Kluang Rail Coffee Halal Ke?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat semasa aku sekolah disebuah sekolah asrama penuh di bandar Kluang dimana sebahagian kawan-kawan aku tergila-gila dengan nasi lemak 50sen Kluang Rail Coffee. Berbagai taktik digunakan termasuk menyamar demam supaya dihantar ke hospital demi nak keluar dari sekolah untuk makan nasi lemak yang lokasinya berhampiran dengan Hospital Kluang.

Semalam terbaca berita yang mengemparkan apabila Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman mengumumkan terdapat cafe yang sudah lebih 70 tahun beroperasi dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi. Apabila membaca berita ini cafe pertama terbayang difikiran sudah tentu Kluang Rail Cafe yang memang sentiasa penuh dengan pelanggan Islam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.  “Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi. Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sangkaan aku tepat apabila bos Kluang Rail Cafe tampil memberi penjelasan. “Dalam tempoh dua hari saja, perniagaan yang ditubuhkan sejak 73 tahun lalu merudum sehingga lebih 50 peratus akibat dakwaan terdapat gelatin babi dalam serbuk kopi yang kami hasilkan,” kata Pengarah Urusan Kluang Rail Coffee Sdn Bhd, Lim Jit Chiang. Yang lebih menarik katanya, “Pada masa sama,kira-kira sebulan lalu, kami sudah memohon mendapatkan sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan proses berkenaan masih berterusan. SETELAH BERPULUH TAHUN BERNIAGA BARU BULAN LEPAS NAK MEMOHON SIJIL HALAL???

[ad#Adsense234x60]

Tambahnya “Bagaimanapun, jika perkara ini terbukti benar, kami akan ambil langkah pembetulan dengan segera untuk memastikan keadaan dapat dipulihkan,” katanya. MACAM DAH MENGAKU SALAH JE NI!!!

SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN NI.

Semak status Halal Jakim online dan SMS @ Halal Jakim

TERKINI

1. TENGOK LAPORAN PENGESAHAN JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR @ ROHAIZAD dot com

2. 19/5 : Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

3. Kenyataan tuan punya Kluang Rail Coffee seperti tertulis di entri blog Kak Jie.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

72 Comments

  1. Memang orang Melayu ni asyik kena tipu jew dari sblm, semasa dan selepas Merdeka. Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab ke atas p[enggunaan Sijil Halal ni kalau tak mampu nak bekerja nak mengambil tindakan tegas dan bersepadu, saya cadangkan lebik baik tutup kedai dari dok menanggung dosa sepanjang hayat.

      1. cuba orang islam buka cafe/kopitiam yang setaraf dengan cafe/kopitiam mereka.

        pastu franchise fee dan segala fee- fee sewaktu dengannya diminimumkan.

        Pasti cafe/kopitiam ala islam dan pastinya halal akan dibuka dimana- mana saja.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!