Tahukah ANDA negara apa yang aku kunjungi

Spread the love

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah tetap jam 2.15 pm kami menjejaki kaki di KLIA. Kami pulang menaiki pesawat MAS. Kami disambut dengan hujan rezeki ketika mendarat di KLIA. 2 hari aku tidak lansung dapat online kerana jadual perjalanan yang sungguh ketat.

Perkara pertama yang aku cari apabila masuk ke pesawat MAS adalah mencari surat khabar Malaysia. Sudah 5 hari aku ketinggalan berita dari Malaysia. Tak sangka ada pulak blogger yang tidak beretika mengeji Almarhum Sultan Johor. Mungkin beliau buat dengan harapan jadi terkenal dan ramai yang akan melawat blognya. Kalau itulah niatnya maka berjayalah dia jadi terkenal…tahniah Macam-macam manusia ni kan.


Kembali kepada kisah pejalanan aku ini. Sepanjang 5 hari kami telah dibawa menjelajahi lebih daripada 1300 km merentas Negara yang 30 – 40 tahun jauh ketinggalan daripada Malaysia. Berbagai perkara dan pemandangan yang menyentuh hati dan emosi yang insyallah akan dikongsikan dengan teman-teman di entri yang lain.

Kami dilayan dengan sungguh hebat sehingga terdetik rasa takut. Takut jika kami tidak mampu menyediakan khidmat yang sama sekiranya mereka berkunjung ke Malaysia. Hj Musa dan Khusary sentiasa menemani kami walau kemana kami dibawa dari hujung ke hujung negara yang kami kunjungi.

Hari ini hari rehat sambil nak meneliti entri terbaik untuk contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Aku tinggalkan teman-teman dengan simple contest. Kepada sesiapa YANG PERTAMA dapat MENEKA dengan tepat NEGARA yang aku kunjungi akan mendapat hadiah cenderahati khas daripada negara yang aku kunjungi.

Jangan lepaskan peluang untuk dapat cenderahati yang menarik. Tunggukan gambar-gambar menarik yang akan dikongsikan dengan teman-teman.

~penGOMEL pertama~

Umi – Cerita Itu Ini


Spread the love

68 Comments

  1. D’Wau Restaurant tu tletak di Banteay Chas Village, Slakam Commune, Siem Reap..
    memang dekat dgn tasik air tawar tbesar di Asia Tenggara, Tasik Tonle Sap.. lagipun klu tengok jadual penerbangan MAS, mmg ada ketibaan dari Phnom Penh pada jam 2.00 ptg semalam… mmg confirm saudara melawat ke negara Cambodia/Kemboja… hehe siap bagi details lagi..

    apapun… alhamdulillah telah selamat kembali ke tanahair..
    .-= kulanz´s last blog ..Why I Like It Longer =-.

    1. @Incik RestNrilekS, bro dibenarkan menulis seberapa panjang pun disini tiada sekatan terutama yg memberi manafaat kepada umat manusia.

  2. Salam Bro,

    Selamat Pulang kembali ke Malaysia.

    Hmmmm dua jam perjalanan – Indonesia pun boleh sampai, tapi kalau jakarta ajer sudah.. 1 jam lebih. 2 jam perjalanan macam perjalanan jauh ke depan sedikit sahaja ke sabah.

    Filipina? Tidak kot.. kurang masjid.

    Musti bukan area Indonesia dan Filipina..

    opsss patah balik ke atas.. Thailand? — tidak tidak.. tak boleh dapat 2 jam.. dekat je.. jadi kena atas sedikit

    Tinggalnya Burma, Laos, Cambodia (kemboja) dan Vietnam. – Ini kategori negara yang memang 30-40 tahun ke belakang berbanding Malaysia. Suasananya seperti tahun 70an : ) di Malaysia.

    MAcam tu Incik RestNrilekS nak teka

    Cambodia. hehe

    Cambodia aka Siem Reap. ada Tasik Tonle Sap, tasik air tawar yang terbesar di A.Tenggara..

    Di situ juga ada D’Wau cafe – yang terletak di Wat Bo Road.

    p/s : Rasanya Xpo dah dapat dulu dah ni. Hehe.

    p/s: tak pernah ke Cambodia, pernah ke Laos dan Sg.Mekong naik bot dengan perasaan cuak : kalau terbalik memang habis la. Pastinya, kalau tengok kedaifan mereka memang sungguh menginsafi. : )

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!