Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

saban hari kita membesar dengan peningkatan teknologi. Daripada zaman dahulu hingga sekarang, cukup banyak perbezaannya. Kemajuan teknologi banyak mengubah gaya hidup masa kini tidak terkecuali dengan dunia perniagaan. Jika pada tahun-tahun yang lalu, ramai yang masih membeli barang di kedai-kedai namun ia semakin berubah apabila ramai yang membeli secara atas talian.

Ada peniaga lama yang gusar apabila perniagaan konvensional mereka akan terkubur. Adakah perniagaan mereka akan mati dengan wujudnya kecanggihan perniagaan atas talian ini?

Sebentar tadi telah berlangsung Wacana Sinar siri 44 di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Barisan panel yang hebat dipilih untuk mengupas isu ini.

Barisan Panel Wacana Sinar Siri 44

  1. Hassan Saad – Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Bukit Bintang Kuala Lumpur
  2. Kamarul Arif – CEO Zawara Sdn Bhd
  3. Datin Ira Ghani – Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur & Pengasas Aura Seri
  4. Sifu Jamal (Jamaluddin Bahari) – Pengarah Urusan SIFUFBADS Sdn Bhd

Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.

Industri perniagaan konvensional telah lama wujud setelah sekian lama. Orang terdahulu berniaga dari rumah ke rumah, di kedai dan mempunyai premis sendiri. Manakala pada zaman ini, media sosial adalah lubuk bagi masyarakat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Hanya dengan melayari internet dan menggunakan platform atas talian, semuanya menjadi ikutan pada masa kini dan perkembangan itu sangat luar biasa.

Beza pelanggan online dan konvensional

Namun demikian masih ada orang yang suka merasai dan melalui pembelian atau servis secara fizikal. Contoh pembelian kasut dan fabrik. Ada pelanggan yang masih mahu merasai sendiri bagaimana selesanya memakai kasut tersebut sebelum dibeli di kedai.

Perniagaan online pula perlu ada kebijaksanaan dalam memujuk iaitu bakal pelanggan mengambil masa untuk berfikir dan membuat keputusan sebelum membeli. Maka wujudlah beberapa teknik-teknik yang digunakan bagi jual beli di atas talian.

Ramai berpendapat jika menggunakan kos yang sama untuk perniagaan konvensional dan online, platform online boleh meraih untung yang berlipat ganda. Namun, masih ada yang mengekalkan perniagaan konvensional dan masih mempunyai permintaan dalam pasaran.

Perniagaan online adalah evolusi

Sebagai contoh, di Denaisell.com juga kini menjadi platform bagi usahawan yang ingin menjual produk secara atas talian. Kesemua perincian telah disediakan termasuk sistem pembayaran atas talian. Bermakna pelanggan tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk membeli barangan atau produk yang ingin mereka beli secara terus. Hatta pelanggan boleh membeli roti, ikan dan telur daripada pasaraya Tesco secara atas talian.

Perniagaan online bukan fenomena tetapi ia adalah evolusi. Ia akan jadi lebih baik dan memudahkan pengguna dan seterusnya membantu perniagaan konvensional.

Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pengasas Aura Seri, Datin Ira Ghani pula berpandangan, perniagaan konvensional nampak lebih keikhlasan sebab menyediakan premis. Bisnis perlu ada kemahiran untuk membuat perhubungan awam dengan pelanggan. Berbanding jika memberi penerangan secara nyata dengan bermesej di media sosial, perniagaan konvensional lebih kepada face to face.

“Online tak bunuh pun perniagaan konvensional. Perniagaan online yang bunuh bisnes online, satu hari beribu orang jadi usahawan” – Datin Ira Ghani

“Perniagaan online melengkapkan perniagaan konvensional” – SifuFBADS Jamal

Peniaga lama memang susah terima trend baharu kerana cara dan kaedah berbeza. Meskipun rancak di atas talian, mereka tetap akan guna iklan di papan iklan atau suratkhabar juga akhirnya. Online hanya nilai tambah kepada perniagaan konvensional.

Perniagaan konvensional ini sudah lama dan terbukti ia menjadikan seseorang ahli perniagaan yang sebenar dalam pasaran, namun teknologi terkini juga tidak harus terlepas pandang. Ada juga  yang bermula dengan peniaga mikro dan kemudiannya membeli premis namun apa yang lebih penting adalah pengurusan pengaliran wang yang akan menentukan masa depan peniaga.

Dalam perniagaan, perlu ada ilmu dan etika. Sama ada online atau konvensional sudah pasti kedua-dua perkara itu menjadi tunjang yang dititikberatkan.


Spread the love

90 Comments

  1. keduanya memiliki kelebihan dan kekurangan tersendirj, masih banyak juga orang lebih suka berbelanja biasa dari pada harus berbelanja online
    dan juga tak sedikit orang yang lebih suka berbelanja online dari pada berbelanja offline
    Curahan rasa icp capsule @ ..Tempat Beli ICP Capsule GrogolMy Profile

  2. Assalamualaikum,

    Dalam isu ini saya merasakan ianya bukanlah isu siapa bunuh siapa. Pada saya peniaga kena bijak. Kalau memang ada perniagaan konvensional, hanya onlinekan sahaja.

    Jika sebelum ini kita hanya menyediakan perniagaan dalam bentuk servis, wujudkan produk yang berkaitan dengan servis yang kita tawarkan.

    Macam saya menyediakan khidmat merawat pesakit-pesakit sihir. Bagi yang masih belum berkesempatan mendapatkan servis saya, atas faktor tempat yang jauh, boleh guna produk yang bersesuain dengan masalah gangguan.

    Maksudnya di sini peniaga kena bijak ambil peluang.
    Curahan rasa Perawat Islam @ ..(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?My Profile

  3. Saya rasa keduanya bisa saling melengkapi, terkadang ada orang yang malas untuk membeli secara online dengan alasan tertentu, contohnya saja khawatir di tipu atau mereka lebih senang untuk memilih langsung dan melihat bentuk fisik yang akan mereka beli.
    Curahan rasa Ummi @ ..BAJU ANAK BRANDEDMy Profile

  4. Ada produk yang sesuai diniagakan secara online, dan ada pula yang hanya sesuai dengan cara konvesional. Tambah ilmu dan nilai pada setiap kerja yg dilakukan. Insyaa Allah, kedua2nya, boleh berjaya.

  5. Perniagaan konvensional capaian pembeli hanya sekitar kawasan terdekat sahaja. melalui online capaian kita lebih meluas malah boleh sehingga ke singapura dan brunei. saya setujudgn sifu fb ads. Online melengkapi perniagaan konvensional

  6. Perniagaan online pelan pelan mengambil alih portion perniagaan offline (konvensional) .. syarikat2 besar dan ternama pun mula memasarkan produk selama online … namun perniagaan onlinepun ada sisi hitamnya ….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!