Doa Ini Rasulullah SAW Wasiat Untuk Kita Amalkan

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada satu doa yang Rasulullah SAW telah wasiatkan kepada sahabat yang bernama Muadz RA supaya tidak meninggalkan bacaan doa ini selepas setiap kali solat.

Doa ini adalah doa supaya kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur.

Syukur, satu kata yang mudah namun untuk konsisten mengamalkannya menuntut latihan serta keazaman yang tinggi.

Mudah untuk kita bersyukur saat tidak ada masalah, saat hidup lapang dan tenang. Namun cuba perhatikan apabila Allah menguji kita dengan sedikit masalah, kita akan mula berkeluh kesah dan terlupa bahawa masih banyak kemudahan yang Allah berikan.

Baca : Teruskan Berdoa Kerana Itu Adalah Senjata Umat Islam

Amalan syukur ini mengandungi keajaiban yang tersembunyi dan ganjaran yang banyak, sehingga Allah mengatakan bahawa barang siapa yang bersyukur maka Allah akan menambah nikmat yang berganda.

Rasulullah SAW juga mengajarkan satu doa supaya kita lebih mudah mengamalkan budaya syukur ini.

وَعَنْ مُعَاذٍ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، أَخَذَ بِيَدِهِ ، وَقَالَ :(( يَا مُعَاذُ ، وَاللهِ إنِّي لَأُحِبُّكَ )) فَقَالَ : (( أُوصِيْكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ في دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُوْلُ : اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ )) . رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ بِإِسْنَادٍ صَحِيْحٍ

Dari Mu’adz RA, bahwa Rasulullah SAW memegang tangannya dan baginda berkata, “Wahai Mu’adz, demi Allah, aku mencintaimu.”

Lalu baginda berkata, “Aku wasiatkan kepadamu, wahai Mu’adz, janganlah engkau sekali-kali meninggalkan doa ini di akhir setiap solat,

‘Allahumma A’inni ‘Alaa Zikrika wa Syukrika wa Husni ‘Ibaadatik’

“Ya Allah, tolonglah aku dalam berzikir, bersyukur, dan beribadah yang baik kepadaMu).” 

(HR. Abu Daud dengan sanad sahih – HR. Abu Daud, no. 1522; An-Nasa’i, no. 1304. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)

Bersyukurlah meski terasa payah. Bersyukurlah meski yang dilihat bukan yang indah. Kelak kita akan merasai sendiri kemanisan syukur ini.

Wallahua’alam. Sebarkan kebaikan dan selamat beramal 🙂

Baca : Hadiahkan Doa Buat Ibu Bapa Anda Setiap Hari

Belajar bahasa Al Quran dengan mudah guna teknologi AI

  1. Bahasa Melayu @ https://app.thinkquran.com/?r=2SYJUVAW&l=ms&act=
  2. English @ https://app.thinkquran.com/?r=2SYJUVAW&l=en&act=
  3. Bahasa Indonesia @ https://app.thinkquran.com/?r=2SYJUVAW&l=in&act=
  4. Bahasa Turkish @ https://app.thinkquran.com/?r=2SYJUVAW&l=tr&act=

Klik di atas, daftar dan buat latihan sehingga mahir 31 perkataan insyaAllah kita akzn rasai nikmatnya.

Think Quran

bio.link/thinkquran


Spread the love

5 Comments

  1. Sebelum bagi salam boleh bacakan doa ini atau pada sujud yang akhir. Apa-apa memang kena minta Alah bantu. Kebaikan yang kita buat sebenarnya atas ‘jalan’ yang Allah tunjukkan dan bukakan untuk kita. Jika Allah sekat, satu kebaikkan pun kita tidak mampu buat.

  2. Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ilmu…Semoga kita semua dapat manfaat dengan mengamalkannya..aaminn

  3. Sebaik-baik doa ialah yang diajar sendiri oleh Rasulullah (S.A.W). Doanya pendek je. Memang betullah syukur tu mudah disebut tapi bukan senang nak buat.
    Curahan rasa Bebas @ ..Mencari Nur HidayahMy Profile

  4. Ya Allah, tolonglah aku dalam berzikir, bersyukur, dan beribadah yang baik kepadaMu. Aamiin.

    Terima kasih atas perkongsian dan peringatan. Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!