Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zulseffort

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman sudah tamat pada 11.59pm, 15/2/12, blog kedua Zie Fauzi akan tamat pada 11.59pm, 16/2/12 dan blog ke tujuh yang terpilih adalah blog status PR2 Zulseffort telah mengumpul 2230 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi impian dan harapan Zulseffort semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zulseffort kenapa Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Harap peserta jangan tunggu sampai saat akhir kerana line internet ni boleh jadi semput diwaktu kecederaan. Ingat tak ada tambahan masa ya.

Gadget Impian saya pada asalnya ialah iPhone 4S dengan pelbagai ciri yang hebat. Sudah tentu ada yang tertanya-tanya kenapalah nak iPhone 4S, banyak keburukan yang ada di sana dan tidak seperti yang ditawarkan. Ada sebabnya saya memilih begitu. Semuanya telah saya terangkan di dalam blog post di zulseffort.net. Namun begitu saya sedar, kadang-kadang bila kita mengimpikan sesuatu kita lupa akan realiti dan keperluan. Sebenarnya dan secara jujurnya bila diperhalusi saya tidak perlukan iPhone 4S.

Saya sekarang menggunakan Galaxy Ace. Pada awalnya saya seronok memakai Galaxy Ace. Tetapi lama-lama saya sebenarnya lebih selesa memakai Nokia 3310 berbanding smartphone abad baru ini. Kalaulah memori NOKIA 3310 besar, sudah tentu saya berbalik kepada Nokia 3310. Saya rasa perkara sama akan berlaku jika saya menggunakan iPhone 4S. Nampak gaya smartphone bukanlah sebenarnya keperluan saya.

samsung galaxy family

Gadget Impian saya ialah Galaxy Tab 10.1

Saya sekarang lebih memerlukan gadget yang mempunya screen besar seperti iPad 2 ataupun Galaxy Tab 10.1. Itupun selepas beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Saya pilih Galaxy Tab 10.1. Kenapa? teruskan membaca.

1. Berguna sewaktu sesi perbincangan atau mesyuarat

Pada 10 Januari yang lepas saya ada menyertai satu sesi perbincangan. Ada 11 orang peserta. Kebetulan pula meja perbincangan agak kecil. Pada waktu itulah saya terfikir, alangkah bagusnya kalau ada gadget yang sesuai untuk mencatit isi diskusi ataupun untuk melihat maklumat yang saya ingin dibincangkan.

Jika saya buka laptop saya, sudah tentu agak mengganggu tumpuan diskusi tersebut. Kalau saya nak menaip dan menyimpan maklumat di Galaxy Ace, jauh sekalilah. Saya bukannya jenis yang suka menaip di handphone dan baca dokumen melalui handphone. Tersangatlah slow. Kalaulah saya ada Galaxy Tab 10.1 kan bagus.

2. Mengisi masa sambil menunggu sewaktu berurusan di kaunter tertentu

Pada minggu yang sama, dua hari selepas sesi diskusi tersebut. Saya pergi ke imigresen Putrajaya. Bukan renew sebenarnya, tetapi buat baru selepas habis tempoh. Habis RM300. Diorang memang cekap. Sekarang ni rupanya, lepas sejam dah boleh dapat passport tu. Walaupun begitu kata orang penantian itu satu penyeksaan. Tambah pula kalau tak buat apa-apa.

Saya habiskan masa sejam pergi ke bank rakyat untuk tengok produk Mudharabah diorang. Jauh jugak jalan. Bayangkan kalau ada Galaxy Tab 10.1 waktu tu, tentu banyak benda yang boleh saya buat. Update blog, melawat website bank rakyat, update twitter dan facebook, dan yang kalau ada rezeki ambil job mudah online kalau ada. Dapatlah duit sikit kata orang daripada duduk saja-saja, slow-slow boleh buat tampung duit untuk renew passport pada 2017 nanti.

Tambah cerita lagi, pada minggu sebelum itu saya ke maybank untuk keluarkan dividen ASB. Berapa ramai kena tunggu? 102 orang! Pegi pejabat post, 30 orang! Lamanya masa untuk menunggu. Kalau ada Samsung Galaxy Tab 10.1 , tentu lebih bermanfaat.

3. Membaca ebook menambah ilmu

Saya lebih suka baca buku yang bercetak, tetapi kadang-kadang ebook memberi lebih maklumat yang straight to the point. Membaca ebook menggunakan Galaxy Tab 10.1 sudah tentu lebih menyenangkan. Install sahaja pdf reader atau Aldiko Ebook Reader. Screen Galaxy Tab 10.1 tu memang sesuai untuk membaca ebook kan? Saiz yang sesuai, dan screennya pun clear. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Jenuh kan? Nak baca melalui phone, lagi jenuh.

4. Rasa selesa dengan Android OS

Saya memilih Galaxy Tab 10.1 dan bukannya iPad 2, walaupun kawan saya kata iPad 2 lagi cantik grafiknya, lagi itu dan lagi ini mungkin kerana saya sudah agak selesa dengan sistem operasi android. Ada beberapa aplikasi di Android yang saya suka jugalah, antaranya ialah iQuran, To Do List, Expense Manager, PLUS Toll Rate dan Assignment. Kalau berpindah ke OS lain sudah tentu nak kena cari applikasi lain lagi yang dibangunkan untuk OS tersebut. Kalau guna Android dengan gadget yang lebih besar screenya tentu lagi efisyien berbanding guna Galaxy Ace yang kecil yang saya ada sekarang.

Itulah beberapa sebab kenapa saya mahukan Galaxy Tab 10.1. Ianya lebih kepada keperluan berbanding impian. Lebih kepada kegunaan praktikal dalam kehidupan. Satu impian untuk memudahkan perjalanan hidup harian. Bukankah memiliki hidup yang lebih baik di zaman yang serba kompleks ini adalah salah satu impian setiap orang. Gadget Impian sepatutnya gadget yang membantu untuk mencapai impian tersebut. ~ Zulseffort

Nota :

  1. Zulseffort diberi masa sehingga 11.59pm, 23/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
  2. Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.

Spread the love

1,514 Comments

    1. sebab x best sgt bnyk ni bro zul.. antaranya dah la xde camera.. memory kad pun tarak haduyaiii..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!