1001 Macam Khasiat Madu

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, entri kali ini nak berkongsi tentang ilmu MADU tetapi bukan seperti kisah sebelum ini iaitu “Hati seorang MADU” atau “Tips Jumpa bakal MADU“. Kali ini kita nak bercerita kisah MADU yang dihasilkan binatang istimewa lebah sehingga disebut oleh ALLAH dalam Al Quran dalam surah 16 iaitu Surah An Nahl.

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia.” – Surah An-Nahl ayat 68

Menyedut madu hasil ternakan sendiri
Menyedut madu hasil ternakan sendiri

Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita. Bercerita tentang madu Puteri Jamu ada cerita tentang kisah madu dan khasiatnya juga cara pengambilan.

Dengan nama Sang Pencipta, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Dia yang menciptakan lebah yang dengan nama lainnya An-Nahlu, salah satu mukjizat yang tercatat indah di dalam Al-Quran. Daripada terjemahan Ar-Rahman Surah An-Nahl : 69

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”

Kajian Tentang Khasiat Madu

Tokoh kedoktoran dunia juga ilmuwan muslim yang terkenal, Ibnu Sina juga telah mengulas tentang khasiat madu dari segi kesihatan. Awet muda dan umur panjang adalah di antara hasil dari pengambilan madu yang beliau amalkan. Menurut beliu khasiat madu boleh menyembuhkan perbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Secara umum khasiat madu dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Mengandungi perbagai nutrisi di antaranya Vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Juga mengandungi garam galian, Beta karoten, dan Glukosa.

Khasiat Madu Untuk Kesihatan                 

Daripada pengalaman saya sendiri dan juga anak-anak buah, dengan pengamalan meminum madu 1 atau 2 sudu besar setiap pagi ternyata memberi kesan yang sangat baik pada kesihatan. Di Antaranya adalah:

  • Mengatasi Masalah Lesu  – Saya mengalami masalah tekanan darah rendah. Dengan pengambilan madu dapat membekalkan kerperluan zat besi kepada badan. Seperti yang kita tahu di dalam badan manusia zat besi memainkan peranan yang sangat penting
  • Mengatasi Insomia – Di Antara khasiat madu yang diperolehi adalah dapat membantu mengawal tekanan serta menjadikan badan lebih tenang dan rileks. Ini sangat membantu masalah saya yang kadang kala sukar untuk tidur
  • Mengubati Masalah Ulser Mulut Dan Gusi Bengkak – Sapukan madu pada gusi yang bengkak serta ulser di dalam mulut. Biarkan untuk seketika. InsyaAllah bengkak akan surut dan ulser akan hilang. Khasiat madu juga dapat membantu mengurangi bau mulut

Bagi kanak-kanak pula khasiat madu ialah :

  • Meningkatkan Nafsu Makan – Di Antara vitamin yang terkandung di dalam madu adalah Vitamin B. Vitamin ini dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih bertenaga disamping melindungi mereka dari perbagai penyakit. Dalam masa yang sama membantu tumbesaran kanak-kanak dan menambahkan kecerdasan minda kanak-kanak. Saya Nampak perubahan yang ketara pada anak buah saya
  • Membersihkan Sisa Kotoran Usus Besar – Anak buah saya mengalami masalah usus besar yang pra-matang. Ini membawa kepada masalah sembelit yang amat teruk. Dengan khasiat madu yang berperanan membersihkan perut dan usus, Allhamdulillah masalah tersebut terus hilang. Zat Besi membantu proses percernaan makanan. Dengan ini masalah sembelit dapat dipulihkan

Tips Cara Mengambil Madu

Setiap pagi amalkan minum air panas yang dicampurkan dengan 2 sudu besar madu. InsyaAllah mampu mengubati sebarang jenis penyakit disamping kekal awet muda anggun menawan.

Bagi menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit muka cubalah memakai masker madu sekali seminggu. InsyaAllah kulit akan menjadi bertambah halus dan licin.  Memakai masker dengan menggunakan madu tanpa sebarang campuran bahan lain atau dengan menambahkan yogurt, tea tree oil atau air mawar untuk mendapatkan hasil yang lebih maksimum.

Campurkan 1 sudu madu ke dalam minuman kanak-kanak. Hasilnya mereka akan tidur dengan nyenyak.

Paling penting apabila minum madu perlu berniat mengikut Sunnah Nabi SAW dan yakin hanya ALLAH yang memberi kesihatan dan menyembuhkan apa juga penyakit.

634 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!