Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“, “Konya kota bermula tarian sufi Turki“ dan “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Dari Istanbul ke Gaziantep terus ke Urfa, Adana, Tarsus, Konya dan Alanya hampir 1/3 Turki telah kami jejaki. Ramai ustaz MTS Turki tersenyum bila kami cerita kisah kembara kami kerana mereka sendiri belum jejak banyak tempat yang sudah kami jejaki. Cuma rugi ketika kami bergerak di dari Gaziantep ke Adana tak dapat singgah di bandar Antakya yang hampir semua ahli tafsir sepakat bandar yang disebut adalan ayat 13 – 30 Surah Yassin.
Dari Istanbul kami menaiki Feri selama satu jam 45 minit ke Bursa sebuah bandar lama yang dibina pada tahun 200 BC tempat bermulanyaa kebangkitan Kerajaan Ottoman yang merupakan bandar ke empat terbesar di Turki. Tiket Feri ke Bursa boleh dibeli secara online atau beli di kauntar Pelabuhan Kabatas. Selain naik feri boleh juga naik bas ke Bursa cuma lebih panjang masanya lebih kurang empat jam. Terima kasih kepada Ziyad pelajar Universiti Marmara yang juga merupakan sahabat baik kepada Syuhada Ahmad Ammar kerana menemani kami sehingga ke Bursa.
Dua hari kami di Bursa disambut dengan hujan yang tidak berhenti-henti, cuaca memang sejuk sehingga ada rakan yang tak tahan. Hari pertama kami menginap di sebuah asrama MTS dari lebih seratus yang ada di Bursa. Kami dihidang makan tengahari selepas solat Jumaat bersama pelajar MTS termasuk beberapa orang pelajar dari Indonesia. Suasana asrama MTS di Bursa tiada beza dengan asrama-asrama MTS di Istanbul, Gaziantep, Urfa, Konya dan Alanya bersih dan rapi.
Kami juga sempat melawat sebuah tadika MTS yang mendidik anak-anak berusia tiga hingga enam tahun dan beberapa asrama MTS yang lain di Bursa. Sempat juga sahabat-sahabat membeli belah di bazar MTS seperti pakaian dan sulam-sulaman buatan tangan ikhwan MTS. Paling terpegun apabila kami dibawa ke pusat penyembelihan Qurban yang menggunakan mesin. Tahun lepas pusat penyembelihan ini berjaya mencipta rekod dengan menyembelih dan menguruskan hampir 530 ekor lembu dalam sehari. Sistem penyembelihan Qurban yang sistematik begini sedang diusahakan pembinaannya di Phnom Penh, doakan berjaya.
Di Bursa kami tidak melepaskan peluang menyaksikan tarian sufi Turki yang diasaskan oleh pengikut Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi di Konya. Tarian Sufi Turki dipersembahkan di Pusat Pelancongan Bursa untuk pelancong yang datang ke Bursa. Memang asyik melihat tarian sufi berpusing-pusing tanpa henti dengan alunan zikir dan muzik tetapi ianya diharamkan di Malaysia.
Hari kedua kami menginap di Hotel Metro ditengah-tengah bandar Busra berhadapan dengan Masjid Ulu Cumi. Menjejaki kaki di Masjid Ulu Cumi memang sesuatu pengalaman yang sangat unik. Pada tahun 1396 Sultan Bayezid telah bernazar sekiranya menang peperangan baginda akan membina 20 masjid. Alhamdulillah baginda telah menang peperangan tetapi kekurangan bajet untuk membina 20 masjid. Para Ulama telah bermesyuarat dan telah membuat keputusan supaya Sultan Bayezid membina sebuah masjid dengan 20 kubah yang sekarang dikenali sebagai Ulu Cami atau Bursa Grand Mosque. Mengikut riwayat Nabi Khidir a.s pernah solat di masjid ini dan telah menulis sendiri huruf “wau” di tiang depan masjid. Teringat pulak entri “kisah Nabi Musa bertemu Nabi Khidir” yang pernah ditulis sebelum ini. Mengikut penduduk tempatan banyak kali Nabi Khidir a.s singgah bersolat di masjid ini dan hanya mereka yang terpilih sahaja dapat bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Satu lagi keistimewaan dalam masjid ini terdapat berpuluh-puluh lukisan khat yang kelihatan seperti 3D. Setiap waktu ramai yang bersolat jemaah di masjid ini terutama di solat suboh hari Ahad sehingga perlu ada kawalan trafik.
Kami juga menziarahi makam perjuang hebat Osman Gazi yang merupakan bapa kepadaKerajaan Ottoman dan makam anak beliau Orhan Gazi. Dalam perjalanan menuju ke makam Osman Gazi di atas bukit di Bursa masih berdiri tegak Bursa Castle sebagai tanda kecemerlangan Kerajaan Islam yang menjadi pusat pentadbiran awal Kerajaan Ottoman sebelum menyerang dan menguasai Konstantinopel.
Dalam suasana hujan gerimis yang tidak berhenti kami sempat menjejaki Uludag yang berada pada paras 2,543 kaki dari aras laut, tempat pelancongan yang menarik untuk bermain salji. Dapat juga kami melihat sedikit sajli walaupun musim sejuk telah berlalu. Memang sejuk kat Uludag ini suhu mencecah 4 darjah celcious. Dalam perjalan turun ke Bursa sempat kami singgah di Ikaya Koyu melihat pokon maple yang sudah berusia lebih 607 tahun. Di kawasan Ikaya Koyu banyak cenderhati yang dijual tetapi paling best banyak buah-buahan segar seperti cherry, strawberi dan buat berry yang dijual segar.
Satu tempat yang tidak boleh tidak dijejaki apabila sampai di Bursa adalah Grand Bazar Bursa yang hanya terletak disebelah Masjid Ulu Cami. Bursa memang terkenal dengan berbagai produk kulit termasuk jaket kulit lelaki dan perempuan. Macam-macam barang ada di Grand Bazar termasuklah tudung turki yang cantik-cantik, nasib baiklah beg yang kami bawa kecik tetapi ada juga sahabat yang beli beg baru nak mengisi macam-macam barang yang sudah dibeli. Kesimpulan kalau melancong ke Turki jangan lupa untuk singgah ke Bursa kerana banyak tempat menarik selain dapat bersolat di Masjid istimewa Ulu Cami.
Terima kasih kepada empat pelajar MTS bursa yang sentiasa menenami kami dan menyediakan kenderaan untuk kami melawat tempat menarik di Bursa sehingga menghantar kami pulang di pelabuhan feri Bursa. Jasa kalian pasti tidak akan kami lupakan semuga berjaya dalam pelajaran. Perjalanan seterusnya pulang ke Istanbul untuk menziarahi tempat menarik. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.
135 Comments
nabi musa a.s. pun diperintahkan Allah s.w.t. untuk belajar dengan nabi khidir a.s.
Curahan rasa ikhwan @ ..Tersontot Dengan Pelaburan Minyak
judul nih powerful sekali pasti menarik banyak pembaca karena penasaran dengan judulnya
bestnya dapat lihat dansentuh daun maple. selalu berangin dapat pegang daunmaple tu lagi-lagi bila autumn warnanya cantik.
Curahan rasa misz aa @ ..background blog change
cantiknya tadika dekat sini. bangunan danreka bentuk yang cantik, warnanya tenang.
Curahan rasa misz aa @ ..background blog change
best nya dapat pergi tempat2 yang penuh dengan sejarah macam ni.
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Blogger Buat Duit Online
Sultan Bayezid ukir sejarah tersendiri dengan membina masjid yang banyak
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.