Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman sudah tamat pada 11.59pm, 15/2/12, blog kedua Zie Fauzi akan tamat pada 11.59pm, 16/2/12 dan blog ke tujuh yang terpilih adalah blog status PR2 Zulseffort telah mengumpul 2230 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi impian dan harapan Zulseffort semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zulseffort kenapa Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Harap peserta jangan tunggu sampai saat akhir kerana line internet ni boleh jadi semput diwaktu kecederaan. Ingat tak ada tambahan masa ya.
Gadget Impian saya pada asalnya ialah iPhone 4S dengan pelbagai ciri yang hebat. Sudah tentu ada yang tertanya-tanya kenapalah nak iPhone 4S, banyak keburukan yang ada di sana dan tidak seperti yang ditawarkan. Ada sebabnya saya memilih begitu. Semuanya telah saya terangkan di dalam blog post di zulseffort.net. Namun begitu saya sedar, kadang-kadang bila kita mengimpikan sesuatu kita lupa akan realiti dan keperluan. Sebenarnya dan secara jujurnya bila diperhalusi saya tidak perlukan iPhone 4S.
Saya sekarang menggunakan Galaxy Ace. Pada awalnya saya seronok memakai Galaxy Ace. Tetapi lama-lama saya sebenarnya lebih selesa memakai Nokia 3310 berbanding smartphone abad baru ini. Kalaulah memori NOKIA 3310 besar, sudah tentu saya berbalik kepada Nokia 3310. Saya rasa perkara sama akan berlaku jika saya menggunakan iPhone 4S. Nampak gaya smartphone bukanlah sebenarnya keperluan saya.
Gadget Impian saya ialah Galaxy Tab 10.1
Saya sekarang lebih memerlukan gadget yang mempunya screen besar seperti iPad 2 ataupun Galaxy Tab 10.1. Itupun selepas beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Saya pilih Galaxy Tab 10.1. Kenapa? teruskan membaca.
1. Berguna sewaktu sesi perbincangan atau mesyuarat
Pada 10 Januari yang lepas saya ada menyertai satu sesi perbincangan. Ada 11 orang peserta. Kebetulan pula meja perbincangan agak kecil. Pada waktu itulah saya terfikir, alangkah bagusnya kalau ada gadget yang sesuai untuk mencatit isi diskusi ataupun untuk melihat maklumat yang saya ingin dibincangkan.
Jika saya buka laptop saya, sudah tentu agak mengganggu tumpuan diskusi tersebut. Kalau saya nak menaip dan menyimpan maklumat di Galaxy Ace, jauh sekalilah. Saya bukannya jenis yang suka menaip di handphone dan baca dokumen melalui handphone. Tersangatlah slow. Kalaulah saya ada Galaxy Tab 10.1 kan bagus.
2. Mengisi masa sambil menunggu sewaktu berurusan di kaunter tertentu
Pada minggu yang sama, dua hari selepas sesi diskusi tersebut. Saya pergi ke imigresen Putrajaya. Bukan renew sebenarnya, tetapi buat baru selepas habis tempoh. Habis RM300. Diorang memang cekap. Sekarang ni rupanya, lepas sejam dah boleh dapat passport tu. Walaupun begitu kata orang penantian itu satu penyeksaan. Tambah pula kalau tak buat apa-apa.
Saya habiskan masa sejam pergi ke bank rakyat untuk tengok produk Mudharabah diorang. Jauh jugak jalan. Bayangkan kalau ada Galaxy Tab 10.1 waktu tu, tentu banyak benda yang boleh saya buat. Update blog, melawat website bank rakyat, update twitter dan facebook, dan yang kalau ada rezeki ambil job mudah online kalau ada. Dapatlah duit sikit kata orang daripada duduk saja-saja, slow-slow boleh buat tampung duit untuk renew passport pada 2017 nanti.
Tambah cerita lagi, pada minggu sebelum itu saya ke maybank untuk keluarkan dividen ASB. Berapa ramai kena tunggu? 102 orang! Pegi pejabat post, 30 orang! Lamanya masa untuk menunggu. Kalau ada Samsung Galaxy Tab 10.1 , tentu lebih bermanfaat.
3. Membaca ebook menambah ilmu
Saya lebih suka baca buku yang bercetak, tetapi kadang-kadang ebook memberi lebih maklumat yang straight to the point. Membaca ebook menggunakan Galaxy Tab 10.1 sudah tentu lebih menyenangkan. Install sahaja pdf reader atau Aldiko Ebook Reader. Screen Galaxy Tab 10.1 tu memang sesuai untuk membaca ebook kan? Saiz yang sesuai, dan screennya pun clear. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Setiap kali nak baca ebook, buka laptop. Jenuh kan? Nak baca melalui phone, lagi jenuh.
4. Rasa selesa dengan Android OS
Saya memilih Galaxy Tab 10.1 dan bukannya iPad 2, walaupun kawan saya kata iPad 2 lagi cantik grafiknya, lagi itu dan lagi ini mungkin kerana saya sudah agak selesa dengan sistem operasi android. Ada beberapa aplikasi di Android yang saya suka jugalah, antaranya ialah iQuran, To Do List, Expense Manager, PLUS Toll Rate dan Assignment. Kalau berpindah ke OS lain sudah tentu nak kena cari applikasi lain lagi yang dibangunkan untuk OS tersebut. Kalau guna Android dengan gadget yang lebih besar screenya tentu lagi efisyien berbanding guna Galaxy Ace yang kecil yang saya ada sekarang.
Itulah beberapa sebab kenapa saya mahukan Galaxy Tab 10.1. Ianya lebih kepada keperluan berbanding impian. Lebih kepada kegunaan praktikal dalam kehidupan. Satu impian untuk memudahkan perjalanan hidup harian. Bukankah memiliki hidup yang lebih baik di zaman yang serba kompleks ini adalah salah satu impian setiap orang. Gadget Impian sepatutnya gadget yang membantu untuk mencapai impian tersebut. ~ Zulseffort
Nota :
- Zulseffort diberi masa sehingga 11.59pm, 23/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,514 Comments
gadjet ni memang best, dah pernah try member punya… good luck k 😀
Curahan rasa azrijohan @ ..Memperkenalkan Proton Inspira YES 4G
semoga kempen yang dijalankan membuahkan hasil yang diingini.
Curahan rasa ejam @ ..RM100 Untuk Dimenangi, Hanya Capture Counter Sahaja.
datang komen, goodluck untuk contest gadget impian ni
Samsung Galaxy Tab 10.1 kot, memang puas la kalau ada 🙂
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Tutorial Penggunaan Sygic GPS Navigator Di Android ANDA (Peta Malaysia)
terima kasih datang bro, sokongan dari penyokong android amat bermakna =)
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
btol tu, kalau dapat memang suatu kepuasan yang tidak terhingga, kompom bawa tido buat bantal peluk 🙂
Curahan rasa ejam @ ..Blogku Di-Bogel-kan
bahaya tu bro, jatuh rosak nanti tu bro.. 🙂 , terima kasih singgah komen.
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
salam..sggh ptg di sini lak dgn gembira..exam dah habis.hehe
Curahan rasa syu90 @ ..rezeki hari ni
wah dah habis exam! ok lah tuu.. harap-harap score lah exam tu.
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
tu la..doa2kan syu tau..cuak jgk bile pikir psl result nie.
Curahan rasa syu90 @ ..rezeki hari ni
Saya pulang dulu ya kawan – kawan, jumpa malam nanti.
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 17 – Pernahkah anda melihat objek ini?
jumpa lagi sebelah malam, malam ni malam last.. sokongan amat-amat diharapkan. 🙂
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
InsyaAllah andai ada rezeki dapatlah gajet impian yang diidam-idamkan ini. 🙂
Curahan rasa ejam @ ..RM100 Untuk Dimenangi, Hanya Capture Counter Sahaja.
sesungguhnya andai langit itu indah, lebih indah lagi dengan kehadiranmu – ditujukan untuk samsung galaxy tab.
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 17 – Pernahkah anda melihat objek ini?
warna putih warna hitam,
mana satu pilihan hati,
putih cantik hitam menawan,
harap satu bakal dimiliki.
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 17 – Pernahkah anda melihat objek ini?
cantik sungguh pantun ini,
harap-harap lah menjadi
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
kalau dapat samsung galaxy tab tu mesti lagi cantik kan pantun tu 😀
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 17 – Pernahkah anda melihat objek ini?
Hitam la best .. tak cepat kotor ..
Curahan rasa anastasyea @ ..Trafik Blog Anastasyea Minggu Lepas
manalah pengomen – pengomen di sini, dari pagi tunggu..saya bosan sorang2.
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 17 – Pernahkah anda melihat objek ini?
seronoknya kalau dapat memiliki galaxy tab ni kan.. tak payah kehulu kehilir angkut laptop berat2 tu dah.. ermmm best2..
sdg tggu masak lemak cili api ikan krai masak..so snggh tambah-tambah mana yang perlu.. nmpknya impian bro zul hampir jadi kenyataan nie.. teruskan membantu..
putih dan hitam juga kot warna yang ada, ke warna silver ada juga?
warna silver takde. yang tu kena cat sendiri 😀
Curahan rasa zuls @ ..Komen Denaihati berkenaan twitter pada 30 Januari 2010
hahaha…kena cat sendiri ke kalau nak warna silver..tak cantik la cam tu.
apakah warna yang ada untuk samsung galaxy tab yang ada dipasaran ye?
suka warna putih nampak suci jer bila pkai nanti ekekee.. hati pun rasa nak jga brg tu elok2 kan..
samsung galaxy tab sudah semakin hampir menjadi kenyataan.
wahailaa galaxt tab 10.1.. harap-harap q pun boleh memiliki nya jugak nantikan ermm..
agak – agak boleh cecah 2K komen tak kat entri ni?
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 17 – Pernahkah anda melihat objek ini?
insyallah.. harap-harap boleh bantu bro zul kite capai target hari nie..
qdear kena tolong komen banyak – banyak kat sini, hari last ni
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 17 – Pernahkah anda melihat objek ini?
Comments are closed.