Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, antara keyword utama yang sampai ke blog Denaihati pada tahun 2013 adalah “Halal Jakim“. Secara tidak lansung cerita status Halal dan Haram makanan di Malaysia sudah menjadi sebahagian dari niche blog Denaihati. Itulah kekadang niche blog boleh ditentukan oleh pembaca dan Google berdasarkan sesebuah entri yang tertulis di blog pada suatu masa dahulu.
Setiap kali ada isu terbaru status halal haram sesuatu jenis makanan pasti blog ini akan menjadi perhatian seperti sebelum ini kisah “Isu Kod E472e Produk Kopiko” dan “Status Halal Coklat Pepero“. Untuk menjadi Blogger yang bertanggungjawab kepada masyarakat jadi aku tidak ada pilihan selain daripada berkongsi maklmut terkini isu semasa tentang status halal makanan terkini. Isu terkini adalah status halal Coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan status positif mengandungi DNA lemak babi.
Dari awal aku telah menerima whatsapp laporan status coklat Cadbury Diary Milk dengan lampiran surat dari KKM tetapi seperti biasa aku tidak mahu menyebarkan tanpa pengesahan sebab banyak sangat berita yang meragukan tersebar di sosial media sebelum ini sehingga menimbulkan keraguan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Alhamdulillah pihak Cadbury Dairy Milk telah memberi maklumbalas dengan isu yang meresahkan pengguna Islam.
Penjelasan Isu Status Halal Coklat Cadbury Diary Milk Hazelnut dan Buah Badam
Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.
Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.
Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.
Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.
Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury. – Sumber
Berdasarkan penjelasan dari Cadbury Dairy Milk hanya Coklat Cadbury Hazelnut nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014 dan Coklat Cadbury Buah Badam nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015 sahaja yang terlibat dengan isu kesan positif DNA lemak babi.
[box type=”shadow”]Kenyataan status halal coklat Cadbury terkini oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’. Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’. Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan. Umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah. – Sumber [/box]
Kerosakan nama baik Cadbury Milk sudah berlaku pasti sukar untuk dipulihkan. Ramai yang telah menyebarkan berita dan pasti tidak ramai yang rajin nak baca penjelasan dari Cadbury. Isteri aku pun marah kerana produk Malaysia ada masalah macam ini. Bagi aku orang Islam kena marah diri sendiri kerana sangat bergantung kepada orang bukan Islam untuk menghasilkan produk Halal. Ingat bukan Islam tidak akan pernah berpuas hati selagi kita mengucap kalimah ALLAH jadi salah satu yang dirosakan adalah makanan. Mungkin bukan pengurusan Cadbury Dairy Milk yang buat tetapi ada tangan-tangan jahat yang sentiasa berusaha merosakan Islam.
[box type=”shadow”]Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya. – Surah Al Ma’idah ayat 4 [/box]
Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal di Jakim secara online.
[box type=”shadow”]Penjelasan JAKIM isu status halal terkini coklat cadbury
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ujian Jabatan Kimia ke atas sampel dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd menunjukkan ia tidak mengandungi DNA babi seperti didakwa sebelum ini. Ujian dibuat ke atas sampel dari dua kelompok produk coklat dengan kacang hazel dan juga sampel dari satu kelompok produk coklat susu dengan buah badam keluaran syarikat tersebut. Sementara itu, laporan Berita Harian yang memetik satu lagi kenyataan Jamil Khir menyebut, analisis oleh Kementerian Kesihatan yang menyimpulkan bahawa ia mengandungi DNA babi melibatkan sampel yang tercemar. Sampel tersebut dikatakan tidak diambil terus daripada kilang syarikat Cadbury Confectionary, katanya seperti dipetik dalam lapor Berita Harian Online. – Sumber [/box]
192 Comments
pehh..bertahun-tahun dah makan benda nih..la ni baru tau..
Curahan rasa titan @ ..Final Piala Thomas 2014, Duit Blogging dan Hari Kahwin.
dah berkilo-kilo masuk perut dah. insyaAllah yang lepaa semuanya hala…optimis.
sekarang kat tangan ada sekotak besar coklat zip jenama cadbury hasil dari event purple walk cadbury salah satu syarikat sponsor untuk cabutan hadiah masa event purple walk ahad lepas. hingga kini, tak berani nak makan lagi.
Curahan rasa ema @ ..Purple Walk Dengan Artis
ikut kenyataan itu tak termasuk..elok cek dulu kesahihannya kat jakim website.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
salam ziarah. susah sungguh nak makan sekarang. dah le coklat tu salah satu kesukaan 🙁
Curahan rasa Mak Su @ ..Mendung je pagi ni ek
coklat kesukaan semua orang, produk berasakan coklat memang banyak.
Walaupun hanya beberapa batch yang terlibat, namun ramai dah rasa risau nak makan coklat cadbury ni…
Curahan rasa maria @ ..Tips Hilangkan Jerawat Batu
ramai yang hilang keyakinan walaupun produk lain terkecuali.
Curahan rasa Denaihati @ ..1001 Macam Khasiat Madu
Ok..baru faham cerita yang sebenarnya..terima kasih tuan kongsikan kenyataan cadbury ni..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke 32 Dari Jobdirumah
dalam kes nih agak susah nk kata …. jika tersilap kata sudah berlakunya fitnah …
pada saya biarlah mereka sudahkan siasatan .. cadbury bukan baru di pasaran tapi sudah terlalu lama ….
Curahan rasa namia @ ..Produk D-Babes Dari Havarline Diamonds
Dah lama kita kenal, sejak dari kecik, ada banyak produk lain lagi setakat ni semuanya halal.
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
walaupun bukan seorang pencinta cokelat, tapi bila dapat tahu berita ni sedih sangat… saya yakin JAKIM sentiasa memantau setiap premis yang memegang sijil halal dari JAKIM.. katakan lah home made cokelat sekali pun kita tetap kena pastikan sumber dan bahan yang digunakan juga memiliki pengesahan halal… wallahualam….
ya, bahan-bahannya pun mesti dari yang halal, kelemahan yang home made pula tak banyak yang ada pengesahan halal jakim,
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
tak sangka kan bertahun dah makan cokelat ni…rupa2 nya ada dna babi..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Kolam Air Panas Ulu Legong Kedah
berpuluh tahun pun ada bro, tapi pasti diluar batch yang tak halal ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Awek Cun Idaman Kalbu
agak sedih dengan isu kali ini..
seolah-olah status halal JAKIM diperkotak-katikkan. lepas ni semua buat homemade coklat lah..
Curahan rasa tutyrahiza @ ..[ Testimoni ] Mealshake Untuk Anak Kesayangan Rita Rudaini
coklat homemade insyaAllah halal bila semua-semua bahan-bahanya halal juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Thomas Cup Malaysia Final
kita kena buat coklat sendiri lah gayanya lepas ni…
Curahan rasa KiD @ ..Aiskrim King’s Kini Jadi Pilihan Chef
kalau hari raya ada yang boleh buat macam-macam coklat, mugkin hari tak raya pun boleh..
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
orang islam perlu keluarkan produk alternatif kpd produk2 yg popular di supermarket..
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton Vietnam @ ..Kain English Cotton Borong Murah
Bagus juga idea nih..Jika ada produk alternatif berasaskan produk popular bermakna orang ramai mempunyai lebih pilihan..mencari yg halal itu fardhu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
Walaupun dua jenis ni je yg disahkan tk boleh makan. Yg lain tk da kadungan DNA Babi tp dkt pasaraya liz keje ni semua dah tak jalan. Td supplier baru dtg kutip smua yg cadbury ni. Kiranya lambat jugak la drg ni bt kerja.
Macam kes Cadbury nih pengguna rasa tertipu kerana Cadbury mempunyai sijil halal JAKIM tetapi produknya disahkan mengandungi porcine DNA..kepercayaan orang ramai memang agak sukar dipulihkan buat masa ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
Comments are closed.