Semakan Keputusan SPM 2019 Online/SMS

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Hari ini keputusan SPM akan diumumkan. Pastinya calon-calon dan ibu bapa tidak sabar untuk mengambil dan mengetahui keputusan SPM.

Yang pastinya, saya di sini ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada semua calon SPM 2019 atas keputusan yang diperoleh.

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM 2019 masing-masing pada tarikh rasmi iaitu 5 Mac 2020.

TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS

Ada berapa cara untuk menyemak keputusan SPM antaranya :

  • Hadir ke Sekolah: Calon-calon boleh dapatkan keputusan SPM mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 am pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Keistimewaan cara ini dapat bertemu kembali dengan cikgu-cikgu yang mengajar, ucap terima kasih untuk semua pengorbanan yang telah diberikan. Dapat bertemu kawan-kawan yang sudah memulakan haluan sendiri.

  • Khidmat Semakan SMS : boleh menggunakan semakan mySMS.

SPM (jarak) No KP (jarak) Angka Giliran dan SMS ke 15888

Perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 5 Mac dan akan ditamatkan pada 6.00 pm 11 Mac 2020.

Masukkan No KP tanpa tanda (-) dan no giliran tanpa (selang) dalam ruangan yang disediakan.

Semakan secara online hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

  • Semakan Online

Kalian juga boleh membuat semakan online melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat tersebut sppat.moe.gov.my/semakan

Semakan keputusan menerusi Laman web hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperolehi di sekolah atau JPN Negeri.

  • Semakan Menggunakan Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
  1. Muat turun aplikasi Lembaga Peperiksaan dari Play Store (Android). Untuk iOS belum disediakan.
  2. Muat turun adalah percuma.
  3. Ikut arahan mudah yg disediakan untuk semak keputusan SPM.
  4. Masukkan No KP dan Angka Giliran serta pilih Peperiksaan SPM.
  • Calon Persendirian

Keputusan mereka akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Tahniah kepada yang berjaya cemerlang.
Kepada yang tidak berjaya jangan kecewa kerana masih ada banyak peluang yang hebat diluar sana untuk diterokai.

Semoga bermanfaat dan sebarkan kepada ibu bapa dan calon-calon semak keputusan SPM 2019. Semoga beroleh keputusan yang baik dan cemerlang. Aminn

3 Comments

  1. Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2019 . Semoga mndapat keputusan yg cemerlang . Walau apa pon jangan berputus asa untuk trus berusaha mncapai yg lebih baik dalam kehidupan .

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!