Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman sudah tamat pada 11.59pm, 15/2/12, blog kedua Zie Fauzi akan tamat pada 11.59pm, 16/2/12 dan blog ke tujuh yang terpilih adalah blog status PR2 Zulseffort telah mengumpul 2230 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi impian dan harapan Zulseffort semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zulseffort kenapa Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Harap peserta jangan tunggu sampai saat akhir kerana line internet ni boleh jadi semput diwaktu kecederaan. Ingat tak ada tambahan masa ya.
Gadget Impian saya pada asalnya ialah iPhone 4S dengan pelbagai ciri yang hebat. Sudah tentu ada yang tertanya-tanya kenapalah nak iPhone 4S, banyak keburukan yang ada di sana dan tidak seperti yang ditawarkan. Ada sebabnya saya memilih begitu. Semuanya telah saya terangkan di dalam blog post di zulseffort.net. Namun begitu saya sedar, kadang-kadang bila kita mengimpikan sesuatu kita lupa akan realiti dan keperluan. Sebenarnya dan secara jujurnya bila diperhalusi saya tidak perlukan iPhone 4S.
Saya sekarang menggunakan Galaxy Ace. Pada awalnya saya seronok memakai Galaxy Ace. Tetapi lama-lama saya sebenarnya lebih selesa memakai Nokia 3310 berbanding smartphone abad baru ini. Kalaulah memori NOKIA 3310 besar, sudah tentu saya berbalik kepada Nokia 3310. Saya rasa perkara sama akan berlaku jika saya menggunakan iPhone 4S. Nampak gaya smartphone bukanlah sebenarnya keperluan saya.
Gadget Impian saya ialah Galaxy Tab 10.1
Saya sekarang lebih memerlukan gadget yang mempunya screen besar seperti iPad 2 ataupun Galaxy Tab 10.1. Itupun selepas beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Saya pilih Galaxy Tab 10.1. Kenapa? teruskan membaca.
1. Berguna sewaktu sesi perbincangan atau mesyuarat
Pada 10 Januari yang lepas saya ada menyertai satu sesi perbincangan. Ada 11 orang peserta. Kebetulan pula meja perbincangan agak kecil. Pada waktu itulah saya terfikir, alangkah bagusnya kalau ada gadget yang sesuai untuk mencatit isi diskusi ataupun untuk melihat maklumat yang saya ingin dibincangkan.
Jika saya buka laptop saya, sudah tentu agak mengganggu tumpuan diskusi tersebut. Kalau saya nak menaip dan menyimpan maklumat di Galaxy Ace, jauh sekalilah. Saya bukannya jenis yang suka menaip di handphone dan baca dokumen melalui handphone. Tersangatlah slow. Kalaulah saya ada Galaxy Tab 10.1 kan bagus.
2. Mengisi masa sambil menunggu sewaktu berurusan di kaunter tertentu
Pada minggu yang sama, dua hari selepas sesi diskusi tersebut. Saya pergi ke imigresen Putrajaya. Bukan renew sebenarnya, tetapi buat baru selepas habis tempoh. Habis RM300. Diorang memang cekap. Sekarang ni rupanya, lepas sejam dah boleh dapat passport tu. Walaupun begitu kata orang penantian itu satu penyeksaan. Tambah pula kalau tak buat apa-apa.
Saya habiskan masa sejam pergi ke bank rakyat untuk tengok produk Mudharabah diorang. Jauh jugak jalan. Bayangkan kalau ada Galaxy Tab 10.1 waktu tu, tentu banyak benda yang boleh saya buat. Update blog, melawat website bank rakyat, update twitter dan facebook, dan yang kalau ada rezeki ambil job mudah online kalau ada. Dapatlah duit sikit kata orang daripada duduk saja-saja, slow-slow boleh buat tampung duit untuk renew passport pada 2017 nanti.
Tambah cerita lagi, pada minggu sebelum itu saya ke maybank untuk keluarkan dividen ASB. Berapa ramai kena tunggu? 102 orang! Pegi pejabat post, 30 orang! Lamanya masa untuk menunggu. Kalau ada Samsung Galaxy Tab 10.1 , tentu lebih bermanfaat.
3. Membaca ebook menambah ilmu
Saya lebih suka baca buku yang bercetak, tetapi kadang-kadang ebook memberi lebih maklumat yang straight to the point. Membaca ebook menggunakan Galaxy Tab 10.1 sudah tentu lebih menyenangkan. Install sahaja pdf reader atau Aldiko Ebook Reader. Screen Galaxy Tab 10.1 tu memang sesuai untuk membaca ebook kan? Saiz yang sesuai, dan screennya pun clear. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Jenuh kan? Nak baca melalui phone, lagi jenuh.
4. Rasa selesa dengan Android OS
Saya memilih Galaxy Tab 10.1 dan bukannya iPad 2, walaupun kawan saya kata iPad 2 lagi cantik grafiknya, lagi itu dan lagi ini mungkin kerana saya sudah agak selesa dengan sistem operasi android. Ada beberapa aplikasi di Android yang saya suka jugalah, antaranya ialah iQuran, To Do List, Expense Manager, PLUS Toll Rate dan Assignment. Kalau berpindah ke OS lain sudah tentu nak kena cari applikasi lain lagi yang dibangunkan untuk OS tersebut. Kalau guna Android dengan gadget yang lebih besar screenya tentu lagi efisyien berbanding guna Galaxy Ace yang kecil yang saya ada sekarang.
Itulah beberapa sebab kenapa saya mahukan Galaxy Tab 10.1. Ianya lebih kepada keperluan berbanding impian. Lebih kepada kegunaan praktikal dalam kehidupan. Satu impian untuk memudahkan perjalanan hidup harian. Bukankah memiliki hidup yang lebih baik di zaman yang serba kompleks ini adalah salah satu impian setiap orang. Gadget Impian sepatutnya gadget yang membantu untuk mencapai impian tersebut. ~ Zulseffort
Nota :
- Zulseffort diberi masa sehingga 11.59pm, 23/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,514 Comments
lebih kurang 45minit lagi tiba di garisan penamat.. usaha sedaya mungkin..
itulah.. tengah cuba balas semua komen sebolh mungkin
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
ermm baru nak layan cite dah habis pulak.. kemana kamu para2 komentar semua nih.. q sorang2 jer nie..
ada kat sini, memikir – mikir apa yang nak di komen lagi.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
takpa mana-mana yang termampu jer.. amboih ros kemain mesra lagi bulan nie hehee..
mesra..semua disebabkan contest gadjet impian ini lah, terus jadi mesra 😀
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
so boleh amik trademark bob af la nie sungguh.. Mesraaaaa… hehee
waktu – waktu kecederaan ni, otak dah tak dpt idea nak mengomen pulak
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
tahap-tahap genting nie plak otak jam yer tak.. aduii sabar jerla hehee
qdear jangan lah jem juga otak…hehehhe kalau kita berdua jem..sapa nak komen ni
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
jgn risau q tak jem lagi.. otak masih berjalan cuba x ramai yg masuk komen plak…
layan pelangi kasih sat.. tapi jari jemari nie x lari dari lappy nih hahaaa
Wah..search intenet pakai tab..
perut plak lapar makan rojak..
kalau tak dpt ipad atau galaxy tab..
dapat iphone pun ok jugak…
*tapi bro zul mmg ada harapan besar nak dpt tab ni chayuk2…
yang mana satu,
idaman kalbu,
ipad atau galaxy tab,
dua – dua ku mahu
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
macam lagu siti plak nie ros hehee.. dasat nih tapi kalo dpt free mmg tak tolak la kan kann..
mendapat inspirasi dari lagu dato siti lah ni, pantun tak berapa nak jadi 😀
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
wah lupe plak dah dato kan pgl ct jer t kne saman lak ekekee.. jadi la tue ade gak roper pantunnye hehee
haa betul betul betul.. nanti sekejab jer idea mari.. sampai jam nanti tgkla hahaa
jalan-jalan dipetang hari..
ditaman tasik sambil berlari-lari..
jom ramai-ramai kite komen dkt sini..
kite pulun sampai tgh malam nie..
mari kita pulun qdear, mana geng – geng yang lain ni.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
ntah dah hilang kemana tak tau la.. xpe kite cuba sedaya yg boleh jomm.. 😉
iphone dikanan galaxy tab dikiri..
dua-dua pun menawan hati..
harap2 sgt satu hari nanti..
kedua2nya berjaya dimiliki..
heheee 😉
wah qdear dah start buat pantun, sedap pun bunyinya 😀
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
ekekeee dalam sedap x sedap bantai jer ni ros.. cubaan satu dua tiga..
boleh boleh..cuba dahulu, mana boleh terus perfect kan. Itu pun dah baik dah tu
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
ipad2 dikiri, galaxy tab dikanan,
sama cantik sama padan,
kalau diberi mana satu berkenan,
kalau ku ambil 2-2 bolehkan.
😀
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
“kalau diberi mana satu berkenan, kalau ku ambil 2-2 bolehkan. …”
ambaoiii tamak tau ros nie hahaaa
hahahaha…saya dah keliru qdear nak pilih mana satu, ambil 2-2 je la senangkan
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
JIka diberi ipad atau Galaxy Tab, mana satu korang akan ambil?
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
maksudnya di kiri ipad, dikanan galaxy tab? kalau macam tu, pejam mata ikut kata hati saja.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
kalo boleh nak ambil dua-dua sekali.. so bro zul buang jer la ‘atau’ tu yer hehee
Tengah cari idea nak sambung .. tak pandai sangat nak pantun2 nie .. 🙂
Curahan rasa anastasyea @ ..e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC
cuba cari idea, mana tahu dapat hasilkan pantun yang lebih indah 😀
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
beli jgn tak beli pantun tue.. jrg-jrg nk berpantun nie so mlm ni kite penutupkan dgn berpantun beramai-ramai setuju tak? heheee
tapi nanti sure ramai yg terkial-kial jugak memikir termasuk la q ni ekekee
bila dah buat dua – tiga pantun, mesti lepas tu terus terer je nak berpantun
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
termasuk aku juga .. tgh pening nak menjawab ni ..
Curahan rasa anastasyea @ ..e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC
boleh saja, mari kita berbalas – balas pantun di sini untuk malam terakhir.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
ana.. fikirkan yg hujung-hujung jer dulu.. confirm ayat yg depan2 automatik dpt idea t hehee
Tinggal je komen apa2 … janji komen .. 🙂
Curahan rasa anastasyea @ ..Anak Murid Lawan Guru, perhhh dahsyat !
yang apa-apa je tu lah dah habis idea ni sebenarnya 😀
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
Sekarang gadget2 mcm nie memang dah jadi satu keperluan. Kalau tak ada, memang susah .. betul kan !
Curahan rasa anastasyea @ ..Anak Murid Lawan Guru, perhhh dahsyat !
betul tu, kalau ada gadjet sebegini memang sangat membantu urusan seharian.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
wah meriahnye kat sini waktu-waktu akhir semakin tiba tlg bantu sekadar yg termampu… ada harapan nampaknye bro zul hehee..
marilah bantu, dah tak tahu nak komen apa lagi ni di masa2 terakhir.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
Hahaaaa tue perkara biasa sebab dah berhari-hari duk mengomen koje nyer ekekeee
tu la pasal, qdear sila lah memberi idea – idea bernas untuk berkomen di sini
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
hahaa tunggu-tunggu skrg nak wat something.. kejab2 lagi q masuk komen k..
ok…cepat datang balik mengomen ye, masa sudah nak habis ni.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
Komen terakhir dari saya .. semoga berjaya k .. 🙂
Curahan rasa anastasyea @ ..e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC
saya ada samsung galaxy mini,
screen kecil tp masih berjasa,
kalau dapat samsung galaxy tab ini,
apa nak buat dengan smartphone lama?
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
amboi amboi ros berpantun mantun nampaknye malam-malam nie hehee..
berpantun seorang diri, masih belum ada yang jawab pantunku itu.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
Comments are closed.