA ALLAH untuk setiap amalan yang kita buat.

Aku yakin pasti ada banyak lagi amalan lain yang teman-teman boleh kongsikan. Mulakan dengan satu setelah istiqamah maka tambahkan dengan amalan yang lain tanpa meninggalkan yang fardu. Insyallah apabila kita mulakan dengan amal yang baik maka Allah ada bersama kita dalam apa-apa juga aktiviti yang kita lakukan. Seandainya aktiviti itu berakhir dengan kegagalan maka adalah HIKMAH disebalik kegagalan tersebut.

Alhamdulillah aku telah mengamalkan sebahagiannya dan hasilnya memang hebat. Apa yang perlu adalah kesabaran kerana amalan adalah benda GHAIB. Jangan harap buat hari ini besok dapat hasilnya. Hasilnya kita akan kecapi apabila Allah merasai sudah sesuai untuk dikurniakan kepada kita. Kuasa Allah Subhanallah kerana itu Allah berfirman dalam surah Al-Fatihah ayat 5 yang maksudnya “Hanya pada Engkaulah kami sembah dan Hanya pada Engkaulah kami mohon pertolongan“. Mintalah tolong dengan ALLAH jangan sesekali minta tolong dengan selain daripada ALLAH.

Entri adalah khas untuk peringatan diri aku sendiri. Aku berazam utuk terus berHIJRAH diri dan minda dari buruk kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik. Semuga semangat ‘HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” terus subur dalam hidup aku. Semuga Allah perkenankan dan permudahkan segalanya.


Spread the love

35 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!