Pengesahan Halal Jakim diragui

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, keywords “Halal Jakim” antara keywords yang paling top pencarian di blog Denaihati kerana salah satu entri bertajuk “semak status halal secara online dan sms” antara yang tersenarai top 10 dalam carian google. Isu halal semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna khasnya umat Islam untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal.

Sejak kebelakangan ini terlalu ramai yang mencari status halal beberapa syarikat besar yang terdapat di Malaysia yang sangat popular dikalangan masyarakat. Keadaan ini berlaku setelah keluar berbagai status di sosial media terutama di Facebook sehingga status halal syarikat tersebut diragui. Bab halal haram ini tak boleh ada keraguan kerana apabila ada rasa was-was terhadap satu-satu produk atau makanan maka hukumnya kita tidak boleh makan makanan tersebut.

semak-status-halal-secara-online-dan-sms
Pastikan logo halal yang betul di tampal di restoran dan hotel.

Ramai pembaca singgah di blog Denaihati untuk mengetahui status halal McDonald, Secret Recipe, The Chicken Rice Shop dan Starbucks. Untuk menjawab soalan status halal syarikat-syarikat berikut JAKIM telah membuat kenyataan rasmi di website.

[box type=”shadow”]Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal syarikat-syarikat berkenaan:

  • McDonald’s
  • Secret Recipe
  • The Chicken Rice Shop (TCRS)
  • Starbucks

Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK sehingga kini. Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau secara berkala oleh JAKIM dan mendapati piawaian pensijilan halal Malaysia sentiasa dipatuhi.

JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 (109) dan emel di nadiazammil@islam.gov.my. – JAKIM 

Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum
[/box]

Memang banyak makanan yang menjadi persoalan seperti status halal kopiko walaupun dah ada logo halal nak tahu baca “penjelasan isu halal kopiko“. Aku pun sering menerima tag daripada kawan-kawan di wall facebook dan juga menerima whatsapp tentang isu halal haram berbagai produk dan tak kurang banyak juga isu lama yang dikitar semula berulang-ulang kali. Aku memang tak pernah memanjangkan isu halal haram kepada kawan-kawan selagi tidak mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa. Tak mahu terjerumus menjadi pembawa berita palsu kerana takut tak sempat nak mohon maaf kepada pihak yang dituduh.

makan free
Penting untuk semak status halal setiap makanan

Memang senang nak tag atau foward berita palsu tanpa usul periksa begitu juga tag dan foward gambar insan tertentu yang telah di tulis dengan dialog tertentu tanpa pengetahuan tuan punya gambar tersebut. Kalau dialog bagus syukurlah tetapi kalau dialog yang memalukan pasti tuan punya gambar tersebut merasa malu. Bagimana agaknya kita nak memohon maaf pada insan tersebut. Jadi berhati-hatilah apabila nak berkongsi berita atau gambar supaya kita tidak terjerumus seperti isu halal di laman sosial.

[box type=”shadow”]DNA Babi dikesan dalam Coklat Cadbury

Pengesahan ini telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan yang menjalankan analisis ke atas beberapa sample produk cadbury. Daripada analisis yang dijalankan mereka megesahkan bahawa produk Coklat Cadbury Dairy Milk (Hazel Nut), No Siri, 200813M01H I2 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond, No Siri 221013N01R I1 mengandungi DNA Babi.

Dengan pengesahan ini, Pihak Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah berjanji untuk menarik balik kesemua produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan  serta-merta dan produk batch lain seperti di jelaskan dalam FB Cadbury tidak terlibat. – Sumber 

Rahsia Berjaya Bisnes Cookies dan Biskut

PUTRAJAYA, 18 November, 2014: Walaupun Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit tentang status Halal coklat Cadbury.

JAKIM ingin mengesahkan bahawa, Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Ingin ditegaskan bahawa Pensijilan Halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Jakim.

Para pengguna yang selama ini menggunakan produk yang mempunyai logo Halal Malaysia dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana pemantauan terhadap pemegang Sijil Halal Malaysia dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan Halal.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, semua pihak diminta untuk merujuk melalui Portal Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih. Sebarang pertanyaan berkenaan Pensijilan Halal Malaysia boleh diajukan ke Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03–8892 5000. – Sumber[/box]

Sosial media dan whatsapp atau yang seumpamanya memang boleh menjadi medium untuk berkongsi ilmu tetapi kalau disalah guna boleh juga dijadikan medium menfitnah yang boleh meruntuhkan sebuah perniagaan.

121 Comments

  1. kalau rasa meragukan atau tidak berminat tak payah larh makan. Dan tak perlu rasanya nak mempertikaikan jika org lain makan. Cdbury or whatever itu adalah bisness diorg dalam malaysia nie kita bersyukur sbb ada yg tolong sahkan halal haram untuk kita. Pada yg nak percaya. Terpulang pada yg meragui truskan dgn ragu2 tersebut. Islam itu indah dan tidak menyusahkan mana2 umatnya. Jadi pendapat masing2.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!