Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman sudah tamat pada 11.59pm, 15/2/12, blog kedua Zie Fauzi akan tamat pada 11.59pm, 16/2/12 dan blog ke tujuh yang terpilih adalah blog status PR2 Zulseffort telah mengumpul 2230 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi impian dan harapan Zulseffort semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zulseffort kenapa Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Harap peserta jangan tunggu sampai saat akhir kerana line internet ni boleh jadi semput diwaktu kecederaan. Ingat tak ada tambahan masa ya.
Gadget Impian saya pada asalnya ialah iPhone 4S dengan pelbagai ciri yang hebat. Sudah tentu ada yang tertanya-tanya kenapalah nak iPhone 4S, banyak keburukan yang ada di sana dan tidak seperti yang ditawarkan. Ada sebabnya saya memilih begitu. Semuanya telah saya terangkan di dalam blog post di zulseffort.net. Namun begitu saya sedar, kadang-kadang bila kita mengimpikan sesuatu kita lupa akan realiti dan keperluan. Sebenarnya dan secara jujurnya bila diperhalusi saya tidak perlukan iPhone 4S.
Saya sekarang menggunakan Galaxy Ace. Pada awalnya saya seronok memakai Galaxy Ace. Tetapi lama-lama saya sebenarnya lebih selesa memakai Nokia 3310 berbanding smartphone abad baru ini. Kalaulah memori NOKIA 3310 besar, sudah tentu saya berbalik kepada Nokia 3310. Saya rasa perkara sama akan berlaku jika saya menggunakan iPhone 4S. Nampak gaya smartphone bukanlah sebenarnya keperluan saya.
Gadget Impian saya ialah Galaxy Tab 10.1
Saya sekarang lebih memerlukan gadget yang mempunya screen besar seperti iPad 2 ataupun Galaxy Tab 10.1. Itupun selepas beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Saya pilih Galaxy Tab 10.1. Kenapa? teruskan membaca.
1. Berguna sewaktu sesi perbincangan atau mesyuarat
Pada 10 Januari yang lepas saya ada menyertai satu sesi perbincangan. Ada 11 orang peserta. Kebetulan pula meja perbincangan agak kecil. Pada waktu itulah saya terfikir, alangkah bagusnya kalau ada gadget yang sesuai untuk mencatit isi diskusi ataupun untuk melihat maklumat yang saya ingin dibincangkan.
Jika saya buka laptop saya, sudah tentu agak mengganggu tumpuan diskusi tersebut. Kalau saya nak menaip dan menyimpan maklumat di Galaxy Ace, jauh sekalilah. Saya bukannya jenis yang suka menaip di handphone dan baca dokumen melalui handphone. Tersangatlah slow. Kalaulah saya ada Galaxy Tab 10.1 kan bagus.
2. Mengisi masa sambil menunggu sewaktu berurusan di kaunter tertentu
Pada minggu yang sama, dua hari selepas sesi diskusi tersebut. Saya pergi ke imigresen Putrajaya. Bukan renew sebenarnya, tetapi buat baru selepas habis tempoh. Habis RM300. Diorang memang cekap. Sekarang ni rupanya, lepas sejam dah boleh dapat passport tu. Walaupun begitu kata orang penantian itu satu penyeksaan. Tambah pula kalau tak buat apa-apa.
Saya habiskan masa sejam pergi ke bank rakyat untuk tengok produk Mudharabah diorang. Jauh jugak jalan. Bayangkan kalau ada Galaxy Tab 10.1 waktu tu, tentu banyak benda yang boleh saya buat. Update blog, melawat website bank rakyat, update twitter dan facebook, dan yang kalau ada rezeki ambil job mudah online kalau ada. Dapatlah duit sikit kata orang daripada duduk saja-saja, slow-slow boleh buat tampung duit untuk renew passport pada 2017 nanti.
Tambah cerita lagi, pada minggu sebelum itu saya ke maybank untuk keluarkan dividen ASB. Berapa ramai kena tunggu? 102 orang! Pegi pejabat post, 30 orang! Lamanya masa untuk menunggu. Kalau ada Samsung Galaxy Tab 10.1 , tentu lebih bermanfaat.
3. Membaca ebook menambah ilmu
Saya lebih suka baca buku yang bercetak, tetapi kadang-kadang ebook memberi lebih maklumat yang straight to the point. Membaca ebook menggunakan Galaxy Tab 10.1 sudah tentu lebih menyenangkan. Install sahaja pdf reader atau Aldiko Ebook Reader. Screen Galaxy Tab 10.1 tu memang sesuai untuk membaca ebook kan? Saiz yang sesuai, dan screennya pun clear. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Jenuh kan? Nak baca melalui phone, lagi jenuh.
4. Rasa selesa dengan Android OS
Saya memilih Galaxy Tab 10.1 dan bukannya iPad 2, walaupun kawan saya kata iPad 2 lagi cantik grafiknya, lagi itu dan lagi ini mungkin kerana saya sudah agak selesa dengan sistem operasi android. Ada beberapa aplikasi di Android yang saya suka jugalah, antaranya ialah iQuran, To Do List, Expense Manager, PLUS Toll Rate dan Assignment. Kalau berpindah ke OS lain sudah tentu nak kena cari applikasi lain lagi yang dibangunkan untuk OS tersebut. Kalau guna Android dengan gadget yang lebih besar screenya tentu lagi efisyien berbanding guna Galaxy Ace yang kecil yang saya ada sekarang.
Itulah beberapa sebab kenapa saya mahukan Galaxy Tab 10.1. Ianya lebih kepada keperluan berbanding impian. Lebih kepada kegunaan praktikal dalam kehidupan. Satu impian untuk memudahkan perjalanan hidup harian. Bukankah memiliki hidup yang lebih baik di zaman yang serba kompleks ini adalah salah satu impian setiap orang. Gadget Impian sepatutnya gadget yang membantu untuk mencapai impian tersebut. ~ Zulseffort
Nota :
- Zulseffort diberi masa sehingga 11.59pm, 23/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,514 Comments
kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada komen yang salah,
harap anda dapat maafi.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
hari sudah merangkak malam,
langit gelap masih berawan,
galaxy tab berwarna hitam,
pasti anggun, pasti menawan.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
gadjet impian idaman hati,
semakin hari semakin jelas,
kalau ku dapat samsung galaxy tab ini,
akan ku peluk dengan kemas
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
wah..siap berpantun lagi…tak reti nak balas pantun tu..hehe
Curahan rasa ainun @ ..Sakit gigi
saja je, nak testing skill boleh jadi tak berpantun…heheheh
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
pantun best…senang difahami tapi menggunakan kata-kata puitis….hebat2
Curahan rasa ainun @ ..Sakit gigi
terkial – kial juga nak berpantun ni, ambil masa nak fikir pembayangnya.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
malam terakhir untuk bro zul, mari kita tolong komen banyak – banyak hingga akhirnya.
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"
malam ini malam terakhir untuk zul berjuang….nampak gaya cam dpt gadget impian nanti…
Curahan rasa ainun @ ..Sakit gigi
good luck dan semoga berjaya yaaa… jemputlah singgah baca blog saya
Curahan rasa azrijohan @ ..Infografik: Facebook VS Google
blog azrijohann memang best bagi sesiapa nak info teknologi terkini..
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
hope lepas ni tuan rumah denaihati dapat anjurkan lagi contest macam ni 😀
Curahan rasa azrijohan @ ..Jom copy paste dan Menang USD5
katanya macma nak buat contest Toshiba Protege pulak .. macam menarik jer tu
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
semoga saudara mendapat kejayaan dalam pertandingan ini okayyy
Curahan rasa azrijohan @ ..COOL: Porsche 980 Mirage GT
terima kasih azri .. by the way, kereta Porsche tu memang cool !
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
samsung galaxy tab 10.1 ni besar kalau compare dengan version 7.7 punya…
itu dia komen dari blogger teknologi dan gadget terkini! 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
Memang besar .. tapi kalau dapat percuma .. kira berbaloi2 gak la .. =)
Curahan rasa anastasyea @ ..Peraduan Reader Digest – Buat Pilihan Dengan Bijak !
good luck, oh ya malam ni tengok telemovie patah seribu jom ;D
Curahan rasa azrijohan @ ..Malaysia IT Fair 2012 | Jadual Bulan Februari
huhu. sambil mengomen sambil tengok movie .. multitasking at the best practice!
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
semoga segala usaha dalam contest ni membuahkan hasil yang diharapkan 😀
Curahan rasa azrijohan @ ..Android 5.0 : Jelly Bean bakal dilancar tahun ini
terima kasih banyak-banyak, tambah pula daripada sokongan kawan-kawan blogger lain, memang best lah 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
Sentiasa beri sokongan kepada blogger2 yg lain .. 🙂
Curahan rasa anastasyea @ ..What Would My 3D World be with LG Optimus 3D?
perancangan rapi memang sangat penting untuk menang contest ni memandangkan semua blogger power2 sehh
Curahan rasa azrijohan @ ..PIKOM PC Fair 2012 | Tarikh dan Lokasi
hahaha.. aku punya perancangan tak cukup rapi.. tapi aku belajar banyak benda dari contest ni.
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
semoga berjaya ya blogfriend, doakan yang terbaik untuk semua
Curahan rasa azrijohan @ ..Video Talent Competition University of Technology Petronas
terima kasih berkali-kali lagi.. malam ni malam last jadi malam ni kena pecut.. 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
pilihan terbaik setakat ni, susah kot nak pilih gadjet2 yang syok sekarang ni… semua cam best je
a’ah setakat ni macam ni lah, pilihan terabyte punya.. tapi kalau orang suka ipad mungkin kurang suka androidn.. 😀
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
pembelian gajet yang sesuai dengan keperluan adalah pilihan yang bijak.
Curahan rasa ejam @ ..RM100 Untuk Dimenangi, Hanya Capture Counter Sahaja.
Comments are closed.