Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, antara keyword utama yang sampai ke blog Denaihati pada tahun 2013 adalah “Halal Jakim“. Secara tidak lansung cerita status Halal dan Haram makanan di Malaysia sudah menjadi sebahagian dari niche blog Denaihati. Itulah kekadang niche blog boleh ditentukan oleh pembaca dan Google berdasarkan sesebuah entri yang tertulis di blog pada suatu masa dahulu.
Setiap kali ada isu terbaru status halal haram sesuatu jenis makanan pasti blog ini akan menjadi perhatian seperti sebelum ini kisah “Isu Kod E472e Produk Kopiko” dan “Status Halal Coklat Pepero“. Untuk menjadi Blogger yang bertanggungjawab kepada masyarakat jadi aku tidak ada pilihan selain daripada berkongsi maklmut terkini isu semasa tentang status halal makanan terkini. Isu terkini adalah status halal Coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan status positif mengandungi DNA lemak babi.
Dari awal aku telah menerima whatsapp laporan status coklat Cadbury Diary Milk dengan lampiran surat dari KKM tetapi seperti biasa aku tidak mahu menyebarkan tanpa pengesahan sebab banyak sangat berita yang meragukan tersebar di sosial media sebelum ini sehingga menimbulkan keraguan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Alhamdulillah pihak Cadbury Dairy Milk telah memberi maklumbalas dengan isu yang meresahkan pengguna Islam.
Penjelasan Isu Status Halal Coklat Cadbury Diary Milk Hazelnut dan Buah Badam
Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.
Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.
Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.
Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.
Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury. – Sumber
Berdasarkan penjelasan dari Cadbury Dairy Milk hanya Coklat Cadbury Hazelnut nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014 dan Coklat Cadbury Buah Badam nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015 sahaja yang terlibat dengan isu kesan positif DNA lemak babi.
[box type=”shadow”]Kenyataan status halal coklat Cadbury terkini oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’. Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’. Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan. Umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah. – Sumber [/box]
Kerosakan nama baik Cadbury Milk sudah berlaku pasti sukar untuk dipulihkan. Ramai yang telah menyebarkan berita dan pasti tidak ramai yang rajin nak baca penjelasan dari Cadbury. Isteri aku pun marah kerana produk Malaysia ada masalah macam ini. Bagi aku orang Islam kena marah diri sendiri kerana sangat bergantung kepada orang bukan Islam untuk menghasilkan produk Halal. Ingat bukan Islam tidak akan pernah berpuas hati selagi kita mengucap kalimah ALLAH jadi salah satu yang dirosakan adalah makanan. Mungkin bukan pengurusan Cadbury Dairy Milk yang buat tetapi ada tangan-tangan jahat yang sentiasa berusaha merosakan Islam.
[box type=”shadow”]Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya. – Surah Al Ma’idah ayat 4 [/box]
Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal di Jakim secara online.
[box type=”shadow”]Penjelasan JAKIM isu status halal terkini coklat cadbury
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ujian Jabatan Kimia ke atas sampel dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd menunjukkan ia tidak mengandungi DNA babi seperti didakwa sebelum ini. Ujian dibuat ke atas sampel dari dua kelompok produk coklat dengan kacang hazel dan juga sampel dari satu kelompok produk coklat susu dengan buah badam keluaran syarikat tersebut. Sementara itu, laporan Berita Harian yang memetik satu lagi kenyataan Jamil Khir menyebut, analisis oleh Kementerian Kesihatan yang menyimpulkan bahawa ia mengandungi DNA babi melibatkan sampel yang tercemar. Sampel tersebut dikatakan tidak diambil terus daripada kilang syarikat Cadbury Confectionary, katanya seperti dipetik dalam lapor Berita Harian Online. – Sumber [/box]
192 Comments
berita yang menyedihkan sebenarnya coz kita salah seorang peminat tegar coklat cadbury. Tapi kita setuju dengan ulasan DH yang ini.
“Bagi aku orang Islam kena marah diri sendiri kerana sangat bergantung kepada orang bukan Islam untuk menghasilkan produk Halal.”
Sebenarnya inilah punca sebenar. tepuk dada tanya selerakan…
Curahan rasa Raudzah @ ..Raja Nazrin Shah Diisytihar Sultan Perak Yang Baru
Ya. Rasa tertampar juga dengan kenyataan tuan DH. Jadi kita kena ambil pengajaran dari isu ini.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Inilah coklat yang anak aku suka makan. Dalam masa bulan mac lepas. jarang pula mereka beli sampailah keluar isu cadbury ada dna babi ni.
Curahan rasa Arman @ ..Selamat Hari Gawai, Keamatan Dan Toneplus
majlis Fatwa hari ini mengesahkan Coklat Cadbury halal di makan apa yg berlaku adalah kes terasing utk batch yg disebut sahaja, selain dari batch tu tak perlu risau.
Curahan rasa Denaihati @ ..Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati
kita harus waspada dan stop jika ada isu makanan haram, kalau memang makanan itu haram langsung saja stop. Pemerintah dan konsumen harus selalu bekerja sama dan waspada jika ada makanan yang mencurigakan.
Curahan rasa Pengobatan TB Paru @ ..Anjuran Makanan Untuk Penderita TBC yang Baik dan Sehat
makanan was-was lmesti dielakkan sampai dapat dipastikan pihak berwajib.
Curahan rasa Denaihati @ ..1001 Macam Khasiat Madu
Kalau dihasilkan di kilang dan tempat yang sama..tah2 guna mesin yang sama..Bru terpikir nak makan sebab dah lama makan tak jadi terus la.
Curahan rasa MairaShaklee @ ..Segmen Blogwalking by Izzati Amira
ada satu soalan yang muskil bagi saya hingga kini, iaitu kita ketahui hanya batch tertentu sahaja tercemar dengan dna babi ini, tapi soalan adalah bagaimana dna babi ini ada? cadbury ada buat produk lain yang guna dna babi ker? yang ni kurang jelas
Curahan rasa myrujukan @ ..Buat Duit Dengan Pendapatan USD Bersama JVZoo
harap lapuran tu boleh didedahkan untuk keyakinan kita dan semua pengguna.
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
beberapa minggu lepas memang ada terfikir-fikir untuk makan coklat Cadbury. dah lama tak makan. tapi selamat tak makan. walaupun disahkan 2 jenis tu je, tapi memang tak makan semua sekali lah lepas ni. kena bear in mind beli produk buatan orang Islam. Lepas ni kena ingat brand-brand produk orang Islam. Dah tersebar kat WhatsApp produk jenama-jenama buatan orang Islam.
Curahan rasa Sya Isya @ ..JANA DUIT TANPA MODAL DENGAN ILANCEE.COM
macam mana jakim boleh terlepas pandang pasal coklat ni tak pasal2 rmai orang islam teraniaya…nasib baik aku dah lama x makan coklat ni..lepas ni aku xmau makan coklat yang dipunyai oleh syarikat orang bukan islam walaupun ada logo halal.
Oh, saya baru perasan pasal ni.. sebelum ni dengar gak kod tu, tapi tak faham.. hahaha.. anyway terima kasih sangat2 untuk pencerahan.. =)
Berdasarkan penjelasan dari Cadbury Dairy Milk hanya Coklat Cadbury Hazelnut nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014 dan Coklat Cadbury Buah Badam nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015 sahaja yang terlibat dengan isu kesan positif DNA lemak babi.
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Segmen Mencari Teman Momsavenues.com
Risau dengan keadaan sekarang..
Inilah masanya bangsa melayu bangkit dengan menghasilkan produk sendiri supaya lebih berkualiti dan terjamin, insyaAllah
Curahan rasa Myra Jay @ ..Family Day : Salak Denai Chalet Pilihan MJ
ya, pengusaha iks bolehlah upgarde, produk supaya setanding dengan cadbury serta pakaging yang cantik-cantik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Awek Cun Idaman Kalbu
Betul tu. Selain peniaga, kita sebagai konsumer wajib beralih arah menyokong produk yg dikeluarkan oleh iks islam yg byk2 sebenarnya…cuma mungkin tak sampai kepada kita..
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
Di Sabah, ada coklat Sabah. Siap dgn gambo gunung kinabalu dan kraft tempatan. Since coklat kita susah nak compete dgn international market atas sbb2 tertentu, maybe pengusaha IKS patut tumpukan buat coklat ini utk tujuan tourism. Packaging yg berlatarbelakangkan kecantikkan sesuatu negeri tu dgn kata kunci yg menarik.
Selalu tourist beli Coklat Sabah yg kawe cakap tu. Kawe pun kalau dah tak de benda ole-ole nak bawa ke KL utk family kat sana, beli coklat ni jer… Hmmmm…
Curahan rasa Ismail N @ ..Ipoh Lum Mee @ Old Town White Coffee
Gambar Gunung Kinabalu, identiti Malaysia dan promosi juga tu.
rasanya coklat berkacang hazel ni mungkin masih kurang pilihan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
Ya. sekarang pun kita sebenarnya dah ada banyak pengeluar produk Islam tapi mungkin belum dikomersialkan di pasaran-pasaran.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
gerun dan akan berfikir nak beli jenis -jenis cokelat berlambak di pasaran
Curahan rasa suri @ ..So Tell Me_The Nuffnang Poll 2.0
A’aa tul tu Suri, sekarang nie, umat Islam perlu lebih berhati-hati. Berikan sokongan pada produk bumiputra muslim, InsyaAllah kita terhindar daripada unsur2 haram.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Nutriferon Supplemen Terbaik Untuk Peningkatan Sistem Imunisasi
harap langkah kementerian kesihatan merancang nak buat pemeriksaan semua coklat dapat dibuat segera.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Thomas Cup Malaysia Final
sejak kes ni…nekad utk mula kurangkan beli coklat apa jenis sekalipun…melainkan ianya coklat org Islam
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
tu la, sebagai langkah bejaga-jaga elok macam ni. harap kementerian kesihatan buat semakan juga untuk coklat ramuan memasak, contohnya coklat buat kek.
Curahan rasa Denaihati @ ..Awek Cun Idaman Kalbu
Ya betul. Lepas ni kena rajin untuk cari coklat buatan orang Islam. Atau kita pun boleh buat coklat sendiri. Lagi puas dan diyakini kebersihannya. Huhu.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Terima kasih di atas perkongsian info.. Lepas ni memang dah tak beli dah coklat ni…
Curahan rasa Anuar @ ..Kalau saya menang DiGi WWWOW Awards 2014
Ikut penjelasan Cadburry hanya batch yang berkaitan terkesan, bagaimanapun pilihan pengguna yang buat ikut keyakinan.dan fakta.
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
Betul tu tuan. Ikut dia mmglah…dah macam yg tuan ulas..bergantung kpd tahap mana was2 kita..
saya dah was2 semua =) so bye2 cadbury
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
Maknanya sebelum ni dah banyak kali dah sy makan makanan haram? Oh tidak!!! Takut plak nak makan coklat sekarang ni.
Curahan rasa Ammar @ ..CARA SOLAT SUNAT TAUBAT
Jadi lepas ni bolehlah bertukar kepada coklat orang Islam. Moga kita terpelihara dari memakan makanan yang haram.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Memang tak sangka coklat ni pon ada dna pig.. pasni xtau makanan apa lak akan keluar paper
Langkah Kementerian Kesihatan buat pemeriksaan semua produk coklat bagi memastikan produk berkenaan bebas dari sebarang pencemaran DNA babi (porcine) memang bagus, mungkin ambik masa sikit tapi menambah keyakinan kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
Masih terngiang-ngiang status seorang ustaz di FB tempoh hari ….
“Dah berapa ekor vavi yang kita makan?”
Tolonglah pihak yang berwajib amik tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang kembali. Cuak rasanya bila menelan barang makanan yang kita sangka halal kerana ada logo halal sah tapi sebenarnya mengandungi bahan haram.
Cadbury coklat bar tu lama dah saya tak makan, tapi cadbury zizgzag tu ada gak beli sekali dua. Tapi, nampak gaya lepas ni kami terpaksa ‘lepaskan’ Cadbury keseluruhannya.
Menjauhi syubhah itu lebih baik dari berasa sangsi. Wallahualam
Curahan rasa Hanim a.k.a Kenit @ ..Ephyra Treasure Hunt 2014 Havoc!
harap pihak cadbury buat siasatan macam mana boleh jadi sampai macam ni, ada tindakan susulan yang boleh lembalikan keyakinan kita pengguna.
Curahan rasa Denaihati @ ..Awek Cun Idaman Kalbu
Pepero, now cadbury pun nak kena blacklistedkan juga..Dah banyak kg masuk perut…
Curahan rasa eyriqazz @ ..I Need BiggerBreak
harap ada penyelesaian yang sangat meyakinan kita nanti.
Comments are closed.