Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, antara keyword utama yang sampai ke blog Denaihati pada tahun 2013 adalah “Halal Jakim“. Secara tidak lansung cerita status Halal dan Haram makanan di Malaysia sudah menjadi sebahagian dari niche blog Denaihati. Itulah kekadang niche blog boleh ditentukan oleh pembaca dan Google berdasarkan sesebuah entri yang tertulis di blog pada suatu masa dahulu.
Setiap kali ada isu terbaru status halal haram sesuatu jenis makanan pasti blog ini akan menjadi perhatian seperti sebelum ini kisah “Isu Kod E472e Produk Kopiko” dan “Status Halal Coklat Pepero“. Untuk menjadi Blogger yang bertanggungjawab kepada masyarakat jadi aku tidak ada pilihan selain daripada berkongsi maklmut terkini isu semasa tentang status halal makanan terkini. Isu terkini adalah status halal Coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan status positif mengandungi DNA lemak babi.
Dari awal aku telah menerima whatsapp laporan status coklat Cadbury Diary Milk dengan lampiran surat dari KKM tetapi seperti biasa aku tidak mahu menyebarkan tanpa pengesahan sebab banyak sangat berita yang meragukan tersebar di sosial media sebelum ini sehingga menimbulkan keraguan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Alhamdulillah pihak Cadbury Dairy Milk telah memberi maklumbalas dengan isu yang meresahkan pengguna Islam.
Penjelasan Isu Status Halal Coklat Cadbury Diary Milk Hazelnut dan Buah Badam
Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.
Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.
Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.
Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.
Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury. – Sumber
Berdasarkan penjelasan dari Cadbury Dairy Milk hanya Coklat Cadbury Hazelnut nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014 dan Coklat Cadbury Buah Badam nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015 sahaja yang terlibat dengan isu kesan positif DNA lemak babi.
[box type=”shadow”]Kenyataan status halal coklat Cadbury terkini oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’. Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’. Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan. Umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah. – Sumber [/box]
Kerosakan nama baik Cadbury Milk sudah berlaku pasti sukar untuk dipulihkan. Ramai yang telah menyebarkan berita dan pasti tidak ramai yang rajin nak baca penjelasan dari Cadbury. Isteri aku pun marah kerana produk Malaysia ada masalah macam ini. Bagi aku orang Islam kena marah diri sendiri kerana sangat bergantung kepada orang bukan Islam untuk menghasilkan produk Halal. Ingat bukan Islam tidak akan pernah berpuas hati selagi kita mengucap kalimah ALLAH jadi salah satu yang dirosakan adalah makanan. Mungkin bukan pengurusan Cadbury Dairy Milk yang buat tetapi ada tangan-tangan jahat yang sentiasa berusaha merosakan Islam.
[box type=”shadow”]Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya. – Surah Al Ma’idah ayat 4 [/box]
Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal di Jakim secara online.
[box type=”shadow”]Penjelasan JAKIM isu status halal terkini coklat cadbury
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ujian Jabatan Kimia ke atas sampel dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd menunjukkan ia tidak mengandungi DNA babi seperti didakwa sebelum ini. Ujian dibuat ke atas sampel dari dua kelompok produk coklat dengan kacang hazel dan juga sampel dari satu kelompok produk coklat susu dengan buah badam keluaran syarikat tersebut. Sementara itu, laporan Berita Harian yang memetik satu lagi kenyataan Jamil Khir menyebut, analisis oleh Kementerian Kesihatan yang menyimpulkan bahawa ia mengandungi DNA babi melibatkan sampel yang tercemar. Sampel tersebut dikatakan tidak diambil terus daripada kilang syarikat Cadbury Confectionary, katanya seperti dipetik dalam lapor Berita Harian Online. – Sumber [/box]
192 Comments
JAKIM perlu bertanggungjawab. sebab mereka yang keluarkan sijil halal tersebut.
Curahan rasa azwan @ ..Presiden Baru FAM : Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Jakim keluarkan sijil halal dari sample(kurang pasti prosedure sebenar, boleh check link bawah), pasti halal masa tu. dan problem berlaku selepas lama ada kat pasaran.
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/garis-panduan/sistem-jaminan-halal.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Thomas Cup Malaysia Final
Kalau tak silap JAKIM hanya buat pemeriksaan random dari sampel yang diambil..tapi tak mustahil ada yg memanipulasikan prosedurnya..kena tanya pihak JAKIM sendiri utk keterangan lanjut..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
“Bagi aku orang Islam kena marah diri sendiri kerana sangat bergantung kepada orang bukan Islam untuk menghasilkan produk Halal”.
Well said….
Curahan rasa Ismail N @ ..Thomas Cup 2014: What We Learn From This Year’s Edition
Maybe kita masih belum mempunyai kepakaran menghasilkan produk coklat yg sedap..kebanyakan resepi2 coklat yg dijual oleh peniaga online & offline juga menggunakan coklat dari jenama2 terkenal dan bukan yg diproses sendiri menjadi coklat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
saya dapati sesuatu yg ironi.kita terutamanya melayu Islam amat2 sensitif dgn isu babi.ia mmg haram tetapi ada perkara yang lebih teruk dan dasyat daripada itu seperti RIBA pinjaman dgn faedah dari bank tetapi orang Islam ambil juga tanpa ada masalah.
ironi sekali.hermm..
Curahan rasa Mai Has @ ..Harga Collagen Shaklee sesuai dengan kualiti terbaik
Ada yg lebih teruk seperti kata Ustaz Noeahas : “Harta yang tidak dikeluarkan zakat adalah lebih najis dari khinzir. Khinzir boleh disucikan dengan air tanah. Tetapi harta yang tidak dikeluarkan zakat dibersihkan dengan api neraka.”
Curahan rasa denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
Wah..ni dah kira kes berat nih..banyak lagi benda haram tapi kita buat2 tak endah seperti merokok, bergaul bebas sesama bukan muhrim, dan bermacam lagi..kalau perkara2 begini bukan boleh disamak sepertimana terkena babi dan anjing..bertaubat saja lah jalannya..bukan tahu buat yer..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
tidak di nafikan..selepas berita ini saya menghadapi sedikit hilang selera makan dan tekanan emosi..
tak perlulah sampai tekanan emosi…heee. harap selesai masalah ni secepat mungkin.
Curahan rasa Denaihati @ ..Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati
Ada update produk yang lain? Ada terbaca di forum ada 15 lagi produk yang mungkin tercemar juga. Betul ker tak tak tahu la. Wallahuallam.
Curahan rasa muhammad hizwan @ ..15 Kombinasi Dua Gambar Gif Yang Melucukan
Banyak berita yg tersebar tetapi selagi tak ada penjelasan dari pihak berkuasa tak nak lah menyebarkaan berita takut palsu.
Pihak berkuasa kadang-kala seperti nak merahsiakan dari pengetahuan umum..bila dah tersebar macam nih nak tak nak kena juga beri kenyataan menjelaskan isu sebenar..padahal mereka dah tahu berbulan-bulan lamanya sebelum ianya tersebar..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
Salah orang Islam sendiri, kerana mundur dan terlalu bergantung kepada bukan islam sehingga makanan orang islam bergantung kepada orang bukan islam. orang islam hanya pandai perusahaan keropok, kerepek, budu, cencalok, jamu, ubat kuat tenaga batin….. itu saja. Dulu produk zaitun gah di pasaran nusantara boleh guna tanpa was-was dan lobi colgate dan darkie ada gelatin babi, kini dah lama terlungkop sebab orang islam mudah tewas dalam pasaran. Hari ini cadbury dalam lama sogok orang islam dengan gelatin babi, coklat islam tiada dalam pasaran….. hingga kat mekahpun ada coklat cadbury, salut kurma lagi dengan badam…… imam masjid haram kot dah lama gemar makan coklat dari malaysie tersebut, dikeluarkan oleh kilang cadbury dengan gelatin babi…… Itu taktau lagi dalam maggi ada babi, dalam sardin ada babi, dalam milo ada babi hingga kan dalam suntikan ayam, lembupun ada gelatin babi……. orang islam menggemarinya.
Sekarang kita perlu lebih berhati-hati apa juga yang kita makan. Sekarang pun sudah banyak coklat keluaran orang Islam. Mungkin tidak gah dari segi jenama, tetapi yang penting adalah halal.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Kenapa Saya Belum Berkahwin
Alhamdulillah. ..sekarang – kurangnya ada tindak – balas dari pihak yang bertanggunjawab , harap di masa akan datang perkara sebegini perlu diberi lebih Perhatian.
Curahan rasa kakmahh @ ..Pasar Klewer Solo
Terima kasih perkongsian ini DH. Banyak kena jaga dengan makanan sekarang ini. Alhamdulillah ada pihak yang menyedarkan kita tentang isu coklat ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bayaran Komisen Kali Ke 16 – 29 Dari Jobdirumah
Cokelat Cadbury yang dua ni la yang saya selalu makan pun sebelum ni. Sebab kacang hazel dengan almond panggang ni memang lazat. Tapi, bila tau ada DNA babi ni, rasa menyesal pun ada sebab dah berapa banyak dah yang saya telan dulu.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Termakan Cadbury
kacang hazel memang sedap, kita tak tau sebelum ni dan memang ramai yang dan makan, masa tu kalau cek tarikh luput pun tak tau ada masalah.macam ni
Curahan rasa Denaihati @ ..1001 Macam Khasiat Madu
Lepas ini kena PK banyak kali dah nak beli coklat ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Komisen Pendapatan Ketiga, Empat, Lima dan Enam dari Ashadee
Tak sangka musibah ni berlaku. Coklat Cadbury dah terkenal di kalangan kita, sampai orang Melayu pun selalu guna sebagai goodies kenduri kahwin. Tak hairanlah meluap2 kemarahan orang Islam bila tahu ada unsur khinzir dalam coklat ni. No more Cadbury from now on!
Curahan rasa Ezlaila @ ..Mengapa Sakit Menjadi-Jadi Selepas Ambil Supplemen?
tak boleh elak dr perasaan marah, jenama dah sinonim dengan kita, mungkin dari kecik lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Awek Cun Idaman Kalbu
Stop terus beli produk ni..sekali ia menimbulkan rasa was2, memang payah untuk percaya lagi..
Harap produk lain belajar dari kesilapan pihak Cadbury kalau nak terus kekal maju dalam perniagaan masing2..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Apa Ciri Blog Yang Pengiklan Mahukan
pilihan masing-masing, kalau was-was elok elakkan, masih ada alternatif lain.
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
sekarang memang kita tidak boleg bergantung sepenuhnya produk yang ada dalam malaysia. Saya yang duduk ipoh masih ragu-ragu. tapi kalau ragu biasanya saya tak akan makan menu yang buat saya rasa tak sedap hati.
Curahan rasa suri @ ..Barang Untuk Ubat Guna Guna Pengasih Penampar
dah lama tak makan cokelat cadbury ini baik insert badan atau hazelnut itu. sekarang susahlah nak beli. terkadang benda ini akan di tarik balik produkknya lepas reda tak mustahil dua produk ini akan di keluarkan balik.wahualam.
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 11/2014_Sanofi Lactacyd April 2014
kita pengguna pun kekadang boleh lupa, harap tak lupa lah bila dah senyap nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Thomas Cup Malaysia Final
Perkara yang ragu-ragu elok ditinggalkan terus. Banyak lagi pilihan-pilihan coklat. Produk buatan Malaysia pun dah ada banyak…
Curahan rasa Peleting.com @ ..Bagaimana Saya Hasilkan RM2,300 Tanpa Menggunakan Modal Langsung. – Bahagian 1
benar kata admin kita sebagai muslim wajib peka. susah sangat sebelum nak beli barang rujuk status itu di medan website jaim.
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 10/2014_Nestum More Cereal More Life
jak halal direktory app dah ada, senang je nak cek kalau2 mushkil..
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
Comments are closed.